Lokasi : Concorde Hotel, Kuala Lumpur
Acara : Majlis Penyampaian Cek Sumbangan Piala Sultan Selangor 2014
Tarikh : 28/8/2014
Piala Sultan Selangor lebih meriah
KUALA LUMPUR: Penganjur Piala Sultan Selangor menjanjikan rentak kejayaan berterusan dalam saingan edisi ke-13 pada tahun ini yang dijadualkan berlangsung pada 27 September.
Pengerusi penganjur, Datuk Abd Karim Munisar, berkata acara tahunan yang sejak tahun 2001 itu sentiasa ditunggu-tunggu oleh peminat setia bola sepak di negara ini dan Singapura.
"Sama dengan edisi terdahulu, penganjuran ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara penyokong Selangor dan Singapura. Kami mahu mengembalikan nostalgia persaingan kedua-dua pasukan sebelum ini.
"Kami akan terus bekerja dengan penuh komitmen bagi memastikan edisi kali ini berjalan lancar," katanya pada majlis minum petang dan memperkenalkan penaja pertandingan itu, di sini.
Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Amrin Awaluddin; Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Datuk Mohammad Azlan Abdullah dan Pengarang Kumpulan BH, Mahfar Ali.
Stesen televisyen TV3 dan akhbar BH dipilih selaku penyiar serta akhbar rasmi bagi pertandingan Piala Sultan Selangor kali ini.
Sementara itu, jurulatih Selangor, Mehmet Durakovic, teruja untuk mengetuai pasukan bagi menghadapi perlawanan itu dan berazam mengekalkan trofi berkenaan buat Selangor selepas skuad The Red Giant menang 3-2 pada edisi tahun lalu.
-BH-
1
2
3
4
5
6
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
-BH-
1
2
3
4
5
6
7
8
9
1011
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
Rakyat Selangor berasa rugi sekiranya TSKI meletak jawatan kerana politiking yang berterusan..
ReplyDeleteJinggo, betul ke Tan Sri Rozali Ismail sudah berbini empat? Dengar cerita yang termuda berumur 18 tahun ??
ReplyDeleteSorry saya tak ada maklumat untuk bergossip.. Kalau empat pun dia mampu apa salah nya..
DeleteCeria Tan Sri Khalid. Musuh yang berserabai memikir macam mana nak tackle Sultan. Hahahaha
ReplyDelete