Lokasi : Shah Alam Convention Center, Shah Alam, Selangor
Acara : Malam Inspirasi Perjuangan (Pejuang 2015)
Tarikh : 14/9/2015
Malam Inspirasi Perjuangan, kenang tokoh pejuang Melayu
SHAH ALAM, Isnin – Dalam usaha menyemarakkan semangat cinta negara dan pejuangan bangsa, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) telah menganjurkan makan malam amal Malam Inspirasi Perjuangan atau ‘PEJUANG 2015’ di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini, hari ini.
Majlis ini diadakan bagi memperingati jasa tokoh-tokoh pejuang Melayu bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan serta mengangkat agenda perjuangan Melayu dan Islam selain membuka mata bangsa Melayu terhadap perjuangan silam dan kegemilangannya.
Ia mengenengahkan jasa bakti tokoh-tokoh silam yang telah melakar sumbangan untuk bangsa dan agama seperti Pendeta Zaaba, Dr Burhanuddin Al-Hilmy, Dato’ Onn Jaafar, Maarof Zakaria, Tan Sri Hajah Zainun Munshi Sulaiman (Ibu Zain) dan Tun Abdul Razak Hussein.
Majlis diserikan dengan ucaptama kalam negarawan, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Muhammad.
Turut hadir bekas Menteri Pertanian, Tan Sri Sanusi Junid, dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Persahabatan Malaysia – Turki (MTF Foundation), Ustaz Qamarul Naim Mohd Faisal.
Presiden Isma, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman dalam ucapannya berkata, majlis pada malam ini merupakan penghargaan khas kepada pejuang bangsa dan agama dalam memartabatkan cita-cita bangsa dan kemerdekaan tanah air.
“Bangsa Melayu telah melalui suatu sejarah perjuangan yang panjang dan penuh liku dalam membangunkan agama, bangsa dan tanah air.
“Semoga Allah merahmati mereka (pejuang) dan dengan contoh perjuangan yang telah mereka tunjukkan, diwarisi kita pada hari ini,” katanya.
Lebih 450 orang tetamu dan mereka juga dihiburkan dengan menampilkan artis terkenal tanah air, Datuk M Nasir, kumpulan nasyid perjuangan, Fetya dan bacaan puisi oleh penyair Ahmad Sarju.
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
16
17
18
X jemput pejuang bangsa 2.6b ker? Huhu
ReplyDeleteDia dinasihat usah datang.
ReplyDeleteKih kih kih...
ReplyDeletePejuang 2.6b x dtg sbb negarawan bersih4.0 ada
ReplyDeleteKih kih kih kih
Klasik gambar Tun dgn M Nasir... teringat 20 tahun dulu, episode "Siapa Mahathir..."
ReplyDeleteSaudara The Eugenist, Tun Mahathir telah pun memaafkan saudara M Nasir. Oleh itu tidak usahlah diungkit perkara ini. Pada mulanya, saya sendiri berasa hairan dan marah kepada saudara M Nasir. Namun, setelah 'ada' yang memberitahu saya bahawa pada waktu itu saudara M Nasir baharu sahaja menerima berita kematian salah seorang daripada ahli keluarganya. Jika tidak silap adalah ayah kandungnya sendiri. Sesiapa sahaja yang berada di tempat beliau pasti tidak mampu melakukan persembahan atau nyanyian. Mungkin disebabkan itu juga beliau tidak dapat mengawal emosinya dan terlepas kata. Perbuatan saudara M Nasir tetap salah tetapi saya faham kenapa. Sebaik-baiknya tanyalah sendiri (personally) kepada Tun Mahathir. :-)
DeleteAIK MANA PERGI KOMEN MEROYAN NEK TEMPOYAK #MULUTBAUCIBAI #CIBAIBAUTEMPOYAK ?? KEJAP ADA KEAJAP HILANG...KAH KAH KAH TAHNIAH TUAN BLOGGER
ReplyDelete