Saturday 13 July 2013

PRK N1 Kuala Besut - Calun BN prihatin dan berjiwa rakyat

Lokasi : Kg.Taman Tasek, Nail, Terengganu


Tarikh : 13/7/2013 @ 12.00 pm


Calun BN yang berlatarbelakang teknikal kelihatan prihatin dan mampu memahami masalah masyarakat yang bersangkut paut perumahan dan hakmilik tanah 


Saya tidak mengenali kedua dua calun yang bertanding dan tidak punya maklumat eksklusif mengenai mereka, Tapi saya ingin berkongsi maklumat yang saya perolehi melalui email seperti berikut...

"Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman adalah anak jati Kuala Besut. 
Beliau berusia 37 tahun dan merupakan bekas Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) Bahagian Korporat. Beliau berkelulusan Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Awam dari Universiti Sains Malaysia (USM).   Bapa beliau adalah seorang guru agama dan amat dikenali oleh penduduk kawasannya.   Dengan latarbelakang keluarga dan pekerjaannya, pemilihan Tengku Zaihan sebagai calon langsung tidak mengejutkan masyarakat setempat. 

Tengku Zaihan juga mempunyai sifat rendah diri dan mudah mesra sepertimana kebanyakan ‘orang-orang pantai’ iaitu gelaran yang diberi kepada masyarakat di situ. 
Selain faktor calon, BN juga dilihat mempunyai kelebihan dari segi isu-isu semasa.  Perkembangan selepas PRU-13 menunjukkan bahawa ramai orang-orang PAS mula kembali ke bumi nyata dan menyedari permainan DAP.   Melalui keputusan PRU itu, jelas terbukti bahawa DAP langsung tidak mengundi PAS dan hanya berminat untuk memperjuangkan kepentingan kaum Cina. 

Perlu diingatkan juga bahawa Terengganu merupakan tempat bermulanya perpecahan umat Islam yang bertitik-tolak dari Amanat Haji Hadi, pemimpin PAS negeri itu.   Amanat tersebut telah mengkafirkan UMNO kerana dikatakan menggunapakai perlembagaan penjajah yang sekular kerana memisahkan agama dengan politik. 

Walaubagaimanapun, isu pertukaran agama kanak-kanak di bawah umur yang sedang hangat diperkatakan kini telah memaksa PAS akur bahawa UMNO dan perlembagaan UMNO bukan kafir. Malah UMNO dan perlembagaan itulah yang memastikan agama Islam berada di kemuncak tertinggi di dalam negara ini.  

Namun, DAP terus menerus mencabar kedudukan agama Islam dan Melayu yang mana menyebabkan penyokong-penyokong PAS merasa ‘terganggu’ dan ‘cuak’ untuk terus memberi sokongan kepada PAS selagi parti itu bekerjasama dengan DAP. 

Justeru, kita menyangka BN tidak punya masalah untuk menang besar dalam PRK ini andainya jentera parti bijak mengenengahkan isu-isu semasa seperti ini, selain isu-isu setempat yang dekat dengan masyarakat Kuala Besut. 

Keputusan PAS meletakkan seorang kontraktor iaitu Azlan Yusoff, dilihat tidak akan berjaya menggugat BN.  Azlan berumur 48 tahun lebih dikenali dengan panggilan ‘Che Long’ oleh penduduk tempatan pernah memiliki sebuah stor kayu di daerah itu.
Dari apa yang tersebar di internet, PAS nampaknya menjulang Azlan sebagai ‘orang kaya’ sebagai justifikasi kepada pencalonannya.  

Kita tidak faham bagaimana ‘kaya’ boleh dijadikan modal politik untuk meyakinkan rakyat bahawa calon tersebut berwibawa.  Malah, oleh kerana Azlan menjadi kaya melalui perniagaannya sebagai kontraktor (Kelas A), ramai yang tertanya-tanya projek apa atau tender apa yang telah melonjakkan Azlan sebagai orang kaya.  Bukan kita tidak tahu bahawa kontraktor merupakan sejenis perniagaan yang paling mudah terdedah kepada berbagai jenis ‘kotoran’.   Azlan juga hanya berpendidikan SPM yang mana meletakkan beliau jauh di belakang dari calon BN.   

Berdasarkan semua maklumat ini, tidak hairanlah jika kita melihat gelombang di Kuala Besut semakin  hari semakin ‘biru’ warnanya.  Semoga keputusan PRK nanti turut memantulkan kebiruan laut di pantai Terengganu."



4 comments:

  1. Anak didik Datuk Dr Abu Bakar Md Diah ni. Bgs2, jgn jd malas tau bro! Bangga aku sbg bekas student USM.

    ReplyDelete
  2. Anak didik Datuk Dr Abu Bakar Md Diah ni. Bgs2, jgn jd malas tau bro! Bangga aku sbg bekas student USM.

    ReplyDelete
  3. Quote : Melalui keputusan PRU itu, jelas terbukti bahawa DAP langsung tidak mengundi PAS dan hanya berminat untuk memperjuangkan kepentingan kaum Cina

    berapa ramai masyarakat celik maklumat percaya kepada statement diatas ?
    ini realiti PRU 13 DUN Cenderoh / Parlimen Padang Rengas ( Peti Undi Liman Kati - lebih 90% Cina )
    Saluran 1 : PAS 190, BN 93 ; Saluran 2 : PAS 199, BN 82 ; Saluran 3 : PAS 227, BN 46.

    ReplyDelete
  4. Do you need Personal Loan?
    Business Cash Loan?
    Unsecured Loan
    Fast and Simple Loan?
    Quick Application Process?
    Approvals within 24-72 Hours?
    No Hidden Fees Loan?
    Funding in less than 1 Week?
    Get unsecured working capital?
    Contact Us At :majidvijahlending@gmail.com

    LOAN SERVICES AVAILABLE INCLUDE:
    ================================
    *Commercial Loans.
    *Personal Loans.
    *Business Loans.
    *Investments Loans.
    *Development Loans.
    *Acquisition Loans .
    *Construction loans.
    *Business Loans And many More:

    LOAN APPLICATION FORM:
    =================
    Full Name:................
    Loan Amount Needed:.
    Purpose of loan:.......
    Loan Duration:..
    Gender:.............
    Marital status:....
    Location:..........
    Home Address:..
    City:............
    Country:......
    Phone:..........
    Mobile / Cell:....
    Occupation:......
    Monthly Income:....

    Contact Us At :majidvijahlending@gmail.com

    ReplyDelete