Showing posts with label khalid ibrahim. Show all posts
Showing posts with label khalid ibrahim. Show all posts

Wednesday, 1 October 2014

Anwar Ibrahim masih lagi Penasihat Ekonomi Negeri Selangor

Lokasi : Tingkat 22, SUK, Shah Alam

Acara : Sidang media EXCO Selangor

Tarikh : 1/10/2014




Kenyataan Media :


1. Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang bersidang hari ini membincangkan secara khusus tentang pengagihan potfolio yang dipegang oleh setiap EXCO berasaskan penjenamaan baru dan penggabungan beberapa potfolio seperti berikut :


1.1. Pengerusi Jawatankuasa Tetap

Kewangan, Pembangunan Tanah, Pengurusan Sumber Alam, MTES dan Penerangan
- YAB Tuan Mohamed Azmin Ali, Menteri Besar Selangor.


1.2. Pengerusi Jawatankuasa Tetap

Pelaburan, Perindustrian IKS/Perdagangan dan Pengangkutan.
- YB Dato' Teng Chang Khim


1.3. Pengerusi Jawatankuasa Tetap

Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar
- YB Tuan Iskandar Abdul Samad


1.4. Pengerusi Jawatankuasa Tetap

Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna
- YB Puan Elizabeth Wong Keat Ping


1.5. Pengerusi Jawatankuasa Tetap

Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baharu
- YB Tuan Ean Yong Hian Wah


1.6. Pengerusi Jawatankuasa Tetap

Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi
- YB Dr. Ahmad Yunus Hairi


1.7. Pengerusi Jawatankuasa Tetap

Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga
- YB Dr. Daroyah Alwi


1.8. Pengerusi Jawatankuasa Tetap

Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang
- YB Tuan Ganabatirau Veraman


1.9. Pengerusi Jawatankuasa Tetap

Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains & Teknologi dan Inovasi
- YB Tuan Nik Nazmi Nik Ahmad


1.10. Pengerusi Jawatankuasa Tetap

Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan
- YB Tuan Amirudin Shari


1.11. Pengerusi Jawatankuasa Tetap

Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani
- YB Tuan Zaidy Abdul Talib


2. Mesyuarat EXCO juga memutuskan untuk mengkaji kadar kenaikan gaji empat jawatan utama iaitu Speaker, Timbalan Speaker, Menteri Besar dan EXCO yang akan dibentangkan pada Sidang DUN pada 17/11/2014 nanti.




Q : Bagaimana kedudukan Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor?

Azmin Ali : Kita akan perhalusi fungsi dan peranan Penasihat Ekonomi. Saya nak tegaskan, pada 22 September 2014 yang lalu, Tan Sri Khalid hanya menutup pejabat sahaja, dia ditutup serta-merta. Tetapi bukan memecat Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi, ini kena faham.




1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
11
12
13


Wednesday, 10 September 2014

Sultan Selangor selesa ditemani Khalid Ibrahim

Lokasi : Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur

Acara : Mala Gala "Supermokh Sebuah Muzikal Restaging"

Tarikh : 9/9/2014




1  with Glenn Guan a.k.a magic... The Star super-shooter
 2  with Ramli Ahmad, ex-navy seal... super-seal, recon & counter  insurgency specialist..
 3
 4  Ex DPP
 5  Santokh Singh reminiscing
6  Selfie wherever
 7  Former coach
 8
 9
 10

Sunday, 7 September 2014

Majlis Syura tiada masalah dengan Hadi buat keputusan sendirian

Lokasi : Perkarangan Surau An-Nur, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, Selangor

Acara : Forum Perdana - Kebangkitan Islam, Dimanakah Peranan Kita

Tarikh : 6/9/2014


Hadi Awang sebagai Presiden PAS berhak membuat keputusan unilateral atas budibicara beliau tanpa merujuk kepada Majlis Syura kerana ianya dibenarkan dalam Islam. Ini merujuk kepada senarai cadangan calon MB Selangor yang diputuskan sendiri oleh Hadi Awang sehinggakan Setiausaha Agung PAS sendiri pun dalam kegelapan. 





Wan Azizah tidak mampu pikul amanah - Majlis Syura

Lokasi : Perkarangan Surau An-Nur, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, Selangor

Acara : Forum Perdana - Kebangkitan Islam, Dimanakah Peranan Kita

Tarikh : 6/9/2014



Majlis Syura berpandangan bahawa Wan Azizah tidak mempunyai kelayakan dan pengalaman untuk memikul amanah berat sebagai MB Selangor menggantikan Khalid Ibrahim. Pandangan tersebut tidak cenderung atau dipengaruhi oleh faktor gender.


1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Thursday, 4 September 2014

#langkahkhalid - Betul ke Khalid tak tahu dan tak ambil tahu siapa calon ?

Lokasi : Tkt 22, SUK, Shah Alam

Acara : Sidang media mesyuarat mingguan EXCO Selangor

Tarikh : 3/9/2014


Nota sidang media :-

Min 0~1.25 - Kenyataan media dibacakan Khalid

Min 2.14 - Perjanjian air Selangor sudah hampir peringkat untuk ditandatangani

Min 2.45 - Kejayaan pentadbiran Khalid buat masa ini ialah mentadbir dengan jumlah EXCO yang kecil.

Min 3.39 - Khalid harap pengganti beliau dapat membawa lebih pembangunan dan bekerja lebih kuat

Min 3.52 - Khalid tidak boleh terlibat dalam proses pemilihan MB baru dan tidak mahu tahu pun siapa calon calon yang terlibat untuk mengelak 'conflict of interest'



Rakaman ini hanya melibatkan jawapan dan kenyataan Khalid Ibrahim saja. Sidang media sebenar berjalan hampir 20 minit

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11
12


Wednesday, 3 September 2014

DAP-PAS-PKR jelas derhaka Titah Tuanku Sultan, tak reti bahasa Melayu mudah




KENYATAAN MEDIA

Saya merujuk kepada isu penamaan calon MB Selangor oleh pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS.

Ternyata bahawa PKR & DAP telah mengemukakan hanya satu nama iaitu Wan Azizah, manakala PAS mengemukakan dua nama iaitu Wan Azizah & Azmin Ali.

1. Pertama, ini adalah penderhakaan kepada titah Tuanku yang telah menitahkan supaya mereka mengemukakan tidak kurang daripada dua nama.

2. Kedua, kedua-dua nama ini tidak layak menjadi MB. Bukan kerana kedua-duanya anak kelahiran Singapura & bukan anak Selangor. Tetapi kedua-duanya tidak mempunyai kewibawaan & integriti untuk menduduki jawatan MB ini.

3. Ketiga, ini membuktikan sebenarnya entiti yang dinamakan 'Pakatan Rakyat' sebenarnya adalah 'Pecahan Rakyat'. Bagaimana mereka boleh mengaku sebagai sebuah 'pakatan' sedangkan dalam soal pokok seperti siapa patut menjadi MB pun mereka berpecah!

Sebenarnya secara tidak rasmi Pakatan Rakyat sudah berkubur, secara rasminya mereka memang tidak ujud.

Saya cadangkan kepada Tuanku supaya menolak kesemua senarai yg dikemukakan kerana ianya tidak mematuhi titah Tuanku.

Jelas mereka tidak memahami bahasa Melayu yang mudah!

Elok dititahkan mereka patuhi titah Tuanku. Selagi mereka tidak faham erti mentaati titah seorang Raja yang berdaulat, elok jangan dilayan mereka ini.

Sekian terima kasih!

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
08 Zul-Qaedah 1435
03 Sept 2014