Thursday, 18 June 2015

Jawapan Tun M kepada jemputan 'kucing kurap PKR'

Lokasi : Auditorium Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya

Acara : Perjumpaan antara Tun Dr Mahathir dengan pengamal media sosial anjuran
"Kamy Mahathir"

Tarikh : 17/6/2015


Perjumpaan tertutup anjuran 'Kamy Mahathir' mula nya khas untuk beberapa orang yang  sahaja, tetapi berita mengenai nya telah terbocor ke pengetahuan penggiat sosial media lain yang pro-Tun M. Maka venue telah bertukar dari bilik mesyuarat ke auditorium YKP dengan kehadiran 148 orang kesemua nya, ada yang terbang dari Sabah untuk bertemu Tun M.

Tujuan perjumpaan ini ialah bagi mendapat penjelasan dari Tun M mengenai isu 1MDB, mengenai isu politik semasa dan  masa depan serta cabaran yang dihadapi kepimpinan UMNO / BN. Sesi soal jawab berjalan dengan penuh enthusiastic oleh para peserta mengenai isu-isu yang berbangkit.

Soalan akhir yang diajukan oleh pengerusi majlis ialah mengenai cabaran Chegu Bard kepada Tun M untuk menghadiri sesi #Nothing2Hide anjuran SAMM, bertujuan untuk menyoal beliau mengenai isu-isu semasa 22 tahunpentadbiran Tun M. 

Ini jawapan Tun M kepada 'kucing kurap PKR' yang cuba 'menangguk di air keruh' dalam kemelut antara beliau dengan Najib Razak.

P.S - Kalau sanggup dan berkemampuan , penuhi sajalah syarat yang diketengahkan oleh Tun M. Janganlah jadi alat untuk mengalihkan isu dari Najib Razak dengan cubaan menelanjangkan Tun M 



1
  2
 3
 4
 5
 6
148 penggiat media sosial menyertai perjumpaan ini majoriti tanpa jemputan
 7
 8
Bawa banner, bawa bendera "I Luv PM" tapi undi tak dapat
 9
 10
Peserta dari Sabah menceritakan pengalaman beliau menyertai majlis sambutan Najib Razak di Tawau
11
 12
 13
 14
 15
 16
 17
 18
 19
 20
 21
 22
 23
 24
 25
26


15 comments:

  1. bro.

    ada cerita menarik tak pengalaman peserta sabah join majlis sambutan najib kat tawau tu.

    kalau ada. boleh lah share sikit kat kitorang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pahlawan Bugis dating ke Tawau.. Mesti la meriah.
      Apa yang pasti Si Najib kompom bangga time tu..

      Delete
  2. Bila orang soal dia tentang pentadbiran zaman dia, dia marah. Dia diktator sebab itulah dia boleh perintah sampai 22 tahun. Siapa pun tak boleh soal, soal saja kena pecat.

    Sudah, sudah lah!, Dok beletiaq selalu pun orang dah meluat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha tak ada orang meluat pun hang sorg ja meluat...

      Delete
    2. Bila pulak Tun marah. Kan dia kata dia nak jawab. Ko ni main tibai je entah ko tengok video tu entah tak...

      Ni semua ayat2 nak alih isu dari penyokong PM Cash is King..

      Delete
    3. penjilat lendir najib berbunyi ler!

      kali pertama dalam sejarah tamaddun manusia seorang Diktator ambil keputusan utk bersara

      hang bnyk sngt makan kangkung + telur niii..anon 18 June 14:45

      Delete
  3. Terbaik Tun M.. kami sekeluarga sokong ayahanda perjuangkan demi negara, bangsa dan agama...

    ReplyDelete
  4. Kucing Kurap ini boleh dipanjangkan kepada mereka yang turut terlibat dan relevan dalam isu semasa..
    Lain ditanya, tak jawab..
    Pi corner ke lain pula..

    ReplyDelete
  5. Martabat Melayu dan Islam diangkat zaman pemerintahan TUN! Bagaimana pula Martabat Melayu dan Islam masa kini?

    ReplyDelete
  6. sokong Tun Mahathir

    ReplyDelete
  7. Selamat Berpuasa Semua. Jumpa lagi selepas Raya. In Sha Allah

    ReplyDelete
  8. Tanya Najib soalan ini sahaja pun dah boleh menyebabkan Najib pitam:

    Bagaimanakah 1MDB nak menyelesaikan hutangnya yang kini mencecah sekurang-kurangya RM 45 bilion, dengan kadar faedah tahunan kepada bank sekurang-kurangnya RM 2.4 bilion, kalau dikira mengikut bulan sebanyak RM 200 juta diperlukan, kalau dikira ikut hari, maka hampir RM 6.7 juta diperlukan untuk bayar faedah bank sahaja, tak termasuk RM 45 bilion hutang pokok itu? Sedangkan 1MDB tidak mencatatkan keuntungan sejak penubuhannya hinggakan kos pengurusan 1MDB pun terpaksa menggunakan hutang untuk membayarnya.

    Bagaimanakah kaedah atau formula 1MDB untuk mencari sekurang-kurangnya hampir RM 6.7 juta sehari bersamaan RM 200 juta sebulan bersamaan RM 2.4 bilion setahun bagi menyelesaikan faedah bank secara tahunan sahaja itu, tak termasuk hutang pokok tau?

    1MDB, Najib, Arul Kanda, Shahrir Samad, Tunku Aziz, Nazri Aziz, Salleh Said Keruk serta pecacai dan kuncu-kuncu Najib tidak ada jawapannya, kerana 1MDB sememangnya tidak mampu untuk menguruskan hatta untuk selesaikan faedah bank secara tahunan yang berjumlah RM 2.4 bilion itu melainkan mereka menyamun harta negara untuk digunakan bagi membayar faedah bank tersebut, tetapi tidak mampu untuk menyelesaikan hutang dan faedah bank di tahun-tahun mendatang.

    Inilah hakikatnya mengapa Tun Dr. Mahathir minta Najib letak jawatan, kerana Najib sendiri sudah tak boleh nak uruskan masalah 1MDB ini lagi, Najib sudah tiada jawapan, hanya menyeret Najib dan kuncu-kuncu ke muka pengadilan dan diberikan hukuman setimpal adalah satu-satunya penyelesaian yang ada bagi merungkai masalah 1MDB ini, dan negara terpaksa kerugian berpuluh bilion ringgit untuk membayar kesemua hutang 1MDB itu untuk mengelakkan negara terjerumus ke kancah krisis kewangan yang lebih teruk, inilah satu-satunya cara untuk menyelesaikan isu 1MDB ini.

    ReplyDelete
  9. Ehh malu la... ada kucing kurap nak berdebat ngan Tun.
    Dan yang lebih memalukan siapa dia Pelesit Chegu Bard ini...
    Daripada Pelesit Chegu Bard menyibut tentang pemimpin UMNO
    adalah lebih baik Pelesit Chegu Bard menyibuk tentang Pakatan Rakyat yang bermasalah sekarang

    ReplyDelete
  10. Tun diktator ke korup ke,kami org kg mkn cukup.Tp skrg soru pun miss.Barang mhl,gst lagi.Bagi je Rosmah jd Pm.Dari dok siku2 laki tu.Menteri semua pun pondan.Dok angguk je.Dah lingkup umno baru la nnt nak sedar.Ingat!! kami org kg dah meluat dgn Pm dan umno.Bukan tak syg.MELUUAAAATTT.

    ReplyDelete