Saturday 13 June 2015

Tun M akan terus menekan Najib bagi menyelamatkan BN dari tewas pada PRU14

Lokasi : Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media selepas Persidangan Plight of The Rohingya Part II

Tarikh : 12/6/2015


Tun M tidak akan berundur atau mengendurkan tekanan beliau keatas Najib Razak selagi beliau masih memegang jawatan Perdana Menteri. Tun M yakin Najib hanya akan membawa bencana dan kekalahan kepada BN dalam PRU 14 akan datang.

Tun M meramalkan sekiranya Najib mengepalai BN dalam PRU 14 akan datang, BN akan kehilangan lebih banyak kerusi manakala pembangkang pula akan terus berpecah belah diantara mereka. Negara akan mengalami suasana kucar kacir dan huru hara kerana tidak ada  satu parti politik yang mempunyai kedudukan dominan bagi menubuhkan kerajaan secara bersendirian.





1 comment:

  1. Alahai x yahlah nak jadi nujum pak belalang pulak. Umat Islam yg sempurna percaya pada kodho dan kadar Allah. Yg penting jalankan tanggungjawab kepada rakyat, berusaha dan berdoa untuk kemenangan. Selainnya pasrah pada Allah. Elakkan kempen kotor macam PR.

    ReplyDelete