Showing posts with label timbalan presiden. Show all posts
Showing posts with label timbalan presiden. Show all posts

Friday, 28 September 2018

PAU2018 - Perasmian perhimpunan tiga sayap pergerakan UMNO Malaysia

Acara : Perasmian Perhimpunan Agung Tahunan 2018 Pergerakan Wanita, Pemuda & Puteri UMNO Malaysia

Lokasi : Dewan Merdeka, PWTC

Tarikh : 28/9/2018



Video 1 - Ucapan perasmian oleh Timbalan Presiden UMNO , Mohamad bin Haji Hasan



#video360  - Lagu UMNO



#video360 - Lagu Wanita UMNO



#video360 - Lagu Pemuda UMNO



#video360 - Lagu Puteri UMNO



#suasana360



******************************************************************************************************************************

1
 2
 3
 4
5
6
 7
 8
 9
 10

Friday, 4 March 2016

TSMY pilih untuk berjuang sebagai ahli UMNO

Acara : Sidang media Tan Sri Muhyiddin Yassin 

Lokasi : Epicure 1, Jalan Media Setia 1, Bukit Damansara, Kuala Lumpur

Tarikh : 3/3/2016


Video 1  - Kenyataan Media dan jawapan kepada sesi Q & A (FULL)



Video 2 - Rules of law telah diketepikan pengurusan UMNO dalam membuat keputusan keatas ahli UMNO yang bercanggah pandangan mengenai kepimpinan UMNO termasuk lah keputusan yang telah diambil keatas TSMY



Video 3 - Mukhriz memilih untuk mengkritik dari dalam UMNO  dan tidak mengecewakan ahli UMNO Jerlun yang beliau wakili sebagai Ketua Bahagian



1 
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11
 12
 13
 14


Wednesday, 26 August 2015

Thank you KJ - TSMY




KENYATAAN MEDIA

YB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
TIMBALAN PRESIDEN UMNO

26 OGOS 2015

Saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO, dan barisan Exco Pemuda UMNO Malaysia atas kenyataan berani mengenai hal ehwal negara khususnya tentang isu yang menjejaskan imej negara seperti 1MDB dan derma politik RM 2.6 bilion kepada Perdana Menteri. Saya amat menghormati dan menghargai pandangan berani Ketua Pemuda yang saya percaya dibuat berlandaskan prinsip kebenaran dan keadilan yang teguh berpandukan ajaran Islam.
Saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih atas sokongan Saudara Khairy kepada kedudukan saya sebagai Timbalan Presiden UMNO yang dipilih oleh para perwakilan dalam pemilihan parti. Ucapan penghargaan dan terima kasih juga saya tujukan kepada sahabat-handai, ahli-ahli Umno akar umbi dan rakyat Malaysia yang tidak putus-putus memberikan sokongan, dorongan dan kata-kata semangat kepada saya supaya meneruskan perjuangan menegakkan kebenaran demi menyelamatkan UMNO, bangsa Melayu dan rakyat Malaysia seluruhnya.

Saya menyokong sepenuhnya pendirian Pemuda UMNO dalam meletakkan semula Malaysia pada landasan yang betul. Saya ingin mengingatkan jika kita gagal menangani kemelut yang melanda negara kita secara berani dan berdepan atau “take the bulls by the horns”, saya bimbang Malaysia akan terjerumus ke dalam kancah negara yang gagal (failed state). Iklim ekonomi dunia yang tidak menentu, nilai ringgit yang semakin merudum, kemelut politik yang luar biasa, kenaikan harga barang dan kos sara hidup, kebanjiran warga asing yang tidak terkawal dan sentimen pelabur yang dingin terhadap Malaysia merupakan bibit-bibit yang boleh menyebabkan Malaysia menjadi sebuah negara yang gagal. Mudah-mudahan Allah s.w.t. menjauhi kita daripada sebarang malapetaka, na’uzubillahi min zalik.

Atas kesedaran inilah saya tidak putus-putus mengingatkan rakan-rakan saya di dalam kerajaan supaya mengambil langkah-langkah pembetulan dengan segera. Sebagai Timbalan Presiden UMNO, saya menyampaikan kebimbangan saya melalui platform parti, iaitu di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi dan ketika merasmikan mesyuarat-mesyuarat perwakilan UMNO bahagian yang saya dijemput hadir sebagai perasmi. Saya lakukan ini kerana saya sayangkan UMNO. Pemimpin datang dan pergi, tetapi parti mesti terus kukuh dan utuh untuk meneruskan perjuangan membela agama, bangsa dan negara.

Namun, malangnya terdapat segelintir individu di dalam UMNO sendiri yang lantang mengkritik saya. Lumrah apabila seseorang itu tidak lagi berjawatan tinggi di dalam kerajaan, maka akan ada segelintir manusia yang tidak lagi menghormati, malah mengecam kita. Mereka ini ada antaranya yang pernah saya bantu ketika saya berada di dalam kerajaan. Mereka menuduh saya menjadi pengkhianat, menuntut supaya saya dihadapkan ke Lembaga Disiplin dan mendesak saya supaya meletak jawatan. Seorang Ketua Bahagian di negeri Selangor antara yang paling kuat mendesak saya meletak jawatan sedangkan ahli di bahagiannya sendiri menuntut dia meletak jawatan. Semua ini dibuat semata-mata kerana saya bercakap benar demi untuk menyelamatkan parti.

Kepada mereka ini ingin saya ingatkan. Sejarah sumbangan saya kepada UMNO cukup panjang. Saya telah berjuang di dalam UMNO lebih 40 tahun. Malah, ketika UMNO diharamkan dahulu, saya mengambil tanggungjawab untuk membina semula UMNO di Johor sehingga UMNO kembali kuat dan negeri Johor menjadi penyumbang terbesar kemenangan UMNO dan Barisan Nasional dalam setiap pilihanraya umum. Saya juga tetap setia bersama parti ketika UMNO menghadapi pelbagai krisis. Jadi, janganlah terlalu mudah menuduh saya sebagai pengkhianat dan mendesak saya meletak jawatan.

Namun, semua ini tidak akan mematahkan semangat saya, apa lagi melemahkan daya juang saya untuk terus membela maruah agama, bangsa dan negara. Saya yakin bangsa Melayu tidak akan menjadi bangsa yang dihina selagi kita berpegang teguh kepada ajaran Islam, menjadikan prinsip kebenaran dan keadilan sebagai panduan dalam kehidupan dan dipimpin oleh pemimpin yang amanah dan bertakwa kepada Tuhan.

Kepada Allah saya berserah.


TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
TIMBALAN PRESIDEN UMNO

Sunday, 9 August 2015

Budaya Yes Man menutup hijab dan merosakkan pemimpin

Lokasi : Seri Pekembar, Pagoh, Johor

Acara : Perasmian Mesyuarat UMNO Bahagian Pagoh oleh Tan Sri Mahyuddin Yassin

Tarikh : 8/8/2015



Bottomline - Budaya Yes Man dan kaki-bodek dalam UMNO hanya merosakkan pemimpin. Ahli UMNO mesti berani menegur pemimpin untuk memperbetulkan kesilapan dan pemimpin UMNO mesti berani menerima teguran tersebut. UMNO dan kerajaan mesti memperbetulkan persepsi dunia terhadap Malaysia yang dibelengui dengan perlbagai skandal yang berkaitan 1MDB.


Video 2 -Ucapan aluan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Pagoh.
Keyword - Jangan jadi kaki kipas



1
 2
 3
 4
5
 6
 7
 8
9
 10

Thursday, 30 July 2015

Sidang media pertama TSMY selepas pemecatan (FULL & UNCENSORED)

Lokasi : Kediaman TS Muhyiddin Yassin @ Bukit Damansara, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media pertama TS Muhyiddin selepas pemecatan sebagai TPM

Tarikh : 29/7/2015


Ini sidang media pertama yang dilakukan TS Muhyiddin setelah beliau dipecatkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri semalam. Dalam sesi yang berjalan hampir setengah jam itu TS Muhyiddin telah diajukan pelbagai soalan yang berkisar mengenai 

(1) samada usul tidak percaya terhadap Najib Razak akan dibuat di Parlimen, 
(2) fact sheet 1MDB yang diberikan kepada ahli kabinet, 
(3) samada beliau kesal mengkrtik mengenai 1MDB sehingga dipecat, 
(4) mengenai kemungkinan beliau bergabung dengn Tun M dibawah satu platform,  
(5) samada beliau akan disisihkan oleh bahagian-bahagian UMNO dalam perasmian persidangan tahunan, 
(6) samada kedudukan beliau sebagai Timbalan Presiden UMNO akan tergugat, 
(7) samada isu 1MDB akan dapat diselesaikan, 
(8) samada beliau masih boleh bekerjasama dengan Presiden UMNO, 
(9) samada beliau akan mengambil kesempatan diatas kekcewaan dan sokongan yang diberikan oleh para penyokong beliau, 
(10) mengenai penangguhan pemilihan parti, 
(11) mengenai rombakan kabinet dan pertemuan beliau dengan Najib sebelum dipecat, 
(12) mengenai apa yang beliau tahu dalam isu 1MDB
(13) samada berhasrat menggantikan Nur Jazlan sebagai pengerusi PAC
(14) pandangan beliau mengenai pemecatan AG

Bottomline - TS Muhyiddin berhasrat besar untuk membantu dan  memastikan pengurusan UMNO berjalan lancar dan berjaya mengharungi kemelut yang sedang dihadapi sekarang dan beliau juga berharap isu 1MDB dapat diselesaikan dengan cepat. 


n


 1
 2
 3
 4
 5
  6
 7
 8
 9
  10