Sunday, 5 May 2013

PRU 13 - Keluargaku Pengundi BN


Rumah ibu saya telah dikunjungi petugas BN dan mereka menampal sticker dengan kebenaran ibu saya pada hari keempat selepas penamaan calun. Ibu saya mengizinkan untuk menampakkan keceriaan dalam musim pilihanraya ini. Bilek gerakan PAS yang terletak kurang 300 meter tidak berusaha untuk menemui pengundi. Kalau kalah nanti jangan salahkan sesiapa ..OK. 

Bagaimana pula dengan petugas petugas parti yang bertanding menjalankan tugas di tempat anda ? Hari ini hari penentuan...Jom kita pergi mengundi.


N.36 Pengkalan Baharu

Khairuddin Abdul Malik  - PAS
Abdul Manaf Hashim - BN
Ahmad Nizam Hashim - Bebas





19 comments:

  1. Keluarga saya undi BN, saya kempen habis-habisan kali ni, pada kengkawan yang atas pagar pun saya kempen sampai malam tadi supaya Undi BN dan kenapa perlu undi BN

    ReplyDelete
  2. Kita jadikan PRU13 yang paling cemerlang pada BN sebagai hadiah pada Najib. PAS PKR perlu diubah. kerana pemimpinnya telah banyak berubah selepas pru12. Aku dan keluargaku telah pun mengundi BN.

    ReplyDelete
  3. Saya nampak banyak Najib dah bantu...bagi lagi sepenggal..lagi banyak najib boleh bantu rakyat.

    ReplyDelete
  4. alhamdulilah ..BN pilihan saya..

    ReplyDelete
  5. Saya juga mengundi BN dari UK (post)....saya berdoa kesinambungan BN untuk menjayakan Wawasan 2020 yg hanya tinggal 7 tahun saje lagi dan semoga ianya dapat diteruskan kepada BN bila mendapat mandat baru apabila saya bangun dari tidur esok pagi waktu tempatan, saya berdoa semuanya selamat, insyaAllah.

    ReplyDelete
  6. Ya... ini kali BN akan ku pangkah..

    ReplyDelete
  7. BN pasti menang. ...saya undi BN

    ReplyDelete
  8. baru balik dari mengundi di kuantan, sejam beratur, lenguh kaki tapi berbaloi dapat pangkah BN for better nation. insyaallah BN menang.

    ReplyDelete
  9. Saya Mohd Faiz dari JB. Saya dan keluarga (4 keluarga) baru kembali dari mengundi. Saya SAH kan kami semua beru saja mengundi BN. Hanya BN saja yang mampu menjamin keamanan dan kemakmuran negara. Lain Kali Saja Lah kepada pembangkang yang berangan nak ambil alih.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah dan terima kasih Jinggo. Baru kami tahu secara sahih kamu memang menyokong BN waluapun bukan orang UMNO. Takbiiiir...semoga BN menang besar. Sebenarnya saya orang PAS dan mengikuti blog Jinggo sejak 6 tahun yang lalu. Saya sudah kecewa dengan kepimpinan PAS yg lemah dan tak konsisten. Semoga mereka di hidayah Allah SWT. Ini Kali saya tak keluar mengundi sebagai tanda protes. Tapi isteri saya tetap pergi mengundi pasal dia sokong BN (jururawat hospital kerajaan). Semoga yang benar dan ikhlas menang besar. Insyaallah.

    >>nama saya pun NAJIB<<<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini kali pertama saya mengundi. Saya juga peminat uncle Jinggo sejak dari sekolah lagi. Gambar artis semua TERHEBAT. Saya ikut saja apa uncle Jinggo sokong. Hidup BN !!

      Delete
  11. Jinggo mengundi kawasan mana?

    ReplyDelete
  12. Jinggo kata keluargaku pengundi BN bukannya aku dan keluargaku pengundi BN. hak dia untuk tentukan samada undi BN atau Pakatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe saya setuju dengan kenyataan ini...undi adalah rahsia...selamat mengundi semua

      Delete
  13. Kami satu kelaurga, 10 orang semua nya, pun undi bn (di segambut).
    Nak tebus dosa tak mengundi pru12.
    Saya hajar

    ReplyDelete
  14. SALAM...... SAYA ANAK JATI KELANTAN. MENGUNDI DI DUN CHEMPAKA, PARLIMEN PKLN CHEPA. SELAMA NI SAYA MENGUNDI PAS. SEJAK 23 TAHUN DULU SAYA MENGUNDI PAS DAN SAYA SEKELUARGA JUGA BERKEMPEN UNTUK PAS BERSUNGGUH2 SEHNGGA PAS BOLEH MERAMPAS KELANTAN SEJAK 1990. SAYA SEDAR BILA PAS SEKARANG TIDAK SEPERTI PAS DULU DI MANA PEMIMPIN2 PAS MULA MENGUMPUL HARTA KEKAYAAN TANPA MEMPEDULIKAN NASIB RAKYAT KELANTAN YANG KESUSAHAN. ITU PENGALAMAN SAYA. PAS TAHU SEJAUH MANA KAMI BERKEMPEN UNTUK PAS DULU, TAPI INI BALASAN YANG KAMI TERIMA. TAPI REZEKI DATANG DARI ALLAH SWT. SEBELUM PRU13 BARU2 INI, SAYA RASA BERSALAH DENGAN RAKAN2 YANG SAYA RAYU DULU SUPAYA MENGUNDI PAS. SAYA TERPAKSA TERANGKAN SEMUANYA. SAYA TAHU DI DUN CHEMPAKA, PAS TAK PERNAH KALAH. SAYA TAK NAK BERTERUSAN MELAKUKAN KESILAPAN MENGUNDI PAS BILA SAYA TERINGAT SOAL 'KALIMAH ALLAH' DAN SOAL 'NABI MUHAMMAD SAW'. SAYA TAHU BAHAWA MENGUNDI INI BERMUSIM IAITU 5 TAHUN SEKALI, TAPI SOAL AKIDAH ADALAH SELAMANYA HINGGA HARI KIAMAT. SAYA JADI TAKUT. BIARLAH SAYA KALAH DI DUNIA DAN SAYA SENTIASA BERDOA SEMUGA ALLAH AMPUNKAN KESILAPAN SAYA SEMALAM, HARI INI DAN AKAN DATANG. AMIN. YA RABBIL ALAMIN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BANYAKKAN LAGI MEMBACA UNTUK MENCARI KEBENARAN.. JANGAN HANYA MENDENGAR DAN MEMBACA DARI MEDIA ARUS PERDANA.. CUBA LA SELIDIK SIAPA SEBENARNYA YANG MELULUSKAN PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH BG PENGANUT KRISTIAN.
      BUKAKAN HATI DAN MINDA SUPAYA ANDA DAPAT MENCARI KEBENARAN.

      PEACE!!!

      Delete