Google+ Followers

Thursday, 6 August 2015

Mat Salleh minat nak tahu pasal Money-Laundering melibatkan 1MDB - Nurul izzah

Lokasi : Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur


Tarikh : 2/8/2015



Nurul Izzah mengesahkan bahawa satu perjumpaan antara beliau dengan Ed Llewelyn , Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Britain telah diatur oleh Pejabat Kedutaan Britain  pada hari yang sama Perdana Menteri Britain mengadakan perjumpaan dengan kepimpinan negara di Kuala Lumpur.

Perjumpaan tersebut hanya melibatkan Nurul Izzah dengan wakil kedutaan dan Ed Llewelyn sahaja dan tidak melibatkan pemimpin pembangkang yang lain. Turut hadir ialah Penasihat Keselamatan Negara Britain.

Selain isu hak asasi dan keadaan semasa Anwar Ibrahim di Penjara Sg Buloh, isu lain yang menarik perhatian wakil David Cameron ialah mengenai rombakan kabinet, kebebasan akhbar dan 'money-laundering' di Malaysia yang melibatkan 1MDB.