Venue : Wad Pidiatrik, Hospital Pulau Pinang
Event : Lawatan mengejut Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Msyarakat
Date : 3/3/2012
Lain kali saya akan cuba elak melawat tempat tempat sebegini, bukan apa hati saya tak boleh menahan sebak melihat keadaan pesakit pesakit kecil.... ada yang nazak dan ada yang bergelut berjuang menyambung nyawa... sedihnya..
Video lawatan ke wad pediatrik Hospital Besar Pulau Pinang
Nasihat kepada rakan rakan media : Kalau membuat rakaman dalam wad sebegini, jangan lah gunakan flash dan 'rapid shots' mode... kalau boleh gunakan silent atau single mode, bergantung kepada jenis kamera... bukan apa, bunyi bising dan sinaran flash boleh menganggu dan membuat kan pesakit pesakitt kecil terkejut dan tersedar dari sedation... kesian mereka..
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9. Serpihan kaca yang sukar dikesan dengan sekali imbasan.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17. Keadaan dalam wad.
18. Ini lah pesakit yang saya paling tersentuh... sudah tiga bulan berada dalam wad dalam keadaan begini. Penyakit paru paru yang kronik yang memerlukan mesin 'vibrator' untuk mengoncang badan beliau supaya kahak pecah dan dapat disedut keluar dari paru paru...
19. Saya sangkakan beliau tidak sedarkan diri, rupa rupa nya beliau sedar dan membuka mata luas apabila saya cuba mengambil gambar dari jarak dekat... "Ya Allah sembuhkan lah anak kecil ini dengan sebaiknya dan kau berikan lah beliau hidayah supaya menjadi insan yang beriman hingga ke akhir hayat... Amiiinnn..."
20.
21. Anak kecil pula melecur sebahagian tubuh badan nya kerana tercurah air mendidih yang disediakan ibunya untuk mandian. Mengikut cerita bapanya, anak nya telah menarik bekas air panas diatas meja yang kemudian nya terbalik dan mencurahkan air panas keatas kanak kanak tersebut bukan setakat badan, ada air panas yang telah masuk kedalam paru paru dan perut melalui mulut mungkin ketika dia sedang menjerit kesakitan.. He may have to stay a little longer in this ward...
22.
23.
24. Yang botak tu saudara Yusman, Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Pulau Pinang, agensi yang berada dibawah KPWKM..
25.
26. AJK Sekretariat Jalinan Rakyat dari Wanita UMNO Pusat bergambar depan Restoran Hameediyah, Leboh Campbell
27.
28.
pelik, biasanya di hospital tidak dibenarkan untuk mengambil gambar, pernah beberapa tahun lepas saya menangkap gambar atuk saya yang dimasukkan kehospital kerana kencing manis yang tinggi.saya telah dimarahi oleh staff nurse yang bertugas di hospital taiping tersebut.mungkin kerana bro datang dengan menteri jadi tidak ada halangan untuk mengambil gambar.
ReplyDeleteAwie : memang standard procedure pihak hospital tak benarkan pelawat mengambil gambar didalam wad kerana khuatir menganggu pesakit... Tapi dalam hal lawatan oleh menteri mereka biasa nya akan menggunakan budibicara masing2 untuk mengizinkan pihak media merakam lawatan tersebut dalam tempoh masa tertentu... tidak lah kami sebebasnya mengambil gambar sesuka hati kami, kalau dah kena jeling2 tu pepaham saja lah
Deletebro,
ReplyDeleteterima kasih kongsi gambar2 (walau banyak sangat gambar kak ijat!). lawatan ke mana pun jika memberi kita kesedaran tentang kehidupan dan kesyukuran, tentu ada baiknya.
Remgold : Terima kasih atas maklum balas. Obviously job ni job berbayar, jadi adalah angle tertentu yang perlu saya tonjolkan. Saya tak terlibat dalam kerja parti UMNO, cuma a professional earning a living out of his professional skills. Masuk ke hospital dan mengambil gambar termasuk gambar dibilik mayat memang memberi impact kepada jiwa saya... biasanya mengambil beberapa hari untuk reda...
Deletesebak melihat keadaan anak2 kecil dalam gambar ni. tak terbayang bagaimana perasaan ayah dan ibu mereka. semoga Allah memberikan saya hidayah untuk lebih bersyukur dengan kesihatan yang dikurniakan kepada anak2 saya.
ReplyDelete