Showing posts with label ku li. Show all posts
Showing posts with label ku li. Show all posts

Saturday, 9 October 2021

Amanat terbaru Dr Mahathir untuk umat Melayu dan mesej kepada Ku Li mengenai hasrat beliau untuk tubuhkan UMNO Baru

 Acara : Pelepasan konvoi Misi Jelajah Prihatin dan Bantuan PEJUANG WP ke 12 kawasan Parlimen dalam Wilayah Persekutuan 

Lokasi : Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya

Tarikh : 9/10/2021


Ringkasan :

Min 0:50 - Ucapan oleh Khairuddin Abu Hassan, Ketua PEJUANG WP
Min 3:30 - Ucapan oleh Marzuki Yahya - Timbalan Presiden PEJUANG
Min 7:21 Ucapan oleh Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi PEJUANG
Min 14:50 - Pelepasan konvoi
Min 15:25 - PC Dr Mahathir - komen beliau mengenai ura ura Ku Li nak tubuh UMNO baru
Min 19:33 - Interbiu Marzuki Yahya


__________________________________________________________________________________________________________

1

2
3
4
5
6
7
8
9
10

Friday, 18 June 2021

YDPA & PM8 langgar sumpah jawatan jika "AS SOON AS POSSIBLE" disalah tafsir

KOMEN Y.B.M. TENGKU RAZALEIGH HAMZAH

AHLI PARLIMEN GUA MUSANG

“As soon as possible”

Banyak pihak memberi pelbagai tafsiran kepada ungkapan ini. Ada yang berkata dalam Bahasa Inggeris, it means “it is like yesterday” atau “semalam”. 

Tengku Razaleigh menambah:

Perdana Menteri tidak boleh menasihat Yang di-Pertuan Agong melanggar Perkara 55 Perlembagaan sebab Yang di-Pertuan Agong, di bawah Perkara 55 itu,  bertanggungjawab  memanggil Parlimen dalam masa 6 bulan daripada tarikh akhir persidangan Parlimen yang lepas. Jika tidak, Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri telah melanggar Perlembagaan dan sumpah jawatan.

17 June 2021

6 Zulqaedah 1442

Wednesday, 16 June 2021

Kegelisahan dan kekecewaan rakyat memerlukan camputangan YDPA dan Majlis Raja -Raja Melayu




KENYATAAN AKHBAR 

Y.B.M TENGKU RAZALEIGH HAMZAH

AHLI PARLIMEN GUA MUSANG


KEADAAN NEGARA DI MASA KINI


1. Rakyat Malaysia terutamanya mereka yang miskin kini berada dalam keadaan terdesak dan kecewa. Mereka ketakutan terhadap perkara yang tidak dapat dikenalpasti dan curiga mengenai keadaan keselamatan diri. Mereka amat tertekan oleh kegelisahan mengenai masa depan.


2. Yang dianggap musuh tidak kelihatan dan ini menimbulkan kebimbangan. Ia mampu bertindak lebih bijak dan ini seolah-olah perjuangan melawan kuasa ghaib. Keadaan biasa tidak lagi wujud. Apa yang dapat diharap pada masa depan bergantung kepada sama ada kepimpinan negara dapat membawa perubahan.


3. Kepimpinan negara masa kini amat penting kesannya terhadap cara hidup rakyat. Sesungguhnya kita berada di dalam keadaan serba salah. Persoalan yang timbul adalah apakah negara ini dapat meneruskan kedudukannya sepertimana keadaan terdahulu. Kepimpinan seperti yang terdapat di masa lampau kini tidak relevan lagi. Di samping itu ia tidak dapat menangani berbagai masalah berkaitan dengan ekonomi yang dihadapi serentak termasuklah masalah pengangguran tinggi, kehilangan pendapatan dan kewangan semakin kurang untuk membiayai, sebagai contoh, makanan dan kesihatan.


4. Keadaan sebegini tidak pernah berlaku di masa-masa lampau. Pada masa dahulu keadaannya tidak serumit kini dan orang ramai lebih optimis. Kini mereka tidak lagi begitu.


5. Perlembagaan dan institusi-institusi negara tidak terbentuk untuk meghadapi keadaan yang sedang melanda kita. Sama ada institusi-institusi kenegaraan kita dapat menangani keadaan ini adalah suatu keraguan oleh kerana mutu kepimpinan pada masa kini menjadi tanda tanya.


6. Terdapat tiga kekurangan Dewan Rakyat, yang ditauliahkan oleh perlembagaan sebagai penentu muktamad untuk memilih Perdana Menteri daripada kalangan Wakil Rakyat, iaitu:

a) Ia tidak berfungsi secara menyeluruh oleh kerana sebahagian daripada Wakil Rakyat mempunyai kepentingan kewangan (sama ada secara terbuka atau pun secara senyap) dan hilang kelayakan mengikut Akta Majlis Parlimen (Kestimewaan dan Kuasa) 1952.

b) Dewan Rakyat kini dalam keadaan tergantung dan tiada pihak mempunyai majoriti untuk membuat keputusan.

c) Juga terdapat ahli-ahli yang tidak menepati peruntukan perlembagaan berkaitan dengan pemilihan mereka dan ini merupakan penipuan terhadap perlembagaan. Tidak terdapat peruntukan di dalam pelembagaan atau mana-mana undang-undang untuk menyelesaikan masalah ini. 


7. Kini perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat mengenai keadaan semasa semakin tebal, walau pun ia tidak disuarakan oleh mereka. Gelombang sepi ini mencerminkan kehilangan keyakinan oleh rakyat terhadap pemimpin mereka. Kita tidak harus membenarkan keadaan ini membiak.  


8. Maka itu, Raja-Raja Melayu bertanggungjawab untuk memainkan Peranan Keperlembagaan yang dianggap penting ketika negara berada dalam keadaan genting ini. Peranan ini timbul selaras dengan Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong di hadapan Raja-Raja Melayu yang memilih baginda mewakili Majlis Raja-Raja Melayu. Peranan ini wujud selaras dengan Sumpah Jawatan itu.


9. Tanggungjawab ini memerlukan pemilihan seorang pemimpin tanpa kepentingan peribadi, parti politik mahu pun pertimbangan peribadi. Pemimpin tersebut semestinya mempunyai kemampuan, keupayaan, visi dan pemahaman mendalam mengenai keadaan semasa demi memimpin kerajaan yang mampu membantu kita mengatasi keadaan teruk yang melanda rakyat sekarang. 


10. Sekarang ini kita menghadapi krisis bertubi-tubi yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Sistem ekonomi kita merudum. Di samping itu, kita mengalami krisis berkaitan dengan keperluan asas seperti bekalan makanan, keadaann kesihatan dan isu keselamatan. Kita ada dua pilihan, sama ada hadapinya dan selesai kesemua masalah atau menempuhi kegagalan. Sedia maklum bahawa kepimpinan mempunyai hubung kait rapat dengan kemajuan negara dan kehidupan rakyat yang baik. Lipatan sejarah banyak merakam kegagalan kepimpinan. Kita tidak harus beri peluang kepada kegagalan.


15th June 2021

4th Zulqaedah, 1442

Saturday, 16 June 2018

Ku Li akhirnya umum menawarkan diri sebagai calon Presiden UMNO

Acara : Sidang media Ku Li umum tanding kerusi Presiden UMNO

Lokasi ; Kediaman Ku Li di Langgak Golf, Kuala Lumpur

Tarikh : 16/6/2018 @ 2.00 pm


Video 1 -

UMNO memerlukan pemimpin matang politik

Tagline - Ikhlaskan Jiwa Martabatkan Maruah

Ikuti rakaman sidang media ini sepenuh nya untuk memahami aspirasi calon Presiden dari Gua Musang .




Video 2 - Contoh berpolitik matang yang ditunjuk oleh Johari Abdul Ghani, Ketua Bahagian UMNO Titiwangsa. Kerajaan Pakatan Harapan perlu dihormati dan diberi ruang untuk melakukan kerja bina semula Malaysia demi rakyat





**********************************************************************************************************************************

1
 2
 4
5
 6


Wednesday, 30 March 2016

Sidang media Ku Li ramai yang keliru isu

Acara : Sidang media Tengku Razaleigh Hamzah

Lokasi : Kediaman Ku Li @ Jalan Langgak Golf, KL

Tarikh: 29 /3/2016


Video 1 - Ini rakaman penuh sidang media Tengku Razaleigh.. Saya hanya terlepas 4-5 minit permulaan sidang media. Sidang media ini dibuat khusus untuk menjawab isu deklarasi menyokong Najib Razak oleh Ahli Parlimen Kelantan yang dibuat dalam satu pertemuan dengan Najib di Parlimen minggu lepas. Yang menjadi isu ialah kenyataan Ku Li bahawa beliau hanya menandatangani Attendance Sheet dan bukan nya sebarang dokumen deklarasi. Hari ini beliau mendakwa hanya mengetahui mengenai dokumen deklarasi yang beliau telah tandatangani, pada hari Isnin. 

Beberapa orang kenalan wartawan telah menalipon saya untuk mendapat kepastian apa isu sebenar  yang Ku Li bawa kerana sidang media meleret leret dengan isu sampingan seperti tawaran jawatan TPM2 untuk menjaga hal ehwal ekonomi negara dan sebagainya. Banyak juga soalan yang berulang ulang mengenai perkara yang sama. 

Rakaman ini saya tujukan khas kepada rakan-rakan media yang tak sempat hadir atau pun yang telah hadir tetapi tidak mempunyai rakaman yang jelas.





1
 2
 3
 4
5
 6
 7


Thursday, 31 December 2015

Jadi lah pewaris kerajaan yang bijaksana, jangan dok salahkan yang lama

Lokasi : Kelab Sultan Sulaiman, Kg Bharu, KL


Tarikh : 29/12/2015



Ini respon dari Ku Li yang pernah berada dalam cabinet Tun M satu ketika dahulu, mengenai kenyataan TPM Zahid Hamidi yang menyalahkan perjanjian berat sebelah dalam pelbagai projek ketika zaman Tun Dr Mahathir dahulu (isu ERL).

BOTTOMLINE - Jadilah pewaris pemerintah atau kerajaan yang bijaksana dan berupaya menangani apa saja permasalahan yang timbul dari keputusan yang dibuat oleh kerajaan BN terdahulu. Bak kata Ku Li .. kita kena ikut dan menyesuaikan diri dan keadaan semasa walaupun perjanjian asal dibuat dari zaman Nabi Ibrahim sekalipun....





Wednesday, 30 December 2015

PERKASA lancar Tabung Kemanusiaan Pelajar Melayu Mesir

Lokasi : Kelab Sultan Sulaiman, Kg Bharu, KL

Acara : Majlis Pelancaran Tabung Kemanusiaan Pelajar Melayu Mesir

Tarikh : 29/12/2015



Video 1 - Penerangan mengenai keadaan semasa pelajar Melayu di Mesir disampaikan oleh Presiden Kelab PERKASA Mesir, Abdul Munir Mohd Noor, pelajar tahun kedua jurusan Islamic Science di Universiti Al-Azhar, Mesir


Video 2 - PERKASA mungkin akan menimbangkan cadangan ramai cerdik pandai untuk mnegheret kerajaan Malaysia ke Mahkamah sekiranya isu biasiswa dan pembiayaan pelajar keluar Negara ini berpanjangan dan tidak diberi perhatian untuk penyelesaian



1
Bekas KM Sabah, Dato Seri Osu Haji Sukam turut hadir sama.
 2
 3
Lagu Negaraku & PERKASA
 4
Dr Amini Amir Abdullah, Pengerusi Biro Hal Ehwal Agama PERKASA membacakan doa
 5
Dato' Seri Haji Salleh, Pengerusi Biro Pendidikan PERKASAn dengan ucapan aluan
 6
 7
Abdul Muin Mohd Noor, Presiden Kelab PERKASA Mesir
 8
Dato Ibrahim Ali, Presiden PERKASA
 9
Gimik pelancaran Tabung Kemanusiaan Pelajar Melayu Mesir oleh Tengku Razaleigh Hamzah, MP Gua Musang dan mantan Menteri Kewangan Malaysia
 10
Gimik pelancaran Tabung Kemanusiaan Pelajar Melayu Mesir oleh Tengku Razaleigh Hamzah, MP Gua Musang dan mantan Menteri Kewangan Malaysia

Tuesday, 13 October 2015

(FULL & UNCENSORED) Sidang media Tun Mahathir dan Rakan-Rakan

Lokasi : Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya

Acara : Sidang media khas mengenai salahguna SOSMA keatas Khairuddin dan Mathias

Tarikh : 12/10/2015


Rakaman penuh sidang media bersama Tun Dr Mahathir, DS Shafie Apdal, TS Muhyiddin Yassin, Tengku Razaleigh, TS Sanusi Junid dan DS Ong Tee Keat.


Dari kanan - DS Shafie Apdal, TS Muhyiddin Yassin, Tun Dr Mahathir, Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sr Sanusi Junid dan DS Ong Tee Keat



Monday, 12 October 2015

Tun Dr Mahathir mula bergerak berpasukan menentang Najib Razak #noturningback

Lokasi : Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya

Acara : Sidang media khas mengenai salahguna SOSMA keatas Khairuddin dan Mathias

Tarikh : 12/10/2015


KENYATAAN MEDIA BERSAMA

Penahanan peguam Matthias Chang dan sebelum ini anak guamnya Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA 2012, adalah satu penyalahgunaan kuasa serta tindakan terdesak untuk mendiamkan pengkritik. Penggunaan SOSMA untuk menahan kedua-dua individu ini juga adalah bertentangan dengan semangat dan tujuan Akta ini diluluskan oleh Parlimen. 

Amatlah malang bagi rakyat Malaysia apabila tindakan tersebut diambil oleh pihak berkuasa, mesej yang sampai kepada rakyat ialah apabila seseorang melaporkan berlaku kesalahan, orang yang membuat laporan akan ditangkap.

Pada akal yang sihat, tindakan ini juga memperlihatkan apabila ada pihak yang didakwa melakukan kesalahan dan apabila laporan dibuat terhadapnya, apa jua peruntukan undang-undang yang ada akan digunakan untuk menutup kesalahan pihak yang didakwa. 

Tidakkah amat memalukan apabila seseorang yang dituduh melakukan kesalahan tidak berusaha membuktikan kebenaran ataupun “his innocence” tetapi sebaliknya orang yang melaporkan kesalahan ditahan. 

Oleh kerana tidak ada undang-undang yang dapat digunakan untuk menahan dan menangkap orang yang membuat laporan, maka digunakan satu undang-undang yang digubal untuk tujuan memelihara keselamatan negara dan ketenteraman awam serta memperuntukkan satu hukuman yang berat untuk membuat tahanan dan tangkapan. 

SOSMA yang diperbuat menurut Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan adalah khusus untuk menghalang sebarang tindakan atau ancaman oleh sekumpulan besar orang di dalam dan di luar Malaysia: 

1. untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu; 

2. untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong; 

3. yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya; 

atau 

4. untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang. 

Matthias Chang adalah peguam yang mengiringi Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membuat laporan mengenai dakwaan salahlaku 1MDB kepada pihak-pihak berkuasa di dalam dan di luar Malaysia. Tindakan ini tidak bercanggah dengan undang-undang mana-mana negara dan tidak boleh dianggap sebagai suatu ancaman kepada ketenteraman dan keselamatan awam yang dilindungi oleh SOSMA. 

Malahan laporan-laporan yang dibuat oleh Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan adalah mengikut lunas-lunas demokrasi serta hak yang dijamin oleh mana-mana negara yang mengamalkan sistem demokrasi. 

Justeru, kami menegaskan bahawa penahanan Matthias Chang dan Khairuddin Abu Hassan di bawah SOSMA adalah satu bentuk penyalahgunaan proses undang-undang oleh pihak berkuasa yang jelas bercanggah dengan tujuan undang-undang ini diluluskan oleh Parlimen. 

Ia menyekat hak dan kebebasan individu untuk mengambil suatu tindakan yang sah dalam sebuah negara yang menjunjung keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. 

Apatah lagi, YAB Perdana Menteri sendiri ketika membentangkan Rang Undang-Undang SOSMA 2012 di Dewan Rakyat pada 16 April 2012 memberikan jaminan bahawa setiap individu “bebas menyuarakan pendapat, mengkritik, menyokong, berbeza pandangan, bersiasah mahupun menganggotai apa-apa pertubuhan”. Malahan, beliau berjanji “tidak ada sesiapa akan dihukum hanya kerana menjalankan hak-hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang negara”. 

Berdasarkan janji ini, maka kedua-kedua warganegara ini mestilah dibebaskan serta-merta dan pihak berkuasa memberikan jaminan bahawa tiada sesiapa lagi akan ditahan di bawah SOSMA hanya kerana menyatakan pandangan, pendapat dan kritikan serta mengambil apa-apa tindakan yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara. 

YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad 
YABhg Tun Ling Liong Sik 
YB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Hj Mohd Yassin 
YB Datuk Seri Shafie Apdal YBM Tengku Razaleigh Hamzah 
YBhg Tan Sri Ong Tee Keat 
YBhg Tan Sri Sanusi Junid

1
Ku Li & Anina
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
Tengku Razaleigh Hamzah, Mantan Menteri Kewangan
 9
 10

Tuesday, 26 May 2015

Pakatan Rakyat terlalu lemah untuk ambil kesempatan keatas Najib

Lokasi : Auditorium Dewan Sivik MPPJ, P.Jaya, Selangor

Acara : Forum "Mencari Pemimpin Baru Malaysia" - anjuran NASIONALIS.my

Tarikh : 23/5/2015



Ikuti luahan kekcewaan dari mantan MB Selangor, Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib yang kini menjadi ahli PAS mengenai keadaan semasa dalam PAS dan Pakatan Rakyat.  



Terdahulu semasa forum "Mencari Pemimpin Baru Malaysia" nama Ku Li telah diwar-warkan sebagai salah satu nama yang mungkin diketengahkan sebagai calon kerana beliau orang UMNO dan mempunyai pengalaman yang luas sebagai bekas Menteri. Ini hanya akan berlaku sekiranya UMNO / BN masih boleh mengekalkan kerusi majoriti di Parlimen. Namun sekiranya terjadi kerajaan perpaduan, calon lain akan dipertimbangkan.

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10