Thursday 7 June 2012

EXCO Selangor seru pelajar bangkit melawan


KENYATAAN MEDIA
07 Jun 2012


MENTERI DIINGAT JANGAN MENGHUKUM MAHASISWA

Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr. Yaakob Bin Sapari menyelar tindakan Menteri Pengajian Tinggi yang telah mengesahkan penarikan balik pinjaman PTPTN kepada mahasiswa UNISEL sambil mengingatkan Menteri terbabit agar jangan menghukum mahasiswa.

“Tindakan menarik balik pinjaman PTPTN demi kepentingan politik UMNO tidak lain hanya memberi tekanan dan beban kepada mahasiswa. Mahasiswa yang baru mendaftar ini, bukan semuanya anak Selangor bahkan ada juga yang datang dari pelbagai negeri malah dari Sabah dan Sarawak pun ada.

“Bebanan ini tidak hanya ditanggung oleh para pelajar bahkan ibubapa penyokong tegar UMNO turut terlibat sama dalam penganiayaan ini”, Ujar Dr. Yaakob.

Terdahulu, Pakatan Rakyat sering mengulangi janji mereka bahawa pendidikan percuma akan dilaksanakan selepas berjaya mentadbir Putrajaya. Hari ini, Menteri sudah awal- awal lagi menidakkan peranan kerajaan pusat bagi menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat sekaligus telah membuktikan ketidak-mampuan mereka mentadbir negara.

“Menteri hanya diberi amanah mentadbir. Mengapa perlu dikeluarkan arahan bagi menyekat itu dan ini. Perlu diingat bahawa 22 peratus dari cukai kerajaan Pusat disumbang oleh kerajaan Selangor. Tindakan ini dilihat sebagai keputusan tidak matang dan kebudak-budakan”, tegas beliau.

Justeru, Dr. Yaakob turut memohon agar mahasiswa bangkit menentang kezaliman tersebut. Sambil menyifatkan bahawa Pakatan Rakyat tidak hanya mahu member pendidikan percuma setelah mentadbir Putrajaya kelak. Bahkan kebebasan bersuara dan kebebasan mutlak sebagai seorang mahasiswa turut diperjuangkan.


Exco Kerajaan Negeri Selangor
merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Anggerik

10 comments:

  1. Ape bodoh sgt Akob ni, hari tu nak mansuh PTPTN hari ni menyalak pulak nakkan PTPTN,MANA SATU YG DIA ORG NAK, TAKDE PENDIRIAN BETUL...Btau skrg nak @ tak nak...sng cerita...Bodoh,Baral + bangang...

    ReplyDelete
  2. memang bodoh pun puak nie muka pun dah macam bangkai busuk

    ReplyDelete
  3. hati kecil akob bebunyi "aku nak kn duit tu bg kt bdk2 tu je...suh belanja kt dlm selangor ni,kn byk hiburan2 kt sini,baru la masyukkkk selangor ni nnti...aku pun dpt bahagian aku...lps tu duit ptptn tu kira hangus je la.."hahahaha

    ReplyDelete
  4. Itu hari hasut tentang PTPTN hari seru bangkit melawan pulak. Mahasiswa yang bodoh dengar cakap orang bodoh jadi tanggunglah sendiri. Jangan bagi alasan beban ibubapa, kerana beban yang timbul kini kerana pemimpin seperti kamu yang menimbulkan masalah bukan menyelesaikan masalah. Bukankah puak puak kamu yang mencanangkan bahawa PTPTN itu beban maka hari ini PTPTN sudah mengambil kira segala beban tidak sahaja dipihak pelajar, ibubapa dan puak puak kamu. Jadi sebagai exco kamu mestilah sediakan pendidikan percuma dan jangan politikan isu hutang pendidikan.

    ReplyDelete
  5. Memang puak2 PKR NI bukan sahaja BODO,tetapi penipu NO1.Bekukan PTPTN Bukan membuktikan kerajaaj zalim,tapi mereka mencabar kerajaan PKR buktikan apa yang kamu jaja kepada raayat memang kamu boleh buat,PKR juga berkempen nak berikan pelajaran percuma!baru ta sampai 2ribu pelajar dah x sanggup,inikan nak tanggung semua pelajar IPTA IPTS seluruh negara.Bercakap lidah x bertulang,ikut sedap x buat kajian,Macam Rafizi membanggakan diri konon dia u akauntant.Apa sijil akauntant kau u boleh bagi raayat duit ke.Ramai lagi akauntant diMalaysia ni,jangan banggalah Rafizi

    ReplyDelete
  6. bru kne ketuk ckit dh melompat????adoi.....ari2 ye2 je ckp mcm puny kerek.akob,ko g jmpe rafizi suh die siapkn duit yg die calculate 2 utk tnggung pelajaran student yg xdpt ptptn 2.dh settle 2 bru cite cmne nk bg pendidikan free utk sume plak.bodo!!!!

    ReplyDelete
  7. bru kne ketuk ckit dh melompat????adoi.....ari2 ye2 je ckp mcm puny kerek.akob,ko g jmpe rafizi suh die siapkn duit yg die calculate 2 utk tnggung pelajaran student yg xdpt ptptn 2.dh settle 2 bru cite cmne nk bg pendidikan free utk sume plak.bodo!!!!

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete