Wednesday, 16 September 2015

Mengapa tidak diselaraskan slogan himpunan di Padang Merbok ?

Lokasi : Pusat Kraf, Jalan Conlay, Kuala Lumpur

Acara :Sidang media terakhir menjelang Himpunan Rakyat Bersatu

Tarikh : 15/9/2015


Secara ringkas maklumat yang telah dikumpul sejak kumpulan baju merah umumkan untuk berhimpun di Low Yat / Bukit Bintang ada lah seperti berikut :-

1. 10/9/2015 gabungan 250 NGO umumkan akan mengadakan himpunan KEBANGKITAN MARUAH MELAYU di Padang Merbok dan akan dari Bukit Bintang. PESAKA akan menjadi penganjur dan memohon permit dari pihak berkuasa. Himpunan ini untuk orang Melayu sahaja.

2. 12/9/2015 PESAKA umumkan bahawa permohonan permit telah dihantar pada 8/9/2015 dan masih menunggu kelulusan. Kalau tidak lulus PESAKA akan menarik diri. Tajuk perhimpunan dalam permohonan ialah HIMPUNAN RAKYAT BERSATU dan ianya terbuka kepada semua rakyat Malaysia tidak kira agama dan keturunan asalkan cintakan keamanan.

3. 14/9/2015 Tengku Adnan umumkan bahawa permit sudah diluluskan untuk himpunan dilakukan di Padang Merbok tetapi bukan untuk perarakan.

4. PESAKA umumkan mereka telah peroleh kelulusan yang diperlukan seperti mana yang disebut oleh Tengku Adnan.

5. Hari ini 15/9/2015 Jamal Md Yunos umumkan beliau akan mengumpulkan 80,000 di checkpoint Pusat Kraf, Jalan Conlay dan akan mengekalkan slogan KEBANGKITAN MARUAH MELAYU. Mereka akan berarak ke Padang Merbok pada jam 2 ptg selepas solat zohor.

Pihak media telah mendapat desas desus bahawa 'pihak atasan' tidak setuju penganjuran dilakukan oleh Jamal Md Yunos dan telah memberi syarat bahawa permohonan permit dibuat oleh sebuah  NGO yang berdaftar. PESAKA hanya dijemput menjadi penganjur rasmi setelah gimik 'silat hantu' didepan SOGO tempoh hari.

Dua tiga hari ini kedengaran pulak cerita ada pihak yang hendak meng-hijack penganjuran ini, semua semata mata kerana duit dan nak 'jadi hero'..

PS - Mengapa tidak dihantar kesemua 300,000 peserta terus dengan bas ke Padang Merbok ? Mengapa disuruh peserta yang sudah berusia yang berkemungkinan besar mempunyai masalah kesihatan seperti ghout, darah tinggi lemah jantung dan sebagai nya berarak ? Tidak kah ini membahayakan ? Berkemungkinan besar ada yang tercicir dan tidak sampai langsung ke Padang Merbok dan matlamat 300,000 tidak tercapai. Sama sama lah kita tunggu laporan dari lapangan.




22 comments:

  1. walaupun ada gout darah tinggi sakit jantung sakit hati mereka ni org melayu yg mempunyai semangat KEMELAYUAN untuk mempertahankan TanahAir..tetapi ada jgk melayu yang mengutuk melayu

    ReplyDelete
  2. Jgn bg pandangan negatif. Perhimpunan mesti diteruskan. Biar putih tulang jangan putih mata.

    ReplyDelete
  3. Duduk rumah tengok TV lagi bagus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut suka ko lah. nak duduk tengok tv ke, nak cangkung tengok tv ke, nak menonggeng tengok tv ke atau ko nak makan tv suka hati ko lah. so, orang lain nak berarak ke, nak berhimpun ke apa ke biar ajelah. asal tak susahkan ko.

      Delete
  4. yg gout, yg sakit jantung, yg tua dah tahu mereka tidak ada kemampuan penuh. pandailah diorang nak jaga diri sendiri. blogger ni sebenarnya tak berapa setuju perhimpunan ini dijalankan, cumanya takut kelihatan tak manis untuk lantang menolak. terus terang ajelah, kan ke ini negara demokrasi. boleh sahaja utk luahkan pandangan peribadi. malu sebab nampak macam tak sokong melayu ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak berapa setuju itu tepat, tapi saya tak bantah selagi penganjuran nya kemas dan tidak memakan diri kelak

      Delete
  5. Ramai Melayu yg tak suka dgn perhimpunan ini,tentu mereka itu merupakan Melayu-Melayu yg sudah sangat maju, dan berstatus tinggi,mampu bersaing dgn bangsa Cina,jadi mereka tidak gentar kalau kelihatan ada orang lain yg bersungguh-sungguh mahu mendominasi politik negara pula selepas menguasai ekonomi negara.'Melayu Maju' ini sudah mencapai status sekarang(maju dan berjaya) hasil asuhan mantan PM yg cukup perihatin terhadap mereka.Itulah sebabnya 'Melayu Maju' ini kelihatan lebih giat dan bersungguh-sungguh menjatuhkan pemimpin Melayu sendiri mengikut nasihat si Mantan,walau dgn cara apa sekali pun daripada menjadi penyokong himpunan Melayu kampungan dan ketinggalan pada pandangan mereka.Semuga mereka terus berada dalam status tinggi yg mereka ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku Melayu, orang kampong dan bukan orang senang. Aku pun tak suka bangsa kuning yang kurang ajar. Tapi kalau pemimpin yang diamanahkan untuk bela nasib aku pecah amanah, boros, rasuah lepas tu bermati-matian nak jaga kedudukan sendiri, keluarga dan kroni itu aku kira pengkhianat. Satu beg bini dia sama dengan setahun pendapatan aku, anak dia beli rumah kat oversea lagi mahal dari semua orang kammpung aku makan tujuh keturunan, cerita duit "derma" sampai akupun tak boleh bayang banyaknya apa cerita. Aku dapat apa? harga barang naik ada. Korang nak sokong pemimpin macam ni korang punya pasallah.

      Delete
    2. Dah tahu motif utama nak ampu bodek Najib.
      Besok tengoklah tajuk utama berita media kerajaan.
      Rakyat masih sokong kerajaan.
      Beribu2 nyatakan sokongan kpd kerajaan.
      Rakyat di belakang Najib.

      Dlm perhimpunan hari ni belum nampak muka Najib.
      Mungkin kena sergah dek MCA dan MIC terus dapat lesen tak payah turun tgk perhimpunan.

      Delete
  6. Buat apa ikut, perhimpunan yang dimanipulasi untuk cover up koruptor terbesar dalam sejarah bangsa Melayu. Orang suruhan dia guna alasan maruah Melayu berbagai tapi sebenanya nak bagi gambaran dia masih disokong ramai. So tanpa sedar kita jadi keldai kepada kepala lanun, kita mempertahankan kedudukan dan maruah penyeleweng walaupun niat asalnya nak mempertahankan maruah bangsa kita. Adakah menyeleweng itu bermaruah?

    ReplyDelete
  7. Malu betul kepada Allah, jika orang Islam berbangsa Melayu mati2 mempertahankan maruah seorang pemimpin yang telah melakukan kejahatan dan kezaliman kepada Negara dan rakyat dia sendiri. Langkah paling simple iaitu berterus terang bagaimana semua isu tentang salah laku moral boleh terjadi pun tak dapat dilaksanakan secara bermaruah. Melayu memang mudah diperdaya, tak kira oleh bangsa kafir juga pemimpin korup dari kalangan Melayu sendiri. Sekarang agenda besar yahudi dan barat untuk melihat perpecahan kaum yang menghancurkan semakin menjadi kenyataan. Pergeseran antara dua kumpulan baju seperti mana terjadi di Thailand sudah pun bertapak di Malaysia... Tidak akan ada siapa pun yang untung kecuali si PM keparat yang makin seronok kerana dapat lari daripada tanggung jawab juga tindakan undang2..

    ReplyDelete
  8. HIMPUNAN RAKYAT BUKTI PM MASIH MILIKI MANDAT POPULAR

    KUALA LUMPUR 16 Sept. - Penyertaan kira-kira 200,000 peserta dalam Himpunan Rakyat Bersatu jelas menunjukkan kerajaan sedia ada masih mempunyai sokongan padu. Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka), Tan Sri Mohd. Ali Rustam berkata kerajaan masih berdiri kukuh kerana sokongan rakyat dan ia terbukti dengan kehadiran ribuan peserta. “Hari ini, bukan hanya perjuangan bangsa tetapi turut menunjukkan sokongan terhadap kerajaan. “Boleh dikatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih mempunyai mandat popular untuk terajui negara,” katanya. - UTUSAN ONLINE -

    Bro, lu memang nujum pak belalang lah, terbaik..

    p/s 200,000 tu termasuk photoshop dalam 10 ke 12 kali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mati hidup balik aku tak akan pangkah dah UMNO ni selagi Najib ada. Gila ke apa nak pangkah ketua perompak.

      Delete
  9. Ali rustam? Dgn budak hingusan pun kalah dlm pru...ni kes nak bodek... Jgn terkejut jamal dilantik jd senator... Ni dah mengesahkan pm dibelakang ini semua...Perhimpunan nak selamatkan Najib..


    ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan budak hingusan.. Sam tidak lagi berhingus..dia hanya boroi..

      Delete
  10. ini goBLOGer kalau ngan kuning bukan main lagi....berselfie selfie lagi......

    ReplyDelete
  11. Tahniah di atas kejayaan penganjuran Baju Merah. Dapat mengumpulkan ramai kaum melayu. Walau bagaimana pun diatas kertas memang melayu menang..tetapi hakikatnya menang sorak kampung tergadai. Melayu masih lagi kurang didalam pelbagai aspek . Melayu masih lagi memerlukan tongkat berbanding kaum yang ramai dalam Baju Kuning. Baju kuning masih lagi menguasai pelbagai bidang termasuk ekonomi berbanding baju merah. Harap perhimpunan semalam dapat diterjemahkan dengan penguasaan baju merah didalam pelbagai bidang dan juga ekonomi.

    ReplyDelete
  12. Perhimpunan apa ni sebenarnya. Bukan Najib yang memerintah? Minta terus dari dia lah.

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah Himpunan Melayu Bersatu dah Selesai

    Harap Selepas ini Melayu akan lebih kuat dan Berjaya

    Tiada lg berlaku perkara berikut:
    1) Tanah rizab melayu tergadai kpd tauke cina
    2) Pengurusan tertinggi GLC dikuasai oleh golongan cina
    3) Sokongan dan bantuan beratus juta kpd sekolah cina. patut sekolah agama islam diutamakan dahulu
    4) Tender bumiputra yg di total sub kepada kontraktor cina

    dan yg paling penting ISA harus dikembalikan. Jika ISA tidak dikembalikan, maka NAJIB telah mengkianati penyatuan MELAYU dan harus ditukar...

    ReplyDelete