Saturday 11 April 2015

Tun M - Wawasan 2020 sukar dicapai

Lokasi : MaGIC, Cyberjaya

Acara : Syarahan "Vision 2020 : Mistakes made, lesson learnt and ways to move forward"

Tarikh : 4/4/2015


Wawasan 2020 diilhamkan pada tahun 1991 dan pada ketika itu perincian bagaimana kejayaan atau pencapaian negara maju diukur tidak digariskan dengan jelas. Cuma ianya harus menurut acuan kita sendiri.

Oleh kerana ianya tidak jelas ramai  yang mengatakan bahawa negara maju diukur dengan pendapatan per kapita rakyat nya. Tun membandingkan dengan Arab Saudi yang mempunyai kekayaan dan pendapatan per kapita yang berkali ganda daripada Malaysia. Adakah mereka dianggap sebagai negara maju ?

Pada pandangan Tun negara maju mesti lah mempunyai rakyat yang berpelajaran tinggi, dan mempuyai seorang dua cendiakawan Pemenang Nobel Laureate, keupayaan mencipta dan mengeluarkan barangan untuk kegunaan dunia. Tidak cukup dengan pendapatan per kapita yang tinggi sahaja.

Untuk mencapai pendapatan per kapita yang tinggi tidak begitu sukar tetapi amat sukar untuk mencapai tahap kebijaksanaan dan keupayaan untuk berdikari dalam bidang ciptaan dan pembuatan barangan keperluan termasuk lah persenjataan....

Tun merasakan amat sukar untuk Malaysia mencapai Wawasan 2020 jika kerjaan hanya bertumpu kepada peningkatan pendapatan per kapita sahaja tanpa meningkatkan  usaha dalam mencapai input lain yang diperlukan untuk menjadi negara maju.





20 comments:

  1. Perlu disedari bahawa Wawasan 2020 ilham Tun Dr. Mahathir adalah berbeza dengan Wawasan 2020 versi Najib.

    Wawasan 2020 ilham Tun Dr. Mahathir adalah menjadikan Malaysia sebuah negara maju dengan penguasaan teknologi, maklumat, serta kemajuan yang berteraskan nilai ketimuran berpaksikan kepada nilai dan dasar Islam. Wawasan 2020 ilham Tun Dr. Mahathir adalah sebuah negara maju yang holistik dimana kemajuan teknologi, maklumat, pembuatan, pembinaan, pertanian, dan sebagainya adalah diseimbangkan dengan nilai dan akhlak diri yang murni untuk menjadikan Malaysia lebih aman dan makmur serta sejahtera.

    Tetapi Wawasan 2020 versi Najib adalah untuk mencapai pendapatan tahunan USD 15,000 dolar setahun, pembangunan teknologi entah ke mana, pembangunan tenaga kerja mahir entah ke mana, buruh asing dibenar masuk beramai-ramai ke negara ini tanpa sekatan hingga menjejaskan peluang warga tempatan, pembangunan akhlak dan nilai hanya atas kertas tapi dengan pelaksanaan yang caca marba, membangunkan konsep hak asasi manusia yang keterlaluan hingga tidak menilai corak pemikiran rakyat.

    Ilham Wawasan 2020 Tun Dr. Mahathir sangat berbeza dengan Wawasan 2020 versi Najib, ilham Wawasan 2020 Tun Dr. Mahathir adalah holistik demi keamanan, kemakmuran serta kesejahtaraan rakyat, tetapi versi Naji adalah untuk mencapai pendapatan tahunan purata USD 15,000 yang sekadar itu sahajalah, tiada pelan komprehensif dan holistik, sekadar lepas tangan kononnya dah capai status negara maju, kononnyalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika lham keoni2 najib ialah memungut cukai dan membazir dgn boros melalui syarikat2 misteri dijawat oleh orang bodoh bertuah yg berlagak sombong?

      Apakah ini petanda maju, jika berhujah pun tak mampu menandingi pemikiran peniaga ikan dan peniaga pasar malam.

      Ditambah lagi dgn menteri2 cap ayam yg tiada kepakaran, spad, mampu, maa, mai, miti yg hanya berbangga melancong sperti lim guang eng...

      Kemajuan bukanlah mengimport berbelanja dan tidak juga,
      gagal menghasilkan produk baik kerana menggajikan banyak pegawai bodoh menghasilkan proton. Carilah yg pakar.

      Jika banyak kaki goreng yg lemah akal, masuk glc, gomen, negara akan bankrap.

      Delete
  2. Itulah antara punca tun marah dan tak tenang. Beliau bercita2 agar wawasan 2020 akan disaksikannya sebelum beliau pergi. Namun situasi semasa mengharuskan wawasan tersebut tidak dapat dicapai pada tahun 2020. Nafsu dan cita2 politik tun sangat tinggi. Beliau akan pastikan apa yg dihajatkan pasti dapat waima dgn apa cara dan apa kos. Ada yg berakhir dgn baik, contoh, adanya putrajaya, lebuhraya, klia dan sebagainya. Yg tidak baik ialah pm2 selepasnya mesti sesuai dgn selera dan kehendaknya. Sebab itu pm yg dipilihnya juga akan ditentang kemudian jika tidak mengikut acuannya. Moga kemelut ini akan berakhir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah tu...punca Tun M marah kat DSN ialah DSN tidak mahu menerima pendapatnya supaya membatalkan pemberian BR1M dan membina semula Jambatan Bengkok menggantikan tambak johor. SepatutnyaTun M harus sedar .... siapa dia sekarang....Its high time for Tun to REALLY RETIRE... Full stop.

      Delete
    2. Astagfirullah hal azim, anon 09:11 dan 09:59, ini bukannya isu ketamakan, ini bukannya pasal nafsu, ini berhubung perancangan negara yang dah dirancang sejak tahun 1993. Apa guna perancangan jika gagal? Apa guna perancangan jika tiada arah tujuan?

      Tun Dr. Mahathir dah menerangkan bahawa jika Najib masih 'memimpin' UMNO dalam PRU 14, maka UMNO berkemungkinan besar akan tumbang, bukan setakat Tun Dr. Mahathir sahaja, malahan ramai veteran UMNO sendiri berpandangan sama kerana mereka ini melihat dan mengkaji pekara ini berdasarkan data dan pengalaman mereka, mereka bukannya suka-suka buat kenyataan sesuka hati.

      Dengan isu berkaitan Najib yang menggunung di mana isu-isu itu kebanyakkan berkaitan negara seperti isu Altantuya, melibatkan isu kehakiman, isu 1MDB yang paling serius kerana melibatkan kelangsungan ekonomi Malaysia yang melibatkan hampir 25 penduduk Malaysia (tak termasuk 5 juta pendatang asing yang dibawa masuk berama-ramai masa Najib sekarang ini).

      Pengurusan ekonomi yang caca marba akan menyebabkan kehancuran kepada negara, mendatangkan mudarat kepada rakyat, isu ini tidak boleh dibiarkan sahaja, jika Najib mahu meneruskan dasar yang menjahanamkan itu, maka dia perlu berhenti melakukannya, dan caranya adalah dengan berhenti menjadi Perdana Menteri, selagi dia jadi Perdana Menteri, dia ada kuasa untuk meneruskan agenda jahanamnya itu.

      Saya meyakini bahawa Tun Dr. Mahathir sedar siapa dirinya kini, walaupun beliau tiada kuasa untuk membuat keputusan sebagai Perdan Menteri, tetapi beliau mempunyai hak untuk bertanya dasar-dasar yang dibuat oleh Najib kerana pertanyaan Tun itu adalah untuk kepentingan negara.

      Dalam isu BR1M, sampai bila kerajaan mampu nak memberikan BR1M? BR1M adalah bom jangka kepada Barisan Nasional, ini kerana jumlah penerima BR1M makin meningkat saban tahun, malahan penagih dadah pun sekarang layak terima BR1M kerana mereka tak ada pendapatan, maka mudahlah mereka membeli dadah dan merosakkan diri sendiri. Ini semua tidak membantu masyarakat tetapi hanya menyebabkan kebergantungan masyarakat terhadap BR1M itu untuk memberi sokongan kepada kerajaan, jika dihentikan BR1M itu maka ramai akan marah dan tak sokong kerajaan. Ini sebabnya, bukannya suka-suka nak kritik pasal BR1M itu.

      Pasal Jambatan Bengkok, Tun Dr. Mahathir tak tulis pun dalam blognya, isu ini hanya dibangkitkan oleh Najib dalam wawancara 'penjelasan' yang tak berapa jelas dalam TV3 baru-baru ini. Malahan dari segi pembinaan Jambatan Bengkok, ia lebih memberi kesan ekonomi yang baik kepada Malaysia kerana akan menyebabkan kapal-kapal akan melalui Selat Johor dan menggunakan pelabuhan milik Malaysia iaitu Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Pasir Gudang kerana telah memendekan masa pelayaran serta menjimatkan kos operasi kapal, ini akan memberikan keuntungan semula kepada kerajaan dari segi cukai.

      Perbezaan antara Tun Dr. Mahathir adalah Tun Dr. Mahathir mentadbir sebuah negara sebagai pentadbir sebuah negara, tetapi Najib mentadbir sebuah negara seperti sebuah syarikat yang mengutamakan keuntungan jangka pendek dan jika keuntungan jangka panjang pun hanya untuk dirinya sahaja, bukannya untuk rakyat ramai.

      Kita perlu faham bahawa keuntungan bagi sesebuah kerajaan bukannya wang semata-mata, tetapi sokongan rakyat. Kerajaan perlu menjana wang untuk pengurusan dan pembangunan negara, tapi pada masa yang sama kerajaan perlu memberikan perkhidmatan yang terbaik yang boleh kepada rakyat.

      Dalam isu ini Najib membeli rakyat dengan memberikan ikan kepada rakyat iaitu BR1M yang hanya bertahan beberapa hari sahaja sedangkan untuk lebih dari 300 hari lagi dalam tahun itu, rakyat dibebankan dengan berbagai masalah kewangan.

      Bersambung...........

      Delete
    3. Sambungan............


      Tetapi Tun Dr. Mahathir memberikan joran kepada rakyat untuk pancing ikan. Perbelanjaan besar kerajaan membangunkan infrastruktur akan merancakkan ekonomi yang memberi limpahan peluang perniagaan dan pekerjaan kepada rakyat.

      Misalnya projek Proton, dari hanya sebuah perusahaan kereta, telah membuka peluang kepada ribuan peluang niaga lain dalam aspek pembekalan bahan komponen, bengkel baik pulih kenderaan, pusat jualan kenderaan, pengiklanan dan lain-lainnya yang membuka peluang kerja kepada ratusan ribu orang yang bekerja dengan syarikat yang terlibat dengan kenderaan Proton itu sendiri.

      Begitu juga dengan pembangunan Lebuhraya Utara Selatan dan lain-lain lebuhraya, banyak pusat pembangunan baru wujud disebabkan jaringan pengangkutan yang lebih baik dan menguntungkan pengusaha, kesannya banyak peluang niaga wujud, dari peluang niaga itu, mewujudkan ratusan ribu malahan juta peluang kerja kepada penduduk di sekitar dan juga jauh dari tempat itu.

      Dengan hasil projek mega, pembangunan infrastruktur itu, maka akan menyebabkan pelaburan di dalam negara, hasil pelaburan itu mewujudkan banyak peluang kerja, dan keuntungan dari pelaburan oleh syarikat dan perusahaan itu akan menyumbang kepada pendapatan cukai negara yang dibayar sebahagian dari pendapatan syarikat itu sebagai cukai pendapatan, cukai korporat dan sebagainya.

      Inilah bezanya antara pemikiran Tun Dr. Mahathir yang melihat sesuatu secara realistik, mengambil peluang dengan melihat kesan keseluruhan berbanding Najib yang melihat kepada kesan jangka pendek dan hanya untuk melihat orang memuji dan menyokongnya dalam tempoh masa singkat sahaja.

      Begitu jugalah dengan pihak-pihak yang menyokong Tun Dr. Mahathir, bukannya kerana menyokong membuta tuli, tetapi menilai semua aspek.

      Bukannya macam penyokong Najib, menyokong mungkin kerana ada kepentingan diri, serta tidak menilai serta tiada maklumat yang boleh digunakan untuk menyokong hujah selain dari memberi komen yang hanya memalukan diri mereka sendiri sahaja.

      Delete
  3. Bagaimana nak mencapai Wawasan 2020 kalau kekayaan negara di agihkan kepada anak-anak Tun M sahaja. kami rakyat yang biasa mana ade peluang nak jadi jutawan sebagaimana anak-aanak Tun M menjadi jutawan malah lebih dari itu. Penipuan demi penipuan berlaku dalam pentadbiran. tetapi DS Najib telah membantu oran gsusah macam kami dalam meringankan beban hidup kami. Terima kasih DS Najib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jutaan orang yang mendapat manfaat hasil usaha yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir itu anak-anak biologikal Tun Dr. Mahathir jugakah?

      Sila baca penerangan mengenai isu Jambatan Bengkok, isu Lebuhraya Utara Selatan, Proton, yang diusahakan untuk kepentingan rakyat.

      Malahan cara pemikiran Tun Dr. Mahathir, bukannya hanya tengok yang mega-mega sahaja, yang habuk pun ditelitinya juga.

      Macam pembangunan Proton, bukan setakat peluang kerja kepada pekerja syarikat otomobil itu sahaja, malahan peluang kepada syarikat pembekal komponen kenderaan dan alat ganti, pengedar kereta proton, bengkel baik pulih kereta, malahan kepada penjual nasi lemak di warung-warung berhampiran kilang Proton, kilang alat ganti, pengedar kereta Proton, bengkel baik pulih pun mendapat manfaatnya, malahan yang menjadi pembekal kuih kepada warung-warung itu pun mendapat manfaatnya.

      Itulah saya menuliskan bahawaInilah bezanya antara pemikiran Tun Dr. Mahathir yang melihat sesuatu secara realistik, mengambil peluang dengan melihat kesan keseluruhan berbanding Najib yang melihat kepada kesan jangka pendek dan hanya untuk melihat orang memuji dan menyokongnya dalam tempoh masa singkat sahaja.

      Begitu jugalah dengan pihak-pihak yang menyokong Tun Dr. Mahathir, bukannya kerana menyokong membuta tuli, tetapi menilai semua aspek.

      Bukannya macam penyokong Najib, menyokong mungkin kerana ada kepentingan diri, serta tidak menilai serta tiada maklumat yang boleh digunakan untuk menyokong hujah selain dari memberi komen yang hanya memalukan diri mereka sendiri sahaja.

      Delete
    2. Apa yang dirisaukan adalah Najib bukannya sedang proses Nation Building, tapi Nation Destruction.

      Misalnya isu 1MDB, Najib menjelaskan bahawa 1MDB perlu menjual asetnya yang dibeli secara hutang untuk menjelaskan hutang, apakah kenyataan yang merapu sedemikian?

      Aset yang dibeli itu patutnya digunakan untuk menjana keuntungan dan dari hasil keuntungan itu digunakan untuk bayar hutang, jika aset telah dijual untuk bayar hutang, apakah mekanisma lagi yang boleh digunakan untuk menjana keuntungan?

      Isu 1MDB ini adalah isu yang sangat janggal dan pelik, bukan sahaja dalam konteks bernegara, malahan dalam konteks perniagaan pun isu ini sangat pelik dan selalunya hanya melibatkan isu-isu penyelewengan dan salah laku sahajalah.

      Malahan dalam blog ini: http://theflyingkick.blogspot.com/2015/04/10-jawapan-bagi-10-soalan-marhein-untuk.html ada penjelasan oleh Lim Sian See, entahlah siapakah orang ini yang menyatakan bahawa Jho Low dilantik untuk menguruskan dana 1MDB selama ini adalah kerana 'restu' mantan YDP Agong sebelum ini yang kini merupakan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin. (lihat perkara 2 dan 3).

      Saya tak tahulah apa yang berlaku kini kerana kini mantan YDP Agong juga diheret ke dalam kemelut ini. Sememangnya isu ini akan makin panas dan memerlukan penjelasan yang lebih menarik lagi.

      Meskipun begitu, akhirnya apa yang perlu adalah penjelasan untuk kepentingan rakyat supaya yang salah perlu diadili, perkara yang salah perlu diperbetulkan supaya negara ini tidak hancur kerana 'permainan' oleh beberapa orang yagn tidak bertanggungjawab.

      Delete
  4. Saya rasa DS Najib di landasan yg betul dan pendekatan beliau lebih dekat dengan pendekatan Islam. Semoga DS Najib terus diberi kekuatan, kebijaksanaan dan kesabaran dalam mentadbir negara. Semoga beliau dapat melaksanakan tugas dengan penuh amanah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Landasan yang betul apanya? Berdasarkan penjelasan oleh Najib dalam program soal jawab di TV 3 sebelum ini, 1MDB perlu masa untuk mencairkan aset untuk membayar hutang, apakah ini landasan yang betul atau landasan ke laut sahajalah?

      Apa gunanya beli aset kalau untuk dijualkan? Patutnya aset yang dibeli itu dijana untuk membuat keuntungan, malahan lebih-lebih lagi aset itu dibeli melalui hutang.

      Kalau aset yang dibeli itu kemudiannya dijual untuk bayar hutang, apa lagi aset yang tinggal dan apakah keperluan untuk membeli aset itu sebelum ini sekiranya dibeli untuk dijual, perlu disedari aset bukannya stok, stok bolehlah dibeli dan dijual untuk dapatkan keuntungan, kerana stok memang untuk dijual, macam sardin dibeli oleh peruncit dari pemborong atau pekilang untuk untuk dijual semula kepada pengguna kerana memang itu fitrahnya.

      Tetapi membeli aset kemudian dijual untuk bayar hutang, ini sesuatu yang sangat janggal dan memang sangat tidak munasabah.Kerana sebagaimana yang saya nyatakan di atas, aset patut digunakan untuk menjana wang dengan lebih banyak untuk membuat keuntungan bukannya menjadikan aset sebagai stok pula.

      Delete
    2. Mcm tun juga .... ade juga projek yg gagal. Bkn najib yg nk gagalkan mcm tun juga.... ingatkan eric boleh bantu perwaja. Ini semuakan cabaran dan dugaan... blm tentu pengganti pm akan cemerlang.

      Cuma jangan ulang kesilapan... we plan and Allah plans ... Allah is the best planner

      Delete
    3. Berhubung kegagalan projek di era Tun Dr. Mahathir, semua orang tahu berhubung sebab kegagalan itu dan tahu apa yang dah jadi dengan isu kerugian itu.

      Tapi dalam isu 1MDB ini, tak tahulah apa yang dah jadi dengan RM 42 bilion itu. Jumlahnya sangat besar iaitu RM 42 bilion, bukannya RM 42 sahaja. Kita mahu tahu apa dah jadi dengan dana yang dipinjam oleh 1MDB, dan apa dah jadi dengan 1MDB sebenarnya.

      Delete
    4. Jadi nak juga najib letak jawatan? Tun nak sapa pulak pengganti?

      Delete
    5. Sesuatu yg kita tak ingini telah pun berlaku dan berilah najib peluang membetulkannya. Sesiapun yg ambil alih akan bermula peralihan kuasa di banyak peringkat dan mungkin perebutan kuasa....beri pm ruang dan masa sehingga pemilihan akan dtg.

      Ingatlah dalam hidup kita ..
      kita tidak mahu gagal. Tetapi kita tetap akan diujiNya.. mereka yg mengambil pelajaran daripada kegagalan akan beruntung... inshaAllah semoga kita sama2 mendoakan yg terbaik. Syukur dgn nikmatNya.

      dalam kehidupan kita pun kita mahu di beri peluang yg kedua. Kita mahu org melihat kebaikan kita juga.

      suka bila melihat warga asing dapat mencari rezeki di negara ini... di bumi Allah ...tuhan sekelian alam.

      Delete
    6. Anonymous11 April 2015 at 15:20, masalahny adalah Najib tidak mengambil peluang yang diberi untuk membetulkan kerosakkan yang telah berlaku, Najib hanya mahu meneruskan agenda yang kononnya 'untuk kebaikan negara dan rakyat' sedangkan agenda tersebut jauh menyimpang dari membangunkan negara dan membela rakyat untuk jangka masa panjang.

      Kalau Najib ambil iktibar dan mengambil peluang untuk berusaha pulihkan kerosakkan tersebut, tidaklah Tun Dr. Mahathir bersikap keras terhadap Najib.

      Tun Dr. Mahathir mungkin telah berikan peluang keseribu kepada Najib, tapi semuanya sia-sia, ibarat mencurahkan air ke daun keladi, ibarat merebus batu, ibarat meniup lampu kalimantang yang menggunakan elektrik supaya padam, sia-sia semuanya.

      Jangan tuduh tiada peluang diberikan, sudah banyak peluang diberikan, tetapi Najib tidak mahu ambil iktibar dan masih dengan sikap syok sendirinya yang tidak memberi kebaikan kepada negara dan rakyat.

      Kepada rakyat Malaysia, terutama penyokong Najib yang menyokong Najib membuta tuli, kita perlu jelas dalam hal ini, kerana nasi kalau menjadi bubur masih boleh diubah suai buat bubur lambuk ke, bubur ayam ke, masih boleh makan, tapi kalau nasi dah hangit, periuk dah rentung, dapur pun dah terbakar, apa gunanya lagi?

      Fikir-fikirkanlah.

      Delete
  5. Kita ni terlalu banyak politicking sehingga 'mengganggu' proses nation-building. Dalam masa tempoh selepas PRU 13, terlalu banyak masa tidak berfaedah berkait dengan anwar diperjuangkan oleh pembangkang sedangkan dia adalah 'has-been' tetapi pembangkang, disebabkan tidak ada 'bullet' untuk memperlihatkan kewibawaan mereka telah menjajakan perkara ini serta menggunak agama untuk mengwujudkan kekeliruan persepsi masyarakat dan merosakkan idealism dan aspirasi nasional.
    Cukup-cukuplah melakukan kerosakan sebab bagaimana nak menjawab nanti dihadapan Allah swt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang dirisaukan adalah Najib bukannya sedang proses Nation Building, tapi Nation Destruction.

      Misalnya isu 1MDB, Najib menjelaskan bahawa 1MDB perlu menjual asetnya yang dibeli secara hutang untuk menjelaskan hutang, apakah kenyataan yang merapu sedemikian?

      Aset yang dibeli itu patutnya digunakan untuk menjana keuntungan dan dari hasil keuntungan itu digunakan untuk bayar hutang, jika aset telah dijual untuk bayar hutang, apakah mekanisma lagi yang boleh digunakan untuk menjana keuntungan?

      Isu 1MDB ini adalah isu yang sangat janggal dan pelik, bukan sahaja dalam konteks bernegara, malahan dalam konteks perniagaan pun isu ini sangat pelik dan selalunya hanya melibatkan isu-isu penyelewengan dan salah laku sahajalah.

      Malahan dalam blog ini: http://theflyingkick.blogspot.com/2015/04/10-jawapan-bagi-10-soalan-marhein-untuk.html ada penjelasan oleh Lim Sian See, entahlah siapakah orang ini yang menyatakan bahawa Jho Low dilantik untuk menguruskan dana 1MDB selama ini adalah kerana 'restu' mantan YDP Agong sebelum ini yang kini merupakan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin. (lihat perkara 2 dan 3).

      Saya tak tahulah apa yang berlaku kini kerana kini mantan YDP Agong juga diheret ke dalam kemelut ini. Sememangnya isu ini akan makin panas dan memerlukan penjelasan yang lebih menarik lagi.

      Meskipun begitu, akhirnya apa yang perlu adalah penjelasan untuk kepentingan rakyat supaya yang salah perlu diadili, perkara yang salah perlu diperbetulkan supaya negara ini tidak hancur kerana 'permainan' oleh beberapa orang yagn tidak bertanggungjawab.

      Delete
  6. http://theflyingkick.blogspot.com/2015/04/10-jawapan-bagi-10-soalan-marhein-untuk.html

    Dalam penjelasan mengenai 1MDB, pada perkara 2 dan 3, kononnya mantan YDP Agong terlibat memberikan kebenaran kepada Jho Low untuk menguruskan dan 1MDB, tak tahulah sejauh manakah kebenaran perkara ini. Situasi makin bertambah kritikal, pihak Istana juga diheret, tak tahulah apakah ini benar atau digunakan supaya Tun Dr. Mahathir berdiam diri kerana mereka menggunakan pihak istana pula.

    ReplyDelete