Friday, 20 February 2015

Bukan takut tapi hakim sudah tau trick Anwar untuk 'memerangkap' mereka

Lokasi : Akademi Kepimpinan Kapten Hussein, Kelana Jaya

Acara : Dialog bersama Tan Sri Shafee Abdullah mengenai kes Liwat 2.0

Tarikh : 17/2/2015


Dalam video ini Shafee Abdullah memberi penjelasan mengenai kesilapan yang dilakukan oleh Mahkamah Tinggi dalam hal pengendalian bahan bukti DNA dalam sampul. Juga mengenai pilihan Anwar untuk tidak memberi kenyataan bersumpah dari kandang tetapi memanggil dua saksi 'pakar' dari Australia. Kedua dua pakar ini tidak mempunyai kredibiliti dan kepakaran dalam bidang DNA secara klinikal. Dua fakta ini adalah antara hujah pendakwaan yang menyebabkan Mahkamah Rayuan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang telah membebaskan Anwar pada perbicaraan asal.

Shafee Abdullah juga memberi penjelasan mengenai persoalan mengapa Hakim Mahkamah Persekutuan tidak mengambil tindakan menghina mahkamah keatas Anwar Ibrahim yang memilih untuk memberi ucapan politik dan menghentam sistem kehakiman ketika diberi peluang untuk memberi hujah membela diri. Sebenarnya kelima lima hakim tidak melarikan diri tetapi telah mengambil keputusan untuk berhenti rihat untuk meredakan suasana dari ucapan Anwar yang panjang.

Shafee Abdullah berpendapat bahawa Hakim Mahkamah Persekutuan tidak mengambil tindakan penghinaan mahkamah (contempt of court)  kerana tidak mahu dianggap sebagai tindakan yang keterlaluan keatas pesalah berprofil tinggi yang bakal dijatuhkan hukuman penjara (an overkill). Lagipun Hakim-hakim mungkin sedar tindakan Anwar hanyalah untuk mengundang tindakan penghinaan mahkamah yang bakal menarik cemuhan dunia dan mengalih pandangan dunia dari hujah penghakiman dan hukuman yang bakal dijatuhkan... in other words the court was already very well aware of Anwar's tricks and intentions untuk memerangkap mereka..  





1 comment:

  1. Good bye Anwar. You will be remembered as the nation great sodomizer....

    ReplyDelete