Sunday, 2 November 2014

Cabaran Tun M berdepan rakan kolej Anwar dalam kabinet

Lokasi : Stesen bas, Maran, Pahang

Acara : Himpunan Solidariti bersama Anwar Ibrahim

Tarikh :


Ada portal berita yang membawa cerita kononnya Tun Dr Mahathir sendiri tak yakin bahawa Anwar Ibrahim telah melakukan perbuatan liwat berdasarkan apa yang telah dikatakan oleh sahabat Anwar, Fauzi Abdul Rahman.  

Umum mengetahui bahawa memang benar pada peringkat awal Tun Dr Mahathir menolak dakwaan polis bahawa Anwar terlibat dalam kegiatan salah laku seks kerana begitu sayang dan percaya kepada Anwar. Tetapi setelah segala bukti dikemukan oleh Ketua Polis Negara termasuk oleh pegawai penyiasat ketika itu Tan Sri Musa Hassan, beliau telah yakin bahawa Anwar memang telah melakukan liwat seperti yang telah dilaporkan kepada beliau.

Mustahil Dr Mahathir dapat menyakinkan kabinet dan MT UMNO untuk memecat Anwar sekiranya beliau sendiri tidak yakin dengan hasil siasatan Polis. Tun Dr Mahathir mungkin telah menghadapi sedikit tentangan dan bantahan dari anggota kabinet yang terdiri daripada teman setia Anwar (kelompok x-MCKK & ABIM)) yang bersolidariti dengan beliau pada ketika itu


Mengenai Fauzi Abdul Rahman (Dari FB)

Datuk Fauzi bin Abdul Rahman dilahirkan pada 27 Ogos 1946 di Galing Besar, Kuantan, Pahang. Beliau merupakan anak kepada Dato’ Abdul Rahman Talib, bekas Menteri Pelajaran yang kedua (era Tunku Abdul Rahman).

Datuk Fauzi menamatkan pelajaran di peringkat menengah di Malay College Kuala Kangsar (MCKK) bersama-sama dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1964.
Beliau merupakan lepasan Imperial College, University of London dalam bidang Kejuruteraan Mineral. Menjadi Setiausaha Parlimen di Kementerian Penerangan pada 26hb Oktober 1990 sehingga 2hb Mei 1995. Kemudiannya menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi dari tahun 1995 hingga ke tahun 1997.

Dari tahun 1997-1999, beliau menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Merupakan bekas Ketua Bahagian UMNO Kuantan dan mula bertanding kerusi parlimen Kuantan pada pilihanraya ke-8 (1990).Beliau memegang jawatan Ahli Parlimen Kuantan Selama dua penggal (dari 1990-1999). Pada tahun 1999 iaitu pilihanraya yang ke-10, beliau bertanding kerusi Beserah (DUN) dan menang. Kerusi yang beliau pegang sehingga tahun 2004.

Pada 23 Julai 2008, Datuk Fauzi telah mengisytihar keluar daripada UMNO dan menyertai PKR. Kini beliau merupakan Ketua Perhubungan Keadilan Negeri Pahang.

 








10 comments:

  1. Dia tak yakin kerana dah lama jadi balaci anwar, tapi di pihak mahkamah, hakim yang mengendalikan kes liwat anwar mempercayai kejadian liwat benar-benar berlaku diatas bukti-bukti yang ada. Bukan setakat kes anwar dengan saiful je... kes terdahulu antara anwar, azizan dan sukma juga memang berlaku kejadian liwat. Hakim terpaksa melepaskan anwar hanya kerana masalah teknikal apabila azizan tak ingat tarikh-tarikh kejadian dengan spesifik, tapi hakim tak pun cakap ni semua konspirasi nak jatuhkan anwar.

    ReplyDelete
  2. Cuba bagi punggung kau.... fauzi..

    ReplyDelete
  3. anwar tak hingin punggung kematu, dia hanya hingin punggung lembut, faham

    ReplyDelete
  4. datuk Fauzi, sekarang baru berani cakap, kenapa dulu dulu tak cakap? sebabnya nak jaga periok nasi. you don't have the balls to say it when you were in the cabinet

    ReplyDelete
  5. masa di kelej dulu dah puas kut...patut ramai lagi kawan anwar di kolej di university di abim...cakap benda yang benar, selamatkan ugama bangsa dan Negara yang makin menuju kemusnahan sebab anwar..tak Nampak ke..

    ReplyDelete
  6. poyo lah datuk fauzi, dulu anwar sibuk ajak dia join PKR macam2 dia punya alasan. Berkali-kali anwar pujuk.. dia cakap PKR takda sistem la, takda harapan la.. bila PR menang besar 2008, tup tup dia sign borang ahli. Hilang terus respect aku pada fauzi ketot ni.

    ReplyDelete
  7. Dia rasa akan kalah ketua bahagian umno kuantan. Itu pasal cari port lain. Sebelum keluar umno bukankah ada krisis di kuantan, cuba ingat balik...

    ReplyDelete
  8. Orang politik bukan lurus bendul, berbudibahasa, perihatin macam rakyat biasa. Mereka berpaut dan bercandukan dengan kuasa. Ramai faham kenapa Fauzi giat membangkang, kerana zaman politik beliau dengan UMNO, kuasa sering menjauhi beliau. Hanya berpaut dengan Anwar beliau mampu mencium kuasa......... secebis kuasa.

    ReplyDelete
  9. Anwar dengan Saiful suka sama suka.Anwar dengan Isteri Azmin, Shamsida di Tivoli Bangsar suka sama sedap

    ReplyDelete
  10. Fauzi bukan seorang sahaja penyokong Anwar pada peringkat kabinet ketika itu. Ada ramai lagi. Anwar ketika itu sudah pun mewujudkan blok penyokong dan ini lumrah politik.

    Kita harus jugak fikirkan bahawa setiap penyokong ahli politik tidak akan menyokong tanpa sebarang manfaat. Ini pun lumrah politik. Satu ketika dulu Zahid Hamidi pun menyokong Nuar.

    Manakala kita sebagai penyokong akar umbi .. menyokong kerana kredibiliti ahli politik itu sendiri. Samada berlandaskan sokongan kerana "minat" atau pun berteraskan kepada Islam. Ada banyak perbezaan. Ada penyokong yg "fanatik" dan ada penyokong yg berilmu.

    Dikalangan ahli politik juga, MUSUH boleh jadi KAWAN .. semalam tidak setuju tapi esok tak siapa yg tahu. Mat Sabu pernah gelar Nuar Al Juburi ... Karpal pernah ancam dedahkan rahsia Nuar ..... TAPI itu DULU ............ SEKARANG dah lain.

    Apa pun Fauzi gembar gemburkan .. ia tidak lain dari permainan politk.

    Rakyat yg berilmu lebih matang ketika ini. Allah swt maha mengetahui. Sembayang hajat dan sembayang Istikarah .. menjanjikan pencerahan spt mana janji Allah swt.

    Oleh itu, apa yg Fauzi cakap sangat sinonim dengan permainan politk .. tentu dia ada SEBAB menyokong Nuar ... SEBAB yg tidak mungkin dia akan NYATAKAN pada platform seperti itu.

    Anwar dengan rentetan incident demi incident ... yg sebenarnya beliau sendiri (Nuar) mendedahkan dosa dan perilaku yg bertentangan dgn Islam. Bukan kita cari .. tapi beliau yg TUNJUK siapa dia sendiri.

    Ketika beliau dilantik sebagai TPM Malaysia .. berliau kenal dan akur pada majlis ANGKAT SUMPAH .... tapi bila kes liwat Saifol bermula .. beliau ada pandangan yg berbeza terhadap majlis ANGKAT SUMPAH.

    Pada pendapat saya, Fauzi tidak perlulah berpeluh dahi dan ketiak utk yakin kan penyokong Nuar ... Berhadapan lah dengan Prof Dato Sidik Baba dan Zulkifly Noordin .. depan rakyat .. berdebatlah "apa yg kamu tahu".

    Jika Nuar benar2 terinaya .. dan dizalimi .... dan jika dia benar tulen keislaman dia ... doa dari tahun 1998 sudah tentu disambut dan diperkenankan oleh Allah swt .. kerana sesungguhnya dalam Al Quran .. Allah swt berjanji .. doa hambaNya yg terinaya adalah diangkat dari bumi ke langit tanpa sebarang halangan .. In sya Allah ... kita tunggu keputusan dari para HAKIM .. yg mana pada PERUNDANGAN yg sama satu ketika dulu ... Mahkamah membebaskan beliau.

    AG

    ReplyDelete