Friday 30 January 2015

Palanivel adalah pilihan Najib, ahli MIC minta Najib selesaikan kemelut mereka

Lokasi : Ibupejabat MIC, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media Datuk Saravanan

Tarikh : 28/1/2015


Macam-macam perkara 'gila' seperti mengupah gangster untuk mengambil alih kawalan ibupejabat MIC dan memecat Pengerusi MIC Wilayah Persekutuan melalui SMS telah dilakukan oleh Presiden MIC, G.Palanivel menurut Saravanan. Malah beliau dan juga Ketua Wanita MIC tidak dibenarkan memasuki Ibupejabat MIC atas arahan Presiden MIC.

Tapi mesej yang lebih besar yang ingin saya ketengahkan ialah mengenai perlantikan G.Palanivel sebagai Presiden semasa proses melupuskan kuasa Samy Vellu dahulu. Rujuk kepada min 3.12 Menurut Saravanan, G.Palanivel adalah pilihan Najib Razak dan bukan nya pilihan ahli MIC. Menurut beliau Samy Vellu telah bersetuju melepaskan jawatan beliau untuk membuka jalan kepada peralihan kuasa untuk dipangku oleh G.Palanivel. Sebelum pemilihan MIC tahun 2013 Najib juga telah meminta kepimpinan MIC untuk memberi masa sepenggal bagi G.Palanivel menjadi Presiden dan melepaskan jawatan tersebut 6 bulan sebelum tamat tempoh. Ini telah dipersetujui oleh mereka yang hadir di kediaman Najib Razak, iaitu M.Saravanan, Dr Subramaniam, S.K Devamany dan G.Palanivel sendiri. Sekarang ahli dan kepimpinan MIC meminta Najib masuk campur untuk menyelesaikan kemelut dalaman mereka.



1
 2
 3
 4
 5
 6  Anak lelaki Samy Vellu, Vell Paari ber kacamata di kanan sekali


No comments:

Post a Comment