Thursday, 11 June 2015

Sinar kasih Ramadhan satu inisiatif mulia YBK

Lokasi : Dewan Cendikia 4, Intekma Resort, Shah Alam

Acara : Siang media Sinar Kasih Ramdhan 1436H/2015M

Tarikh : 9/6/2015


RAMADHAN
1436H/2015M

Latarbelakang

1.1    Program ini adalah bertujuan menyediakan keperluan berbuka dan bersahur kepada golongan duafa fakir yang terpilih sepanjang bulan Ramadhan di seluruh Malaysia.
1.2   Menerusi program ini keperluan minima makanan asas yang disumbang oleh orang ramai akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan.  Ini dapat membantu golongan miskin merancang keperluan Hari Raya dan sekolah anak-anak yang bersekolah kelak.

2.0    Objektif Sinar Kasih Ramadhan 1436 Hijrah

2.1 Usaha bersepadu untuk mendidik, menggerak dan meningkatkan kesedaran masyarakat Islam terhadap amalan bersedekah.
2.2   untuk menyediakankeperluan asas pada kadar mencukupi sepanjang bulan Ramadan untuk golongan fakir miskin.
2.3    Melahir pengertian ehsan sebagai kesan tampak dari penghayatan insan dan Islam.
3.0    Pencapaian Sinar Kasih Ramadhan sejak 2002 sehingga 2013




Rakan Kerjasama
Nilai Sumbangan
Jumlah Sumbangan
Jumlah Penerima

2002
PIMPINAN
Kerajaan Selangor

RM 215.00

RM 98,200.00

459 keluarga

2009
PIMPINAN
Karangkraf
Astro Oasis
Usahanita

RM 400.00

RM 91,825.00

376 keluarga

2010
Karangkraf
Sinar Harian
KIMMA

RM 430.00

RM 114,197.00

318 keluarga

2011
Karangkraf
Sinar Harian
KIMMA

RM 460.00

RM 141,029.50

249 keluarga

2012
Karangkraf
Sinar Harian
KIMMA

RM 510.00

RM 99,962.05

207 keluarga

2013
Karangkraf
Puspanita
Kebangsaan

RM 550.00

RM 88,550.00

161 keluarga


RM 633,763.55

1,770 keluarga

4.0       Kaedah Penilaian Sumbangan

4.1   Dinilai berdasarkan anggaran Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK Makanan) 2015 daripada Jabatan Perangkaan iaitu RM560.4.2   Perbelanjaan minimum bagi komponen PGK Makanan adalah berasaskan keperluan kalori sebanyak 9,910 kcal sehari untuk satu keluarga.  Bilangan kalori ini dibahagikan kepada beberapa jenis makanan iaitu Karbohidrat (55%), Protein (15%) dan Lemak (30%).4.3  Perbelanjaan minimum bagi komponen makanan adalah berasaskan keperluan kalori sebanyak 9,910 kcal sehari untuk satu keluarga.  Bilangan kalori ini dibahagikan kepada beberapa jenis makanan iaitu Karbohidrat (55%), Protein (15% dan Lemak (30%).
4.4  Nilai sumbangan adalah bergantung kepada statistik Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) di mana secara asasnya meningkat setiap tahun kerana mengambil kira kos dan kadar inflasi.

5.0   Kaedah Sumbangan

           Sumbangan tunai / cek bolehlah dibuat atas butiran seperti berikut:-
           Nama Akaun : Yayasan Basmi Kemiskinan
           Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
      No akaun : 12038010002132 (setiap sumbangan akan debri resit pengecualian cukai endapatan No rujukan : LHDN 01/35/42/51/179-6.3710) Warta Kerajaan  bil 8954)

1
 2
 3
 4
 5
 6


No comments:

Post a Comment