File pic. |
SIARAN MEDIA
Y.BHG DATO’ SRI SHAHRIZAT ABDUL JALIL
KETUA PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA
SOALAN BUAT TAN SRI RAFIDAH AZIZ,
PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH AIRASIA X
KUALA LUMPUR, 16 MEI 2013 – Saya mewakili Pergerakan Wanita UMNO Malaysia hari ini ingin melontarkan pertanyaan kepada YBhg Tan Sri Rafidah Aziz selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Airasia X di atas kenyataan oleh Ketua Pengarah Eksekutif beliau dari Airasia X, Azran Omar-Rani terhadap Utusan Malaysia dan tindakan menarik balik iklan di dalam akhbar tersebut.
Saya yakin Tan Sri Rafidah Aziz yang telah menerajui kepimpinan Wanita UMNO selama 22 tahun dan berusia 66 tahun semasa meninggalkan pucuk pimpinan Wanita UMNO Malaysia, cukup matang untuk menjelaskan isu ini berdasarkan perjuangan Wanita Melayu yang turut didukung oleh beliau semasa memimpin Wanita UMNO. Malah, saya harap beliau memahami perjuangan Utusan Malaysia sebagai satu-satunya lidah rasmi orang Melayu.
Beliau seharusnya tampil kehadapan untuk memberikan pandangan, pendirian dan pendapat beliau untuk menyelesaikan isu ini, bukan terus berdiam diri walaupun beberapa desakan telah dikemukakan oleh badan-badan NGO Melayu dan beberapa pihak yang lain.
Wanita UMNO amat kecewa dan meminta Tan Sri Rafidah sebagai Pengerusi yang bertanggungjawab untuk Airasia X memberikan penjelasan secepat mungkin kerana terlalu ramai orang Melayu berasa amat tersinggung dengan pandangan yang tidak bertanggungjawab oleh Azran Osman-Rani.
SHAHRIZAT ABDUL JALIL
Maaf le ye ... nenek dah tak larat nak jawap pasei itu nenek dok diam ... nanti laaa bila lege dan kendor isu ni neneka akan jawap nanti
ReplyDeleteKalau nenek dah tua dan tak larat, letak aje jawatan.
Deletehehehe..nenek pun dah berlutut besi nih..
ReplyDeleteHarus sedar kan melayu yg x sedar diri..klu xde hak istimewa melayu..pasti azran sekadar opis boy atau penghantar surat kabar utusan...sbb utusan memperjuangkan melayu..itu pun klu dia berkelayakan nak bersaing dgn anak melayu yg lain
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSharizat,hang jawab tentang lembu dah la.Rafidah tu hanya non executive chairman,mana ada kuasa,pastu air asiax bukan nye GLC.Kalau kritik surat habaq cina atau tamil tak pa,awat utusan ni baik sangat ka.Dah air asia x tak nak iklan dalam utusan biaq pilla,cari la pengiklan lain.Bodoh punya bekas minister.
ReplyDeleteSaya nampak seolah2 Sharizat cuba nak reclaim balik kredibiliti dia tetapi dengan cara menjadikan Rafidah sebagai 'punching bag'. Dia ingat dengan semudah itu ke? Kenapakah Sharizat nak buat begitu? Adakah kerana 'legasi' yang dia tinggalkan tidak seberapa krediliti dengan legasi Rafidah. Tidak ada cara lainkah yang Sharizat boleh buat tanpa cuba menghina Rafidah? Ini macam sama keadaan Tun Dol cuba buat pada Tun Mahathir bila dia ada 'kuasa' dia cuba untuk memperlihatkan 'kononnya' dia lebih hebat dari mantannya. Dia boleh jadi hebat dengan cara yang lain.
ReplyDelete