Tuesday 26 November 2013

Jangan terlalu berpolitik, utamakan mutu seni

Lokasi : Ballroom Hotel Istana, Kuala Lumpur

Acara : Malam Amal Warisan Seni anjuran Karyawan

Tarikh : 8.30 pm


Mesti Tonton ! Persembahan pilihan.. terbaikk..

Rais: M'sia terlalu banyak persatuan seni

Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan Tan Sri Dr Rais Yatim mencadangkan persatuan seni di negara ini bergabung di bawah satu pertubuhan bagi mendokong sepenuhnya perkembangan industri seni dan budaya.

Bekas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan itu berkata penggabungan itu antara lain akan dapat memperkukuh kualiti industri seni dan budaya kerana setiap persoalan berhubung mutu penghasilan industri dapat dibincangkan bersama.

"Jangan terlalu banyak persatuan seni sama ada seni suara, seni lakonan atau seni pencahayaan dan sebagainya sehingga kita tidak dapat bersatu melahirkan keutamaan industri seni dan budaya.

"Malaysia terlalu banyak persatuan seni sehingga sukar untuk melahirkan keutamaan yang perlu ada dalam industri seni dan budaya, saya dapati ada lebih kurang 18 hingga 22 persatuan yang mempunyai cara masing-masing.

"Seharusnya pemimpin persatuan berfikir untuk mencantumkan tenaga mereka supaya lebih kuat dan dapat mewujudkan kesepakatan dalam mengharum kehidupan seni budaya yang ada di Malaysia," katanya selepas menghadiri Majlis Malam Amal Warisan Seni di Kuala Lumpur, malam tadi.

Majlis itu anjuran Persatuan Karyawan Malaysia yang antara lain bertujuan untuk mengumpul dana bagi membantu artis yang memerlukan bantuan. 

Pada majlis itu, Rais turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM63,000 kepada 22 artis yang memerlukan bantuan.

Turut hadir bekas Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Kamaruddin Siaraf dan Presiden Karyawan Datuk Freedie Fernandez.

Sementara itu, Rais berkata Yayasan Warisan Negara yang ditubuhkan bagi mempertahankan identiti seni budaya bangsa dijangka akan beroperasi secara rasmi pada bulan depan.

- Bernama

1/33
 2
 3
 4
 5
 6
 7
8
 9
 10

11
 12
 13
 14
 15
 16
 17
 18
 19
 20
21
 22
 23
 24
 25
 26
 27
 28
 29
 30
 31
 32
 33


4 comments:

  1. Ustaz Bob Lokman tak dijemput ke? Oh ... tak, nanti dia beri ceramah pula kepada artis-artis... Eloklah tak dijemput, dia bukan artis lagi dia sudah menjadi ustaz.

    ReplyDelete
  2. Tengok Maznah Rais ... teringat Mona Fendey. Sedo la diri kau dah tua, Maznah.

    ReplyDelete
  3. hahaha baru gua mau cakap lu sudah cakap itu Mona Fendey punya nama...hahaha serupa tengok hantu laaa...

    ReplyDelete
  4. Kamaruddin Siarah + Rais tak boleh dipisahkan sampai mati. Banyak rahsia berkongsi antara mereka. Banyak sungguh amoi dan artis simpan rahsia mereka. Nak lepas diri guna duit banyak Rais ooi. Masa akan tiba jugak nanti.

    ReplyDelete