Showing posts with label fauzi abdul rahman. Show all posts
Showing posts with label fauzi abdul rahman. Show all posts

Sunday, 2 November 2014

Cabaran Tun M berdepan rakan kolej Anwar dalam kabinet

Lokasi : Stesen bas, Maran, Pahang

Acara : Himpunan Solidariti bersama Anwar Ibrahim

Tarikh :


Ada portal berita yang membawa cerita kononnya Tun Dr Mahathir sendiri tak yakin bahawa Anwar Ibrahim telah melakukan perbuatan liwat berdasarkan apa yang telah dikatakan oleh sahabat Anwar, Fauzi Abdul Rahman.  

Umum mengetahui bahawa memang benar pada peringkat awal Tun Dr Mahathir menolak dakwaan polis bahawa Anwar terlibat dalam kegiatan salah laku seks kerana begitu sayang dan percaya kepada Anwar. Tetapi setelah segala bukti dikemukan oleh Ketua Polis Negara termasuk oleh pegawai penyiasat ketika itu Tan Sri Musa Hassan, beliau telah yakin bahawa Anwar memang telah melakukan liwat seperti yang telah dilaporkan kepada beliau.

Mustahil Dr Mahathir dapat menyakinkan kabinet dan MT UMNO untuk memecat Anwar sekiranya beliau sendiri tidak yakin dengan hasil siasatan Polis. Tun Dr Mahathir mungkin telah menghadapi sedikit tentangan dan bantahan dari anggota kabinet yang terdiri daripada teman setia Anwar (kelompok x-MCKK & ABIM)) yang bersolidariti dengan beliau pada ketika itu


Mengenai Fauzi Abdul Rahman (Dari FB)

Datuk Fauzi bin Abdul Rahman dilahirkan pada 27 Ogos 1946 di Galing Besar, Kuantan, Pahang. Beliau merupakan anak kepada Dato’ Abdul Rahman Talib, bekas Menteri Pelajaran yang kedua (era Tunku Abdul Rahman).

Datuk Fauzi menamatkan pelajaran di peringkat menengah di Malay College Kuala Kangsar (MCKK) bersama-sama dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1964.
Beliau merupakan lepasan Imperial College, University of London dalam bidang Kejuruteraan Mineral. Menjadi Setiausaha Parlimen di Kementerian Penerangan pada 26hb Oktober 1990 sehingga 2hb Mei 1995. Kemudiannya menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi dari tahun 1995 hingga ke tahun 1997.

Dari tahun 1997-1999, beliau menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Merupakan bekas Ketua Bahagian UMNO Kuantan dan mula bertanding kerusi parlimen Kuantan pada pilihanraya ke-8 (1990).Beliau memegang jawatan Ahli Parlimen Kuantan Selama dua penggal (dari 1990-1999). Pada tahun 1999 iaitu pilihanraya yang ke-10, beliau bertanding kerusi Beserah (DUN) dan menang. Kerusi yang beliau pegang sehingga tahun 2004.

Pada 23 Julai 2008, Datuk Fauzi telah mengisytihar keluar daripada UMNO dan menyertai PKR. Kini beliau merupakan Ketua Perhubungan Keadilan Negeri Pahang.

 








Monday, 27 October 2014

Dasar dan nilai Islam Tun Dr Mahthir tarik Anwar masuk UMNO

Lokasi : Stesen Bas Maran, Maran, Pahang

Acara : Himpunan Solidariti Bersama Anwar Ibrahim

Tarikh : 25/10/2014


Dasar dan nilai Islam yang cuba diterapkan oleh Tun Dr Mahathir telah berjaya memikat Anwar Ibrahim untuk menyertai UMNO. Ikuti pengakuan sahabat baik beliau, Mantan Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Fauzi Abdul Rahman. Fauzi memenangi kerusi Parlimen Indera Mahkota pada PRU12 yang lalu dan kini menjadi Pengerusi PKR Pahang.




Anwar berjanji tidak akan khianat dan terus melawan

Lokasi : Stesen Bas Maran, Maran, Pahang

Acara : Himpunan Solidariti Bersama Anwar Ibrahim

Tarikh : 25/10/2014



Anwar Ibrahim merayu penyokong berdoa dengan istiqamah dan berjanji tidak akan khianat dan akan terus melawan. Cuaca bagus dan kehadiran penonton dianggarkan sekitar 250 - 300 orang. 



 
 1  Zakaria Abdul Hamid, Ketua Cabang Lipis
 2  Lee Chean Chung, ADUN Semambu (PKR)
 3  Ahmad Nizam Hamid,  Ketua Cabang Temerloh dan juga Timbalan Pengerusi PKR Pahang
 4 Tengku Zulpuri Shah Raja Puri, ADUN Mentakab (DAP).. Ketua Pembangkang DUN Pahang
5  Fauzi Abdul Rahman, MP Indera Mahkota dan Pengerusi PKR Pahang
 6
 7  Rafizi Ramli, Setiausaha Agong PKR dan juga MP Pandan
 8
 10