Sunday, 9 June 2013

BNBBC Perak bidas G.Palanivel




KENYATAAN AKHBAR
DATO MOHD KHUSAIRI ABDUL TALIB
PENGERUSI KELAB ADUN BN NEGERI PERAK (BNBBC PERAK)

Tindakan Dato G. Palanivel mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan terhadap Menteri Besar Perak, Dato Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkaitan perlantikan jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak telah meletakkan dirinya pada taraf bukan seorang presiden parti.

Dalam kenyataannya yang disiarkan oleh akhbar-akhbar arus perdana dan akhbar-akhbar Tamil hari ini, Palanivel jelas telah mengugut Dr. Zambry untuk MIC menolak sebarang jawatan dalam Kerajaan Negeri, termasuk Pegawai Khas, Ahli-ahli Majlis kerajaan tempatan dan Penasihat Kepada Menteri Besar jika parti itu tidak diberikan jawatan Speaker.

Tindakan Palanivel ini menggambarkan seolah-olah beliau bukanlah seorang presiden sebuah parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) yang sentiasa berpegang kepada prinsip muafakat dan menyelesaikan sebarang perkara melalui saluran.

Beliau sepatutnya berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataan bagi mengelakkan beliau hilang kredibiliti selaku pemimpin.

Tindakan Palanivel mengugut Menteri Besar Perak adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab dan amat dikesalkan memandangkan Dr. Zambry sehingga kini tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan kedudukan Speaker.

Beliau tidak seharusnya menjadikan perkara perlantikan Speaker Dewan Negeri Perak dan Menteri Besar sebagai kambing hitam untuk mengukuhkan kedudukan dalam parti serta  menarik perhatian ahli-ahli MIC.

Oleh itu, janganlah Presiden MIC itu mencari alasan lain untuk mengembalikan popularitnya, termasuk mengheret urusan pentadbiran negeri dengan masalah politik yang sedang dihadapi beliau.

Kita percaya MB Perak tidak akan melupai masyarakat India dalam pentadbiran negeri. Malah ketika Palanivel tidak mengendahkan kedudukan jawatan kaum India dalam pentadbiran negeri, Dr. Zambry menambahkan lagi seorang pegawai khas, seorang Penasihat, selain tambahan senator.

Palanivel sepatutnya memikirkan dengan semasak-masaknya sebelum membuat sebarang kenyataan, dan menghormati jawatan Presiden sebuah parti komponen BN yang disandangnya.

DATO' MOHD KHUSAIRI ABDUL TALIB
TANJONG MALIM

9HB JUN 2013

8 comments:

  1. KALAU BETUL KENYATAAN TERSEBUT DIKELUARKAN OLEH PRESIDEN MIC DAH NAMPAK LAH SELEPAS PRU13 BANGSANYA DAH NAKMMENGIKUT BANGSA YANG MENYOKONG PEMBANGKANG 100% YANG MENYANGKAKAN PERUBAHAN KERAJAAN AKAN BERLAKU.....

    TETAPI PRESIDEN MIC TERSEBUT KENA INGAT BERAPA KERUSI YANG MIC MENANGI PADA PRU13 DRPD KERUSI YANG DIPERUNTUKAN KPD KAUM INDIA.... JANGAN DAH MELATAH NAK MEMERIKAN KATADUA KEPADA MB PERAK MENGENAI PERLANTIKAN SPEAKER DUN PERAAK YG MANA TIDAK SEMESTINYA DRPD MIC....... JANGAN NAK MENJADI JAGUH TETAPI MENGERUHKAN LAGI KEADAAN PARTI BN DI KALA INI...... PM KENA MELIHAT PERKARA INI DARI PELBAGAI SUDUT.....

    ReplyDelete
  2. Kah kah kah... Semalam aku tulis lembut saja. Harini keras Palanivel dapat dari Dato' Khusairi.

    ... Satu orang saja ka? Itu pun Parlimen. DUN yelek! Buntong banyak India pun tabole menang. Sungai Siput Samy Vellu punya tempat pun tabole menang.

    Itu Saravanan pun nasib baik, dia punya kawasan tiga2 DUN UMNO sapu. Tidak kalau pocik jugak.

    Buat kerja baik2 dulu la baru mintak. Bukan Zambri tarak sayang, kalau dia mau kasi, tarak mintak pun dia kasi. Tapi kalau mau paksa, mau boycott, malu laaa...

    ReplyDelete
  3. bodo palanivel nie...ckp x guna otk..brape kerat sgt MIC bg seat kt BN smpai nk demand lbih2 plak..kje x nk...hrpkn senang jek...

    ReplyDelete
  4. koling , anuar dap pas ,mca kulit tak sama colour perangai serupa saja
    najib ada faham - takda melayu u tumbang

    ReplyDelete
  5. Hai orang melayu, lihat disebabjkan kita berpecah, orang india yg takada satu kerusi pun majoriti berani gertak kita. Anuar cukuplah, disebabkan keserakahan anda nak berkuasa, lihat apa dah jadi.

    ReplyDelete
  6. Sekarang si India pengkhianat tak kenang budi ini, ini pun sebenarnya makin jadi ganas macam MCA/Gerakan, yang dah jadi dalang dua muka dalam BN! Namapknya MIC makin menggugut macam SAMSENG-SAMSENG DAP/Hindraf! UMNO mesti bertindak sekarang - jangan mengharap pada MIC/MCA/Gerakan lagi. UMNO/NGO-NGO Bumiputera Melayu dan Bumiputera lain, terutamanya yang Islam, jangan lagi berpeluk tubuh demi mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara, bangsa dan agama, dari dijajah samada oleh samseng-samseng pengkhianat ini serta sekutu kuat mereak, penjajah Barat-Zionis!

    MAKCIK Tempurung.

    (PERHATIAN: ada PENYAMUN paling penakut disyaki dari DAP/PKR durjana yang sekarang meniru gelaran saya tetapi sebagai "Pakcik Tempurung/Temporung" untuk mengelirukan pembaca).

    ReplyDelete
  7. Tak ada maruah ke MIC? Cermin diri dan ukur kemampuan diri sebelum mengugut dan mendesak. Saya harap Zambry jangan tunduk dan tunjuk kelemahan.

    ReplyDelete
  8. daei tambi, misai juga panjang, akal banyak pendek

    ReplyDelete