Showing posts with label kpwkm. Show all posts
Showing posts with label kpwkm. Show all posts

Thursday, 12 March 2015

Waktu kerja anjal bantu tingkatkan produktiviti kaum ibu yang bekerja

Lokasi : Taman Bukit Kajang Baru, Kajang, Selangor

Acara : Ziarah Sayang Wanita UMNO / BN

Tarikh : 11/3/2015



Waktu kerja anjal (flexible working hours) boleh menambahkan produktiviti kaum wanita terutamanya kaum ibu yang mempunyai kemampuan melakukan pelbagai kerja (multi-tasking). Kak Ijat menyokong penuh usaha Kementerian Wanita kearah mendapatkan system keanjalan waktu kerja terutamanya untuk kaum ibu.






Thursday, 10 July 2014

Kenapa perlu DBKL buat kerja bertindih ?

Lokasi : Belakang pasaraya Mydin, Pudu, Kuala Lumpur

Acara : Perdana Menteri melakukan tinjauan keatas gelandangan sekitar kawasan Kotaraya / Mydin

Tarikh : 9/7/2014


Kenapa perlu DBKL lakukan kerja bertindih dengan mengadakan rumah perlindungan mereka sendiri? Kenapa tidak DBKL lakukan saja kerja penguatkuasaan disamping memberi bantuan dan sokongan kepada KPWKM yang memang dipertanggungjawabkan dalam urusan kerja sosial. Dengan demikian kecekapan KPWKM dapat dipertingkatkan. Peruntukan kewangan dan prasarana sudah pun KPWKM perolehi bagi kerja-kerja sosial ini. Tidak perlulah DBKL membelanjakan wang untuk mengadakan prasarana gelandangan mereka sendiri.




Gelandangan akan dapat kemudahan asas untuk kekal di KL ??

Lokasi : Belakang pasaraya Mydin, Pudu, Kuala Lumpur

Acara : Perdana Menteri melakukan tinjauan keatas gelandangan sekitar kawasan Kotaraya / Mydin

Tarikh : 9/7/2014


Apa yang sebenarnya hendak dilakukan ? Hendak menjadikan Kuala Lumpur (Zon 2 Km) sebagai Zon Sifar Gelandangan & Pengemis atau membiarkan kewujudan mereka dengan memperbaiki keadaan kehidupan mereka sebagai dengan kekal status sebagai gelandangan??
Saya masih lagi musykil setakat ini setelah pelbagai kenyataan dibuat membuatkan saya tercelaru dengan tindakan sebenar yang akan diambil. Ini kenyataan dari Perdana Menteri. 




Najib turun tinjau gelandangan di KL

Lokasi : Sekitar Kotaraya / Pasaraya Mydin, Pudu, Kuala Lumpur

Acara : Perdana Menteri melakukan tinjauan keatas gelandangan sekitar kawasan Kotaraya / Mydin

Tarikh : 9/7/2014


Usaha terpuji Perdana Menteri, Najib Razak  turun sendiri ke padang meninjau keadaan dan masalah sebenar yang dihadapi oleh DBKL dan gelandangan sekitar kawasan Kotaraya dan Pasaraya Mydin. Dengan memahami nadi rakyat diharapkan keputusan yang terbaik akan dapat dibuat untuk kebaikan semua.


1
 2
 3
 4
 5
 6
 7  Vangavan sudah tiga bulan tidak bekerja disebabkan kecederaan tangan
 8  Zaidi, pemuda dari Johor ini pekerja part-time dan sudah menjadi gelandangan sejak setahun yang lalu
 9   Zainuddin (berjanggut) dari Kelantan sudah menjadi gelandangan sejak empat tahun yang lalu. Beliau juga bekerja sambilan dikawasan Kuala Lumpur
 10

Thursday, 9 August 2012

Iftar - Kementerian Pembanguan Wanita, Keluarga & Masyarakat

Venue : Dewan Tun Razak 1, PWTC, Kuala Lumpur

Event : Iftar Ramadhan

Date : 8/8/2012 @ 7.00 pm


1.
 2.
 3.
 4.
 5.
 6.
 7.
 8.
 9.
 10.


Sunday, 8 April 2012

Najib akan pangku jawatan Kak Ijat

Venue : Dataran Tok Gajah, Temerloh, Pahang

Event : Program Karisma 1Azam Negeri Pahang

Date : 7/4/2012 @ 3.30 pm

Ucapan aluan oleh Senator DS Shahrizat Jalil


___________________________________________________________

PM pangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

TEMERLOH 7 April - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan beliau akan memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat buat sementara waktu berikutan berakhirnya tempoh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai Ahli Dewan Negara berkuat kuasa esok.
Menurut Perdana Menteri, beliau bagi pihak kerajaan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas segala sumbangan yang diberikan Shahrizat yang mana pada masa sama beliau akan meneruskan segala program pembangunan untuk wanita seperti yang dilaksanakan sebelum ini.


''Shahrizat juga berjanji kepada saya bahawa beliau akan bekerja kuat sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO untuk menjamin kemenangan besar Barisan Nasional (BN).


''Justeru, Wanita mesti kekal bersatu, mesti bekerja kuat untuk menjamin kemenangan besar kita, insya-Allah," katanya ketika berucap merasmikan Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) 1Azam Peringkat Negeri Pahang di Dataran Tok Gajah di sini hari ini.


_________________________________________________



1/84
 2.
 3.
 4. Ketua Setiausaha KPWKM, Dato' Dr. Noorul Ainur Mohd Nur bersama Kak Ijat
 5.
 6.
 7.
 8.
 9.
 10. Lebih daripada 20,000 hadir pada majlis ini.

Saturday, 31 March 2012

Talian Nur 15999 dilancarkan

Venue : Taman Metropolitan. Kepong, Kuala Lumpur

Event : Program KAR1SMA KPWKM 2012

Date : 31/3/2012 @ 11.30 am

KUALA LUMPUR, 31 Mac 2012 - Selaras dengan usaha berterusan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakan (KPWKM) dalam memelihara keselamatan kanak-kanak dan remaja, KPWKM hari ini telah mengumumkan perkhidmatan panggilan percuma Talian NUR 15999 melalui telefon awam (payphone) di sekolah-sekolah seluruh Malaysia melalui bulan Jun 2012. Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Sri Sharizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, semasa menghadiri program KARISMA Komuniti KPWKM di Kepong.

"Melalu perkhidmatan ini, kanak-kanak dan remaja berpeluang berkomunikasi dengan konsultan Talian Nur 15999 secara percuma bagi mendapatkan nasihat dan maklumat serta melaporkan aduan atau masalah yang mereka hadapi. Ia juga membolehkan capaian Talian Nur 15999 yang lebuh meluas dengan kapasiti taburan hampir 40,000 telefon awam di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia", kata YB Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Talian NUR 15999 telah dilancarkan pada 5 Disember 2007 oleh Y.A.B Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Ia merupakan pusat panggilan bersepadu yang bertanggungjawab terhadap semua pertanyaan, aduan dan permohonan khususnya berkaitan aspek kebjikan dan sosial di bawah KPWKM. Perkhidmatan ini beroperasi 24 jan x 7 hari seminggu dan dikendalikan oleh call agent yang terlatih dari pelbagai bangsa dan boleh melayani sebarang panggilan dalam bahasa Cina dan Tamil sekiranya diperlukan.




Hari Keluarga Kementerian terakhir buat Kak Ijat ??

Venue : Taman Metropolitan, Kepong, Kuala Lumpur

Event : Program KAR1SMA KPWKM 2012

Date : 31/3/2012 @ 11 am


Meriah walaupun cuaca mendung dan hujan renyai renyai. Mungkin ini program hari keluarga KPWKM berskala sebegini yang terakhir buat Kak Ijat sebelum beliau melepaskan jawatan sebagai Menteri KPWKM pada 9/4/2012 nanti. Mungkin adalah majlis makan malam seperti Jasa Mu Di Kenang dan sebagainya yang akan menyusul.

Rafizi dan Zuraidah pula seharusnya bersorak kegembiraan dan buat kenduri kesyukuran. Kasi tumbang seekor dua kambing dan buat pulut kuning. Kalau dijemput harus saya bersama untuk merakam gambar kenangan tapi untuk makan pulut kuning atas penderitaan keluarga Shahrizat mungkin saya tak akan lakukan... fikirkan lah...

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.



Friday, 9 March 2012

Wanita muda akan menjadi fokus Kementerian

Venue : Dewan Cansellor, University Multimedia, Cyberjaya


Date : 8/3/2012


Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan memberi penekanan kepada wanita muda untuk memajukan mereka menjadi wanita berjaya di sektor korporat.





BN - Perasmian Sambutan Hari Wanita Antarabangsa

Venue : Dewan Cansellor, UJniversity Multimedia, Cyberjaya

Event : Perasmian Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 

Date : 8/3/2012 @ 11.30 pm


1.
 2.
 3.
 4.
 
 5.
 6.
 7.
 
8.
 
 9.
 10.