Friday 30 August 2013

Makin Mudah untuk KJ lawat Rembau

Lokasi : Stesyen KTM Sentral - KTM Tampin dan balik

Acara : Lawatan media bersama Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Abdul Hamid Albar

Tarikh : 29/8/2013 @ 9.00 am - 3.30 pm


Syed Hamid hari ini melakukan tinjauan terakhir ke stesyen KTM Rembau sehari sebelum khidmat KL-Rembau dimulakan pada 30/8/2013. Lawatan berjalan lancar dan perapian terakhir nampak nya sudah pun selesai, hanya menunggu train komersial pertama tiba distesyen esok..

Perjalanan dari Stesyen KL Sentral ke Rembau mengambil masa tak sampai dua jam, itu pun tidak mengikut kelajuan yang sepatutnya.

Syed Hamid Albar berkata, pihaknya berpuas hati dengan kerja pembinaan rel dan yakin stesen baru berkenaan akan memberi banyak kemudahan kepada penduduk setempat. 
"Infrastuktur disediakan sangat baik dan selesa menggalakkan lebih ramai memilih perkhidmatan ini dan menjadi sebahagian daripada gaya hidup rakyat Malaysia," katanya pada sidang media..

Sempena Hari Kemerdekaan Negara, KTM telah mengumumkan, perkhidmatan komuter KTM 24 jam pada 30 dan 31hb Ogos 2013, Tahniah diucapkan kepada KTM dan terimakasih kepada SPAD. Ini melibatkan 4 sektor laluan dan tambahan 26 perkhidmatan. Kekerapan pada setiap 30 minit.
P.S - Jumlah cermin pecah akibat perbuatan khianat dan terkena 'strayed golf balls' dari kelab golf yang beroperasi secara haram di 'sesetengah' laluan tren amat merisaukan saya...kerugian yang dialami juga amat tinggi...menggantikan cermin bervakum berlapis dua memerlukan belanja hampir RM3,000.

1
 2
 3
 4
 5
   6
 7
 8  Sexist ??? 
 9
 10

11
 12
 13
 14
 15
 16
 17
 18  Pemecah cermin - alat keselamatan
 19
 20
 21  Cermin pecah 
 22  A view from one of the holes caused by strayed golf balls
 23  KJ hantar pegawai beliau (bersongkok sebelah Syed Hamid) untuk jengok jengok ..
 24
 25
 26
 27  A piece of history
 28
 29
 30
 31
 32  Kesan kena bola golf dari kelab golf haram di Segambut
 33
 34
 35
 36
 37
 38
 39



3 comments:

  1. tajuk tu yg takleh tahan tu he he he

    ReplyDelete
  2. Tak Sabar nak guna KTM Komuter dr Tampin ke KL..mudah dan senang nak balik

    ReplyDelete