Lokasi : Padang Merbok, Kuala Lumpur
Acara : Himpunan Rakyat Bersatu
Tarikh : 16/9/2015
Tahniah kepada Ali Rustam dan PESAKA kerana berjaya menganjur perhimpunan Melayu seragam (berbaju merah) terbesar yang pernah saya hadiri dalam tempoh 17 tahun sejak kebangkitan REFORMASI... Selama ini Anwar Ibrahim saja yang mampu menarik lautan manusia pelbagai kaum.
Tahniah juga kepada Annuar Musa kerana berani memberitahu dan menggembirakan PM Najib Razak bahawa 250,000 orang menghadiri Himpunan Rakyat Bersatu ini (walaupun Padang Merbok sejak zaman REFORMASI hanya boleh memuatkan 50,000 orang sahaja)
Tahniah juga kepada kepada Jamal Md Yunos kerana berjaya menjadi nadi penggerak kepada perhimpunan ini walaupun berlainan slogan.
Tahniah juga kepada kumpulan Melayu berbaju merah yang berjaya menunjuk taring harimau Melayu di kawasan kommersial Jalan Petaling. Pasti nya peniaga-peniaga Cina rasis dan chauvanist berfahaman DAP kecut telor melihat kehebatan dan keberanian pendekar Melayu bertempur dengan pihak FRU selama hampir 2 jam.
Tahniah juga kepada PDRM kerana berjaya menghalang para demonstran berbaju merah dari memasuki kawasan Plaza Low Yatt dan seterusnya menghalang mereka dari menerjah masuk kedalam Petaling Street.
Tahniah ! Tahniah ! Tahniah ! Melayu sudah bangkit.... Hidup Melayu ! Hidup Melayu ! Hidup Melayu !
Tetapi......
BOTTOMLINE....matlamat Himpunan Rakyat Bersatu gagal dari segi jumlah peserta.. Walau sejuta orang UMNO atau penyokong UMNO berbaju merah yang berarak ala-ala demonstran BERSIH 4.0 sekalipun, kurang 50,000 orang sahaja yang berjaya hadir di Padang Merbok. Komposisi yang hadir pun hampir 100% Melayu, Mamak, Jawa dan seangkatan nya yang beragama Islam.. Mana perginya rakyat Malaysia berbangsa Cina dan India bukan Islam ? Bersatu kah rakyat Malaysia jika mereka tidak terlibat sama ?.. Tiada kah usaha untuk menarik mereka ? Atau mereka telah ditakut takutkan dengan pelbagai kenyataan yang berbaur ugutan dan ancaman
BOTTOMLINE .... Perkiraan kejayaan penganjuran hanya diambil kira di Padang Merbok. Sekiranya peserta tersasar ketempat lain untuk bershopping , makan atau bertempur dengan FRU, itu amat dikesali dan terpaksa diterima oleh penganjur bahawa mereka tidak termasuk dalam jumlah yang hadir di HIMPUNAN RAKYAT BERSATU.. Permit himpunan hanya untuk lokasi di Padang Merbok, bukan di Jalan Conlay, bukan di PWTC, bukan di Masjid Negara bukan di Masjid Wilayah dan bukan nya di Petaling Street.
Saya ulangi kenyataan saya yang terdahulu, mengapa tidak diusahakan hantar jumlah yang diperlukan untuk memenuhi Padang Merbok terus dengan bas dan selebihnya boleh lah berarak sekeling Kuala Lumpur kalau teringin sangat nak tiru apa yang BERSIH 4.0 sudah lakukan.
BOTTOMLINE .... Adakah penganjuran HIMPUNAN RAKYAT BERSATU ini meletakkan Melayu dan kerajaan yang disokong on a higher moral ground ?. Mereka kata BERSIH 4.0 salah, haram dan sebagai nya... Tetapi dengan perarakan provokasi melintasi kawasan perniagaan Bukit Bintang dan Petaling Street menunjukkan mereka tidak lebih daripada meniru apa yang BERSIH 4.0 buat.. Rupa-rupanya mereka ini mencemburi dan teringin sangat nak berarak seperti BERSIH 4.0. Apa kata sekiranya BERSIH 4.0 didaftarkan dan memohon untuk menganjur perhimpunan yang sama dan berarak ala-ala baju merah ? Dimana pihak berkuasa nak letak muka ?
Saya bukan bantah usaha menyatu dan membangkitkan semangat Melayu, tetapi usaha tersebut jangan lah seperti 'Mengata dulang paku serpih, mengata orang kita yang lebih' . Lain kali buat saja di Stadium Bukit Jalil. Bayang kan kalau seratus ribu peserta baju merah memenuhi stadium tersebut.
Penganjur sepatut nya bantu Melayu dan kerajaan membuktikan mereka lebih BAIK dan bukannya lebih HEBAT dari BERSIH 4.0.. Peluang sudah terlepas, banyak wang sudah dibelanjakan... hanya PM Najib Razak sahaja yang berjaya digembirakan. Tetapi kalau itu lah matlamat nya saya tutup entry in dengan ucapan TAHNIAH sekali lagi.
Ini kenyataan rasmi IPKL, bukan kenyataan saya
IPKL teah menghantar pembetulan selepas kenyataan diatas. Polis KL menganggarkan seramai 50,000 orang peserta menyertai perhimpunan secara keseluruhan nya. Jumlah awal yang diberi adalah untuk jumlah yang hadir di Padang Merbok sahaja
1
2
Bung Mokhtar dan rakan rakan |
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
Ini sudah melanggar syarat perhimpunan. Peserta tidak boleh membawa sebarang senjata. ini bukan malah dua, yang dapat dilihat. |
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
Mereka pun teringin bergaya dengan topeng Guy Fawkes, ala ala demonstran BERSIH |
29
Mereka pun teringin bergaya dengan topeng Guy Fawkes, ala ala demonstran BERSIH |
30
Taam PEKIDA |
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
Raja Komando komsisten dengan perjuangan beliau untuk ugama, melayu dan raja |
49
Yeayyyy ............ nak minta apa sebenarnya ni?
ReplyDeleteNajib ...l udah udah lah tu ..........
Kalau perhimpunan tu dgn slogan "kekal or sokong Najib" memang x kan ramai melayu dtg punye...ini atas nama melayu...lagi la pulak ada kes kt Low Yatt tu yg ramai skit...Najib x perlu amek kredit la yg dtg nie sokong dia...rakyat dh semakin lama semakin meluat tgk muka lu
ReplyDeleteSakit mata
ReplyDeleteT.kasih Tuan Blogger. Pandangan yang kritis dan membina. Harap2 pihak2 yg berkenaan ambil peduli pandangan2 sebegini. Saya pun ikut sama perarakan dari Jalan Conlay. Kecoh di Bukit Bintang. Sampai Padang Merbok rasa kecewa pasal tak penuh seperti saya harapkan. Hampa dan tertipu dengan tujuan sebenar perhimpunan. Bagaimanapun saya masih melayu dan bangga mengaku melayu.
ReplyDelete-Kasseem Selamat
sejak bila tuan blogger ni berani tegur kerajaan ? dah tak tertahan degan najib razak agak nya .. welkam to the world of reality..LOL
DeleteTerima Kasih En Kasseem atas perkongsian pengalaman. Jangan jadikan pengalaman ini pengalaman terakhir dalam perjuanagan saudara
DeleteBro, rasanya kau salah lah bro..
ReplyDeletecuba kau sendiri tengok diri kau dulu..kau sendiri tak boleh nak bergerak bebas waktu puncak antara pukul 3 petang iaitu 15.00 ke 4.00 petang 6.00.
Berapa ramai yang dok ada di tepi padang kerana panas matahari petang? di atas jalanraya penuh lah bro..
4.30 petang yg dok tengah padang dari jam 2.00 petang dah mula bergerak keluar drp padang.
itu tak masok yang dok ada kat Bukit Bintang.. Nak masok bukit bintang pon POLIS tak benarkan mereka lalu utk ke Padang Merbok..
Kih Kih Kih..
Kau ada rakaman ker ucapan NGO_NGO..
Ada ker dia orang sebut perhimpunan ini untuk DS Najib?
Kecuali Timbalan Menteri ada sebut UMNO..
Siapa yang berucap di atas dewan.. Atas dewan pon penuh, jurucakap suruh turun takut dewan pentas runtuh..
Kalau nak jadi Macai Mahathir, nak makan duit Haram duit Cina, Duit Curi, Duit Rasuah kau makan lah,
kau tulis lah apa yg kau suka... tapi kebenaran tetap kebenaran.
Saya tak nafi peserta memang ramai ...KALAU KAMU NAK KATA SEJUTA PUN SEJUTA LAH...ADA SAYA PERTIKAIKAN ???? Tapi yang saya tanya bagaimana nak benchmark kejayaan penganjuran. Penganjur mesti mampu deliver apa yang mereka janji untuk adakan, i.e HIMPUNAN RAKYAT BERSATU. PESAKA tidak menjanjikan jumlah, tapi NGO Melayu menjanjikan 300,000 orang berada di Padang Merbok. PESAKA kata semua rakyat Malaysia dijemput tak kira kaum tapi NGO Melayu insisted perhimpunan ini untuk KEBANGKITAN MARUAH MELAYU... disitu saja dah ada kekeliruan.. Ada saya bantah perhimpunan ini ??.. Yang saya tekankan cara perhimpunan ini diadakan supaya ianya tidak memakan diri. Jangan lah mengulangi perkara buruk yang BERSIH buat... Kita kata mereka haram tapi yang kita berarak menganggu perniagaan orang lain tanpa permit itu tak haram ke ...?? Permit perhimpunan hanya untuk perhimpunan di Padang Merbok...bukan untuk berarak dari Jalan Conlay, PWTC, Masjid Negara dan Masjid WP. Kalau betul tujuan untuk berhimpun di Padang Merbok, bas boleh hantar terus atau ke destinasi paling dekat dengan lokasi dan tak perlu panggil sampai 300,000 atau 1,000,000 orang turun kalau dah tahu Padang Merbok hanya boleh menampung 50,000.. Jangan salah sangka... haram tujuh keturunan kalau saya makan upah dari Tun Mahathir atau kuncu kuncu beliau untuk membuat liputan ini atau liputan liputan lain yang tak berkenaan dengan beliau. Harap maklum. Kalau kamu fitnah saya maka saya tak halalkan apa saja keuntungan dari segi kewangan atua pengaruh yang kamu dapat dari sepatah ayat yang kamu fitnah keatas saya selama tujuh keturunan.. amacam ??... Kamu tahu kau siapa walaupun anonymous.
DeleteWahai anon 15:58 pemakan dedak bercampor taik ayam. PDRM bodoh sangat ke atau mereka tak mau bersekongkol dengan penganjur ? PDRM letak jumlah maksima 50,000 saja. Kami rakyat Malaysia sebulat suara menerima angka tsbt
Delete-jinn bukit aman
Mantap jawapan saudara Jinggo. Teruskan. Saya selalu ke blog Tuan, tak pulak nampak bias.
DeleteKlu tuan empunya blog nak sokong mana2 pihak itu hak dia lah. Hang tak suka toksah dtg sini.
Salute Minaq Jinggo.
Salam,
Hanis Hayati
Kih kih kih nampak gayanya Dato' Tajuddin, Ketua Polis KL lah yang menipu. Kecewa sungguh pencacai 15:58. Buat laporan Polis la mangkok.
DeleteKetua Polis KL tak lama lagi akan ditukar ke Jabatan PM atau diturunkan pangkat kerana gagal bersekongkol dgn penganjur.
DeleteTerima Kasih Hanis Hayati 17:51 atas sokongan sdri. Sila sila lah selalu berkunjung kesini..
DeleteMELAYU RAMAI2 BERHIMPUN TU DAH SANGAT BAGUS TANDA BOLEH BERSATU. NI CARA MENUNJUKAN MELAYU MASIH WUJUD KAT MALAYSIA DAN ADA POWER. TAHNIAH MELAYU GENG MERAH.
ReplyDeleteLah, Umno masih memerintah. Power lah tu. Habis abende yg terguris maruah melayu nak berhimpun tebus maruah melayu??? No wonder lah takde sambutan orang ramai. Konpius.
DeleteBuang masa, hidu jerebu.
Hanis Hayati
Yang jelas... kaum cina bijak mengambil kesempatan dengan perselisihan kita sesama kita. Mca, gerakan ade tak mengutuk dan memperlekehkan dan merendah2kan kaum mereka yg berhimpun menyokong perhimpunan yg dihadiri pemimpin dap yg pernah memijak foto pemimpin kita? Mereka mendiamkan diri... kita pula mempersendakan mereka bangsa kita yg berhimpun kerana perbezaan politik dan pendapat.
ReplyDeletePERHIMPUNAN YG TIDAK MEMBERI FAEDAH....MANA PENGIKUT 3 JUTA YG DIKATAKAN MENYOKONG DIBELAKANG NAJIB....50,000 PESERTA SAJA !!!!!!!! A TOTAL FAILURE....MEMALUKAN BANGSA MELAYU SENDIRI...........TAHNIAH JINGGO FOR A GOOD WRITE UP...AND A SOLID POINT.........
ReplyDeleteTerima Kasih anon 01:34..
DeleteKalau najib begitu yakin ahli umno dn rakyat menyokong dia. Jangan tangguhkan pemilihan umno 2016. Persoalannya, berani ke
ReplyDelete