Google+ Followers

Wednesday, 21 October 2015

Kerajaan mahu Komuniti Melayu Kg Bharu maju dan membanggakan

Lokasi : Jalan Raja Muda Musa, Kg Bharu, KL

Acara : Majlis Mesra Rakyat Kampung Bharu, Legasi Baharu

Tarikh : 18/10/2015


Nota ringkas dari ucapan PM Najib Razak :-

Pembangunan bercampur melibatkan bangunan pejabat 30 tingkat dan 41 tingkat pangsapuri
Ini kali ke empat lawatan PM ke Kg Baru. Masjid Kg Baru dibina semula atas tajaan 1MDB
Kg Baru City Center (KBCC) akan dihubungi dengan laluan pejalan kaki ke KLCC sepanjang 350 meter. Satu pintu gerbang akan dibina utnuk memasuki KBCC. MRT juga akan melalui kawasan KBCC. Jalan Raja Muda Musa akan dilebarkan dan dinaik taraf dengan landscaping diniasi dengan lampu LED yang akan 'menghidupkan' KBCC siang dan malam. Pusat pentadbiran DBKL juga akan dibina didalam kawasan KBCC.

Quote

"Kuala Lumpur selama ini ...kalau kita sebut orang Melayu di Kuala Lumpur , saya tak nak orang melayu sinonim dengan kawasan kawasan yang boleh dikatakan bertaraf setinggan... ataupun bertaraf marhain, ini tak boleh...saya nak orang Melayu di Kg Bharu ini dilihat sebagai komuniti yang maju dan mempunyai kedudukan ekonomi dan sosial sosial status yang boleh dibanggakan. Sebab itu lah disebalik konsep pembangunan Kg Bharu inilah supaya orang Melayu tidak dilihat terkeluar dari arus perdana pembangunan negara. Ini lah mesej saya ..".... Najib Razak
1
 2
 3
 4
 5
 6
PM Najib Razak bergambar bersama Pemilik / Pewaris 17 Lot terlibat dengan tanah mendap Kg Pindah, Kg bharu, Kuala Lumpur.
 7
Gimik pecah tanah projek
 8