Wednesday 26 August 2015

Thank you KJ - TSMY




KENYATAAN MEDIA

YB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
TIMBALAN PRESIDEN UMNO

26 OGOS 2015

Saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO, dan barisan Exco Pemuda UMNO Malaysia atas kenyataan berani mengenai hal ehwal negara khususnya tentang isu yang menjejaskan imej negara seperti 1MDB dan derma politik RM 2.6 bilion kepada Perdana Menteri. Saya amat menghormati dan menghargai pandangan berani Ketua Pemuda yang saya percaya dibuat berlandaskan prinsip kebenaran dan keadilan yang teguh berpandukan ajaran Islam.
Saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih atas sokongan Saudara Khairy kepada kedudukan saya sebagai Timbalan Presiden UMNO yang dipilih oleh para perwakilan dalam pemilihan parti. Ucapan penghargaan dan terima kasih juga saya tujukan kepada sahabat-handai, ahli-ahli Umno akar umbi dan rakyat Malaysia yang tidak putus-putus memberikan sokongan, dorongan dan kata-kata semangat kepada saya supaya meneruskan perjuangan menegakkan kebenaran demi menyelamatkan UMNO, bangsa Melayu dan rakyat Malaysia seluruhnya.

Saya menyokong sepenuhnya pendirian Pemuda UMNO dalam meletakkan semula Malaysia pada landasan yang betul. Saya ingin mengingatkan jika kita gagal menangani kemelut yang melanda negara kita secara berani dan berdepan atau “take the bulls by the horns”, saya bimbang Malaysia akan terjerumus ke dalam kancah negara yang gagal (failed state). Iklim ekonomi dunia yang tidak menentu, nilai ringgit yang semakin merudum, kemelut politik yang luar biasa, kenaikan harga barang dan kos sara hidup, kebanjiran warga asing yang tidak terkawal dan sentimen pelabur yang dingin terhadap Malaysia merupakan bibit-bibit yang boleh menyebabkan Malaysia menjadi sebuah negara yang gagal. Mudah-mudahan Allah s.w.t. menjauhi kita daripada sebarang malapetaka, na’uzubillahi min zalik.

Atas kesedaran inilah saya tidak putus-putus mengingatkan rakan-rakan saya di dalam kerajaan supaya mengambil langkah-langkah pembetulan dengan segera. Sebagai Timbalan Presiden UMNO, saya menyampaikan kebimbangan saya melalui platform parti, iaitu di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi dan ketika merasmikan mesyuarat-mesyuarat perwakilan UMNO bahagian yang saya dijemput hadir sebagai perasmi. Saya lakukan ini kerana saya sayangkan UMNO. Pemimpin datang dan pergi, tetapi parti mesti terus kukuh dan utuh untuk meneruskan perjuangan membela agama, bangsa dan negara.

Namun, malangnya terdapat segelintir individu di dalam UMNO sendiri yang lantang mengkritik saya. Lumrah apabila seseorang itu tidak lagi berjawatan tinggi di dalam kerajaan, maka akan ada segelintir manusia yang tidak lagi menghormati, malah mengecam kita. Mereka ini ada antaranya yang pernah saya bantu ketika saya berada di dalam kerajaan. Mereka menuduh saya menjadi pengkhianat, menuntut supaya saya dihadapkan ke Lembaga Disiplin dan mendesak saya supaya meletak jawatan. Seorang Ketua Bahagian di negeri Selangor antara yang paling kuat mendesak saya meletak jawatan sedangkan ahli di bahagiannya sendiri menuntut dia meletak jawatan. Semua ini dibuat semata-mata kerana saya bercakap benar demi untuk menyelamatkan parti.

Kepada mereka ini ingin saya ingatkan. Sejarah sumbangan saya kepada UMNO cukup panjang. Saya telah berjuang di dalam UMNO lebih 40 tahun. Malah, ketika UMNO diharamkan dahulu, saya mengambil tanggungjawab untuk membina semula UMNO di Johor sehingga UMNO kembali kuat dan negeri Johor menjadi penyumbang terbesar kemenangan UMNO dan Barisan Nasional dalam setiap pilihanraya umum. Saya juga tetap setia bersama parti ketika UMNO menghadapi pelbagai krisis. Jadi, janganlah terlalu mudah menuduh saya sebagai pengkhianat dan mendesak saya meletak jawatan.

Namun, semua ini tidak akan mematahkan semangat saya, apa lagi melemahkan daya juang saya untuk terus membela maruah agama, bangsa dan negara. Saya yakin bangsa Melayu tidak akan menjadi bangsa yang dihina selagi kita berpegang teguh kepada ajaran Islam, menjadikan prinsip kebenaran dan keadilan sebagai panduan dalam kehidupan dan dipimpin oleh pemimpin yang amanah dan bertakwa kepada Tuhan.

Kepada Allah saya berserah.


TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
TIMBALAN PRESIDEN UMNO

9 comments:

  1. KJ sudah melihat ada cabaran besar yg bakal di hadapinya pada masa depan ,itulah sebabnya beliau mula mengatur langkah.Anak PM Najib sudah memulakan langkah menonjolkan diri sebagai pemimpin,dan sudah memperolehi sokongan padu di bawah dagu KJ sendiri.Ini tidak meyenangkan KJ,itulah sebabnya beliau kembali 'merungut' sekarang ,harapan beliau utk menjadi PM in the making akan berkubur. nampaknya.

    Lagi pun orang Melayu Islam ramai yg tertanya-tanya,sesuai kah KJ menjadi ahli Umno,mungkin kah beliau sudah tersilap borang,kerana PKR atau DAPmungkin lebih sesuai utk beliau.Sepanjang menjadi KP Umno,tak pernah pun beliau menyebut mengenai perjuangan hak Melayu,mendaulatkan Islam dsb yg berkaitan dgn perjuangan Umno.Takdirnya beliau menjadi PM satu ketika nanti,Umno,PKR dan DAP sudah boleh bersatu,kerana semuanya sudah jadi 2X5.Kalau begitu nampaknya Harapan utk orang Melayu hanyalah pada PAS yg sudah di bersihkan dari GHB.

    ReplyDelete
  2. KJ ni jelmaan Anwar Ibrahim je. Tapi orang muda dengan cina suka dia, tak nampak magik dia.

    Dia Ketua Pemuda, jadi terpaksa la. UMNO ni patut dikuburkan aje. Timbalan kena minta sokongan ketua pemuda untuk satu yang terang lagi nyata. MT, ketua -ketua bahagian, mana?? ... kelakar.

    ReplyDelete
  3. Yay KJ, we love you!

    ReplyDelete
  4. Kisah TSMY di zaman pak lah. http://raksasabn.blogspot.com/2008/05/muhyiddin-perlu-berundur-bukan-pak-lah.html?m=1

    ReplyDelete
  5. YA ALLAH! Apa KEJADAHnya ni - diPUJI KP UM.-LIBERAL yg. dulu asyik MENGUTUK Mahkamah Syariah; sbg. PEJUANG ISLAM?!! Maklumlah kan si mamat-kari ni BERANGAN nak jadi PM (kelakaq betul!), spt. yg. selalu diidamkan PEMUJA BANGSAT dia, si EvangeliSStar tu?! Patut dah lama diNYAHkan bersama timbalan KAKI BETINA dia tu!

    Dan si PENGKHIANAT NYANYUK ni semua, JANGAN beranganlah anak/keturunan kamu nak jadi PM/Presiden UMNO; PI BERAMBOS!

    Baru kita sedaq PERANCANGAN amat LICIK keturunan PENGKHIANAT tu disyaki nak MENGUASAI UMNO dan K'jaan melalui Kedahdan Johor! Mcm. Kedah/Johor tu keturunan depa punya! Bukan main lagi di majlis si PENGKHIANAT NYANYUK-no-1 baru-baru ini, dia dikelilingi si BETINA-BETINA-omputih-KEPARAT berkostum termasuk dgn. pakaian-ala-puak SYAITAN, serta TAUKEH-TAUKEH PENJILAT dia!

    Lihat PERMAINAN amat KEJI dan LICIK yg. tak habis-habis oleh si DALANG-DUA-MUKA amat MERBAHAYA ni serta penyokong PENDENDAM dia - di http://wargamarhaen.blogspot.com/2015/08/dana-asing-rm26-b-sebabkan-rakyat.html , Dana Asing RM2.6 b sebabkan rakyat pandang serong UMNO- Mukhriz, 20 Ogos 2015; dan di - http://www.bnbbc.my/mukhriz-cadang-pemilihan-umno-tahun-depan/ , Mukhriz cadang pemilihan UMNO tahun depan (MELUAT betul aku dgn. puak PENGKHIANAT/PENDENDAM ni)!

    Org. KEDAH pilih UMNO utamanya, bukan pilih anak beranak PENGKHIANAT- yg. pandai BERPURA-PURA selama ni – maka ambil balik KEDAH dari keturunan PENGKHIANAT ni!

    Dan ingat tak PEMBUNUHAN KEJAM dlm peristiwa Memali tu - BUKA juga balik kes ni! Mungkin agaknya anak beranak PENGKHIANAT ni akan nak TUTUP mulut MEDIA! Dah tiba masanya MANGSA-MANGSA PEMBUNUHAN KEJAM ni dapat PEMBELAAN akhirnya!

    Nek Tempoyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. woooi #mulutbaucibai #cibaibautempoyak bawa mulut ko ke tempat lain lah. ko ni ada penyakit split personalities ke? Ko ni jantan atau betina ?

      Delete
  6. Yg. heran tu. awat si PENGKHIANAT-gila-KUASA ni semua tak minta SPRM buka balik kes Pulau TIOMAN cthnya di mana disyaki tanah kampung BUMIPUTERA Islam/Melayu diPAKSA jual dgn. amat MURAH kat si Pendatang KAPIRDAJAL termasuk dari SingaPORK dan si PENJILAT si PENGKHIANAT Kedah ni (yg. bukan main lagi begitu galak dok raikan majlis harijadi si PENGKHIANAT ni dgn. BETINA-BETINA omputih berkostum termasuk yg. berbaju-ala-puak-SYAITAN)!

    Sudah tiba masanya, para KETURUNAN penduduk kpg. Islam/Melayu kita termasuk di TIOMAN ini berhak dpt. KEADILAN dan PAMPASAN yg. sewajarnya!

    Dan SPRM buka juga balik kes ini - lihat artikel yg. sungguh BERNAS ini psl. si DALANG DUA MUKA PENGKHIANAT-no-1 di http://thekl-chronicle.blogspot.com/2015/08/warkah-buat-tun-mahathir-benarkah.html (walau telah dinafikan VincentPENJILAT tu, kenapa YAB PM kita boleh pula diSIASAT dgn. begitu KEJAM hanya berdasarkan FITNAH-FITNAH palsu berkaitan IMDB):

    Warkah Buat Tun Mahathir: Benarkah Vincent Tan Derma RM 400 juta Kepada @dapmalaysia?

    Amin Yatim, Wednesday, August 5, 2015

    Nek Tempoyak.

    ReplyDelete
  7. Puaka-puaka PENDATANG KAPIRDAJAL TERORIS-TERORIS PKRHOMO/DAPBANGKAI-SIAL-si-PORNORASIS- EJEN/KULI- CIA-NATO/ZIONIS-MOSSAD/FREEMASON-PEROMPAK/PENJENAYAH/PERASUAH- no 1 - sedg. memperALATkan BUDAK-BUDAK KECIK-tak MATANG terutamnya yg. berlambak dr. PU; yg. makin jadi BATU-BATU API, yg. TERPERANGKAP dgn. POLITIK-keNEGERIan EKSTREMIS-'bangsa' Johor yg. makin ANGKUH-tak-SEDAQ-DIRI!

    Politik JAHANAM ni sebenaqnya juga adalah legasi MALAYAN UNION-KEPARAT Penjajah British/ZIONIS-FREEMASON-PEROMPAK/PEMBUNUH yg. sebenaqnya mahu MEMECAHBELAHkan BANGSA Bumiputera Islam/Melayu dan UMNO keseluruhannya, serta mahu MENGHAPUSkan HAK dan IDENTITI BANGSA Bumiputera Islam/Melayu - dengan SATU identiti `BANGSA` Malayan (bangsa 'Malaysia' di zaman ini) - lihat di - http://www.khazanahbendaharaserimaharaja.com/sejarah-perjuangan-kemerdekaan-v.html , Sejarah Perjuangan Kemerdekaan V: Protes Melayu, UMNO & Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu!

    Si budak-budak-KECIK PU ni pikiaq seolah hanya ‘bangsa’ Johor yg. menubuhkan UMNO – mai belajaq SEJARAH penubuhan UMNO oi! Lihat artikel yg. sungguh BERNAS ini di - http://www.penaminang.com/2015/07/umno-bukan-untuk-bangsa-johor-sahaja.html#axzz3iN1JAu79 :

    UMNO BUKAN UNTUK BANGSA JOHOR SAHAJA

    Oleh : Jebat

    1. Sejurus penguguran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dari kabinet, maka wujudlah suara-suara yang membangkitkan semangat kenegerian.

    2. Ini merupakan satu langkah kebelakang dalam usaha memperkuat dan menyatukan bangsa Melayu.

    3. Memang benar Johor merupakan tanah kelahiran UMNO, malah Dato' Onn Jaafar yang menjadi Yang Dipertua Pertama UMNO adalah orang Johor dan bekas Menteri Besar Johor.

    4. Namun perlu diingatkan bahawa, selain Dato' Onn Jaafar, ada individu lain dari negeri lain yang turut sama menubuhkan UMNO.

    5. Nama-nama seperti Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz (Dato' Panglima Bukit Gantang : Perak), Dato’ Nik Ahmad Kamil (Kelantan), Dato’ Hamzah Abdullah (Selangor) dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Zaaba : Negeri Sembilan) adalah individu yang turut sama terlibat bersama-sama Dato' Onn tatkala menubuhkan UMNO. Mereka ini adalah individu yang terlibat secara langsung dalam merangka, menyediakan draf Piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya.

    6. Melihat pada sejarah, inilah jiwa UMNO yang sebenar. Inilah harapan Dato' Onn dan rakan-rakannya kepada bangsa Melayu. Agar BERSATU setelah selama ini terkongkong dengan sifat kenegerian.

    7. Oleh itu, usahlah kita menghancurkan asas yang dicipta oleh Dato' Onn Jaafar dan sahabatnya dengan membangkitkan sentimen kenegerian hanya disebabkan seorang mantan Timbalan Perdana Menteri dari negeri Johor digugurkan.

    8. Akhir kalam jadilah Melayu Johor sepertimana bait-bait Sajak nukilan Sasterawan Negara, Dato' Usman Awang;

    Dalam kekeruhan ini carilah kejernihan,
    Dalam sengketa ini sambutlah perdamaian,
    Sifat terpuji setiap insan,
    Bermuafakat supaya berkat,
    Bersaudara dunia akhirat,
    Berikhtiar dengan tabah,


    Nek Tempoyak.

    ReplyDelete
  8. Muhyiddin adalah seorang yang oppurtunist. Kononnya dia berjuang di jalan Allah. Amboi 'alimnya. Mengapa tak join PAS saja. Bukankah kau Muhyiddin masih menyokong kepala bapak koruptor Malaysia iaitu Tun Mahataik walaupun Tun Mahataik menyalah gunakan kuasanya dengan mem bail out syarikat anak sendiri berbillion-billion dan kemudiannya memecat Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

    Selepas digugurkan jawatan nak tunjuk baik pula. Kenapa diungkit pasal RM2.6 Billion. Kalau tak kerana RM2.6 Billion tu kau dan KJ sudah jadi pembangkang pada PRU13. Rancangan kau dengan Mahataik satu persatu berjaya dipatahkan Najib. Kononnya nak bantu PM memperkuatkan UMNO, tapi berusaha menghasut orang UMNO pula.

    KJ pula nyaris2 nak jadi billionaire kerana membolot semua contract di zaman Pak Lah. Sejak bila kau jadi begitu baik KJ. Semua orang tau KJ perangai kau yang baik itu di Tingkat 4, Putrajaya di zaman Pak Lah.

    Sudahlah Muhyiddin dan KJ, jangan cuba menipu rakyat. Kamu bercakap seolah-olah kamulah yang paling mulia. Mulia taik kucing.

    ReplyDelete