Sunday, 22 February 2015

Pemuda PAS masih tetap bersama Pakatan Rakyat ?

Lokasi : Perkarangan SOGO, Kuala Lumpur

Acara : Himpunan #kitalawan

Tarikh : 21/2/2015


Nah untuk mematahkan tanggapan dan persepsi masyarakat bahawa PAS tidak lagi menyokong sebarang kegiatan PKR dan Pakatan Rakyat, penganjur telah berjaya membawa Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar, Bendahari Pemuda PAS Malaysia untuk memberi ucapan di acara Himpunan #kitalawan minggu ini.

Fakhrulrazi telah berjanji akan membawa turun gerombolan Pemuda PAS untuk membantu Pakatan Rakyat dalam PRK Chempaka dan Permatang Pauh.

Tapi yang tak sedap nya ayat penghujung ucapan beliau "Yang baik datang dari Allah Taala , yang jahat datang daripada Najib dan Rosmah... Wallahualam.." Tak tergugat ke akidah ?
Bukan kah lebih tepat beliau katakan "Yang baik dan buruk semua nya dari Allah SWT. Kita reda dan terima kesemua ketentuan Illahi dengan hati terbuka.. InsyaAllah"


1
 2


15 comments:

  1. Pas dah tak percaya pada sembahyang hajat mereka lagi ke?.Mereka sembahayang hajat supaya Allah tunjukan kebenaran,tapi bila Anwar di dapati bersalah sebagai petunjuk yg mereka minta ,mereka tolak petunjuk kebenaran dari Allah tersebut.Itulah tahap hipokritnya sebahgian ahli dan pemimpin Pas,kopiah je atas kepala,tapi keyakinan mereka pada kuasa dan janji Allah amat lemah.

    ReplyDelete
  2. Astaghfirullah halazim.. bagaimana mungkin manusia menentukan yang buruk? Segala nya haq Allah SWT yang telah mencipta segala nya dialam ini. Yang baik dan buruk semua nya haq ketentuan Allah. Kita wajib beriman kepada qada dan qadar dan terima dengan keimanan segala apa yang telah ditentutakn Illahi. Pohon lah kepada Nya petunjuk serta hidayah jika sekiranya ketentuan yang diturunkan tidak mengikut nafsu kita nescaya akan diberi jawaban dengan syarat hati kita suci bersih dalam memohon. InsyaAllah.

    Saya perantau nusantara. Salam semua..

    ReplyDelete
  3. Ini kader PASMA, parasite dalam PAS yang dibela oleh DAP dan PKR. Jahanam PAS kali ini.

    ReplyDelete
  4. Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar ini sokong peliwat rupanya. Ustaz jenis apa ini?

    ReplyDelete
  5. Hidup Pasma...Pas dah x relevan..org tua sume nyanyok,beri lah pada org muda yg berkelayakan.Majlis Syura lembab dan tidak berwibawa.

    ReplyDelete
  6. hebat sungguh ustad pas baik buruk orang mereka yang tentukan.....segala buruk2 datang dari najib dan rosmah ..... pemimpin pas maksum.... semuanya baik2....najib dan rosmah saja yg jahat.....masyaAllah.....pengikut2 mereka tak boleh fikir di sebaliknya kah?...

    ReplyDelete
  7. Pemuda PAS berjanji untuk terus jadi kuli DAP kini dan selama nya . Hidup DAP .

    ReplyDelete
  8. manusia sesat lagi menyesatkan !!!!!

    ReplyDelete
  9. PAS tak salah..yg salah baghal baghal seperti bendahari pemuda ini lah. Buka mulut saja sudah berbau najis. Kita sudah tahu lah baghal mana yg akan sokong puak Mat Sabu dalam pemilihan nanti..beristiqamah lah wahai Fakhrulrazi dalam menyokong Anwar, nescaya terbuktilah kebenaran apa yg aku katakan

    Al-khatani

    ReplyDelete
  10. asal masuk pas, pakai kopiah putih, janggut sejemput dah layak ke dipanggil ustaz? maaf, perwatakan anda tidak mencerminkan seorang ustaz!

    ReplyDelete
  11. Najib dan Rosmah x buat salah apa pun tapi PR ni sengaja buruk2kan mereka kerana nak rebut kuasa. Yang kafir harbi tu memanglah sah akan jadi penghuni neraka, tapi yang Islam ni bagaimana? nak ikut sama ke?

    ReplyDelete
  12. Ini lah jadi nya bila kopiah ,sereban ,jubah dan janggut sejemput hanya jadi aksesori saja demi undi pilihanraya

    ReplyDelete
  13. Mangkuk ni jelas mana kiblat politik nya,Mintak PAS uruskan mamat ni,disamping mat sabu dan hatta ramli,Saya ahli pas amat kecewa ada nya taik taik. seumpama ini dalam pas

    ReplyDelete
  14. Apa yang di lalui oleh PAS sekarang, telah di lalui oleh UMNO dulu..Anwar berjaya membawa dan menyebarkan idelogi dan pengaruh nya. Itulah kehebatan Anwar Aljuburi. (Pinjam kata kata dari Mat Sabu dulu)

    ReplyDelete
  15. kita berdoa sahajalah. yang mana Allah tak redha, maka tak akan berlaku. sejuta kali sebut "yang buruk datang dari rosmah dan najib" sebenarnya tidak memberi kesan apa2 kepada rosmah dan najib, tinggal lagi si tukang doa dan gerombolannya akan mendapat 'hadiah' daripada Allah SWT. memanglah rasa seronok, rasa hebat, rasa diri itu tinggi bila doanya diaminkan oleh ramai manusia. tapi sifat manusia memang mudah lupa, keseronokan itu adalah gambaran kegembiraan iblis berjaya menipu manusia berjubah tebal dan berkupiah.

    ReplyDelete