Sunday 1 November 2015

Pengkritik 1MDB wajib tonton penerangan khas Arul Kanda

Lokasi : The Royale Chulan, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media dan penerangan khas oleh Presiden 1MDB, Arul Kanda

Tarikh : 31/10/2015



Sidang media dan sesi penerangan khas oleh Presiden 1MDB, Arul Kanda bagi menjelaskan perjalanan 1MDB dan usaha yang telah beliau lakukan untuk membaik pulih kewangan syarikat milik kerajaan tersebut sejak mengambil alih pengurusan pada bulan Januari 2015.

Arul Kanda akui 1MDB terlebih hutang (highly geared) tetapi memberi alasan bahawa ianya bertujuan untuk membolehkan kerajaan menggunakan dana kerajaan untuk membiayai projek-projek kerajaan yang lain

Arul Kanda juga menyatakan kesediaan untuk berdebat dan bersemuka Tony Pua secara live di televisyen dan menarik balik syarat untuk Tony Pua melepaskan jawatan beliau dalam PAC.

Kepada pengkrtitik, pemerhati dan pengkaji 1MDB, luangkan lah masa dan tonton sepenuhnya rakaman penerangan dwi-bahasa oleh Arul Kanda yang berdurasi hampir 33 minit ini sebagai input yang yang penting.


1
2
3
4
5


21 comments:

  1. Sudah terlambat. Persepsi rakyat Malaysia sudah tidak memihak kepada Najib dan kerajaan yang dipimpin beliau. Sekarang tunggu hari pembalasan sahaja.

    ReplyDelete
  2. his voice sounds like najib...seriously... adik beradik ka? :D

    ReplyDelete
  3. Najib will be dead without this baldy.

    ReplyDelete
  4. Hoi botak salahkan diri sendiri jangan salahkan Tun Mahathir. Kenapa lama sangat nak menjawab ? Kalau jawab awal sudah pasti soalan Tun Mahathir tidak relevan lagi. Bodoh macam boss kamu juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama nak menjawab? Pasti mamat sekor ni tak pernah baca wawancara Arul dalam The Edge, Malaysiakini, malaysia insider sebelum ini...

      Nak tanya orang tua nyanyuk tu, dia hanya bersumberkan Sarawak Report... suruh bagi bukti.. tarak la bro.

      Kalau ade bukti dah lama orang tua nyanyuk tu buat laporan polis. Pikir guna otak la..

      Delete
    2. 1 Lambat jawab isu 1mdb yang menyebabkan rakyat pangkah pembangkang nanti.

      2. Dah lambat jawab, pastu bagi jawapan menyeleweng tak ikut soalan.

      3.dan kesan nya? Hari ini, Rakyat terpaksa bayar hutang 1mdb berpuluh puluh tahun melalui pelbagai cukai2 dikenakan terhadap rakyat.

      Inilah kezaliman rejim najib!

      Delete
    3. bila gunakan perkataan "mamat", "nyanyuk"...ketara sangatlah betapa dangkalnya pengulas...

      Delete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nek Tempoyak or who ever you are . Ubah sikap dan bahasa baru komen anda dibenarkan disini.

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    3. Pergi menganjing kat tempat lain lah Nek Tempoyak or whoever you are , ini blog aku dan aku share maklumat untuk mereka mereka yang memerlukan data untuk berdebat, berhujah atau simply to mengkaji isu 1MDB. Kalau nak menyalak dan menggunakan bahasa kesat ko pergi ke tempat laina saja lah untuk melepaskan geram...

      Delete
  6. What business model when....

    1- With only 1 Million capital and you go about HUTANG-spree 42,000 times the paid-up capital?
    2- KWAP forwarded 4 Billion via SRC (1MDB's subsidiary initially) guaranteed by the GOVERNMENT?
    3- 1MDB accummulated DEBT up 42 Billion (more now with RM depreciation stands at US$1 = 4.3 RM)
    4- Regardless 1MDB's assets value, its QUESTIONABLE as HUGE CHUNK of LAND PARCEL is pretty much a 'HANDOUT'! Assets of certain PP is laden with further DEBT in Billion of $$$?
    5- 1MDB investing in BRAZEN SKY (Cayman 1MDB's Subs with no further detail of ROI potential?) 6.1 Billion but at a cost of 11% cost of finance?
    6- That Arul said proudly 1MDB paid its due ie. Loan Principal & Interest timely and diligently??? AK forwarded 2 Billion and Government lend 950 Million 'STANDBY CREDIT' just couple months back only to save 1MDB from default payment, what was that all about, spinning web-of-lies again???
    7- That Arul was so busy with overseas schedule that the first PAC 'call-up' was made pawned and look so stupid that you can later met-up with some 'Fifty-Shades-of-Grey' hair person chatting away or just chilling???
    8- That a drummed-up Nothing2Hide intended for the PM to explain to the people but made a circus by reason/s of SECURITY THREAT???
    9- The list can go on throughout......

    Bro Jinggo, thank you for uploading the video, but the damaged has been done and the damage-control Arul is having the guts now to finally come out is what, after some 'SPRING-CLEANING' done? What integrity Arul or the Finance Minister or the PM now have to eliminate the stinking smell that 1MDB and the 2.6 Billion DONARUPTION had caused to the reputation of Malaysia and its people? Especially when even the PM now newfound 'COURAGE' to answer in parliament that Suboh and Nik Faisal of SRC is"....preparing themselves in order to 'co-operate' with MACC..." and its being plan for meeting overseas? Why did these 2 STOOGES left the country in the first place??? SRC run by GHOST Management???

    Oh, people and readers, go read Wan Ahmad Faysal, JMD, SatD, Dinmerican, Dinturtle among others if not Malaysiakini or Malaymail or Sarawak Report or WSJ only to broaden your thoughts and be fair in your judgement/s!

    Better still go read 1MDB's past audit-report or read audited financial statements and read widely investigative journalism that is available widely so that we do not need to go tit-for-tat in going back-and-forth trying to prove a point in making your case whether Najib has really made the country better or otherwise? By GE14 Najib can take his bugis-sail and sail into the sunset and settle somewhere 'peaceful' and still live in luxury, WHAT ABOUT THE RAKYAT and THE COUNTRY??? Worst, malay and muslims and bumiputeras will still have a place you can call home??? And, the fate of FUTURE GENERATIONS???

    Rakyat sudah banyak bising dengan 'orang atas' di UMNO tapi masih buat pekak-badak, so kalau nanti disumpah-seranah dan dicaci-maki kalau tidak masih hidup tapi di atas pusara UMNO sekelian, maka salahkan lah sendiri, jangan salahkan TAKDIR!

    Ikhlas

    Melayu merantau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Melayu Merantau, merata saya merayau di Malaysia dan maklum balas yang saya terima sama saja... BN / UMNO akan menerima kesan buruk dari kemelut 1MDB ini. Tiada ketelusan menjadi isu utama rakyat Malaysia termasuklah dari kalangan ahli UMNO sendiri yang menjadikan mereka yakin segala penyiasatan adalah untuk tujuan COVERUPs sahaja.

      Delete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  8. Masa mula2 PAC panggil dulu kenapa tak datang? Bagi alasan macam2. Skang ni bile PAC dah "ditukarkan" oleh boss Ah Jib Gor, barula berani nak muncul siap gertak2 lak kat si TONY PUAka. Kalo Nur Jazlan handle PAC dulu bukan main susah nak jumpa sbb boss Ah Jib Gor tau Nur Jazlan ni sama tegas mcm arwah ayahnya, Tok Mat.
    Saya rasa nak salahkan si Arul 100% pun tak guna juga sbb dia hanya "pelakon yg mengikut watak"nya saja. Si "pengarah, penulis skrip dan penerbit" yg sepatutnya ke depan dari dulu lg tapi tak mahu sbb sudah tahu kelemahan diri masing2 bila disoal bertali arus. Sbb tu mula2 cakap 'cash' tapi kemudian bertukar jadi 'just unit' pula yg sampai skang ni takde penjelasan yg munasabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arul Kanda berkata ia adalah mesyuarat lembaga pengarah 1MDB pertama yang beliau hadiri, yang diadakan genap seminggu selepas beliau menyertai syarikat itu pada 5 Januari 2015.

      Pada mesyuarat itu, beliau mengakui bahawa beliau menyatakan kepada lembaga pengarah, berdasarkan pemahaman beliau tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku sebelum beliau, bahawa penebusan unit dana dibuat secara tunai bagi sejumlah
      US$940 juta.

      Bagaimanapun, apabila siasatan lanjut dan pengesahan, adalah jelas bahawa ini adalah salah faham, yang kemudiannya beliau jelaskan kepada lembaga pengarah dan Kementerian Kewangan.

      Penjelasan ini jelas dicatatkan dalam minit mesyuarat lembaga pengarah berikutnya dan boleh disahkan, katanya.

      "Pada 13 Januari, 2015, saya mengesahkan melalui satu kenyataan media bahawa baki US$1.11 bilion telah ditebus, sepenuhnya. Malangnya, tidak dibuat secara jelas, adalah bahawa penebusan berlaku sebahagiannya secara tunai dan sebahagiannya melalui jualan unit dana, dengan bayaran tunai tertangguh.

      Beliau berkata perbezaan yang penting inilah yang menyebabkan salah tafsir kenyataan beliau, pertama dalam satu wawancara media pada 9 Februari 2015 dan kemudiannya oleh Kementerian Kewangan, dalam jawapan di Parlimen pada 12 Mac,
      2015.

      "Saya telah menerangkan secara terperinci mengenai urutan peristiwa kepada Jabatan Audit Negara dan kepada juruaudit 1MDB, Deloitte, sebagai sebahagian daripada kajian terperinci dan profesional mereka bagi transaksi 1MDB sebelumnya.

      "Selain itu, saya dengan secara terbuka mengambil tanggungjawab penuh bagi salah faham mengenai perkara ini," katanya

      Delete
    2. Hanya PAC sahaja je ade kuasa untuk beri kata putus bahawa 1MDB ni salah atau tidak? Agensi lain dalam Pasukan Penyiasat Khas takde kuasa ke? Atau mereka hanya mengikut telunjuk orang tertentu sahaja?

      Delete
  9. salam,
    apa khabar encik jinggo. saya kurang memahami kes 1mdb ini. adakah 1mdb ini persyarikatan malaysia atau satu pelaburan peribadi? tetapi satu kenyataan yang di keluarkan oleh orang yang berpengalaman, jika kes ini tidak di tangani secara cepat iaitu dengan perletakan jawatan dato seri najib, maka orang ramai akan menanggung beban hutang yang mana tidak mampu di bayar utk beberapa generasi akan datang. terus terang , saya amat takut dengan kenyataan ini. terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W.salam...alhamdulillah saya sihat sentiasa. YA 1MDB milik penuh kerajaan Malaysia dan YA jumlah hutang nya kalau tidak dapat dilangsaikan akan terpaksa ditanggung oleh kerajaan Malaysia yang menjamin pinjaman yang perolehi 1MDB dari konsortium bank tempatan dan luar negara. Rakyat Malaysia pastinya akan terkesan kerana kerajaan terpaksa memikirkan cara mendapatkan hasil bagi membayar tanggungan hutang 1MDB. Penjualan assets 1MDB adalah salah satu cara yang telah dikenalpasti oleh pihak pengurusan 1MDB. Ini melalui self-liquidation assets yang belum mendatangkan operating income bagi 1MDB. Tugas Arul Kanda nampak gayanya lebih menjurus kepada penjualan assets kerana untuk memulakan operasi atau sebarang projek akan memerlukan suntikan dana yang mana 1MDB tidak mampu buat ketika ini. Sama-samalah kita berdoa , tunggu dan lihat kejayaan skim menyelamat kerajaan Malaysia dengan kebijaksanaan pengurusan 1MDB. Akhir sekali TIDAK BENAR perletakan jawatan oleh Dato Seri Najib akan menyelamatkan kita dari menanggung beban hutang 1MDB. Hutang sudah pun diperolehi dan wang sudah dibelanjakan....rakyat Malaysia perlu beri dia masa untuk memperbetulkan keadaan kerana jika dia letak jawatan pun hutang tersebut masih lagi tertanggung oleh kerajaan Malaysia walau siapapun yang mengambil alih. 1MDB menjadi beban kepada sesiapa saja yang mengambil alih sebagai Perdana Menteri dan ianya bukan tertanggung personally by Najib Razak as an individual... kecuali lah ada Pak Sanggup yang sanggup mengambil alih sebagai Perdana Menteri.

      Delete
  10. salam. jika begitu, saya ingin bertanya...adakah dato seri najib sebagai orang yang profesional sanggup mengakui kesilapan yang telah di lakukan dan memberi keyakinan kepada kita semua yang dia sanggup memperbaiki keadaan tunggang langgang ini. a jika dia sanggup apakah langkah langkah yang dia bakal ambil utk menangani kemelut hutang 1mdb ini dan siapakah yang bakal membantunya menghadapi semua ini. jangan beritahu saya, yang dia berani lagi utk memegang jawatan menteri kewangan sedangkan dia gagal menjalankan tugas menjaga ekonomi selama ini. sudah waktunya dia duduk semeja dan merendah diri kepada orang orang yang berpengalaman bertanya dan bersedia menerima segala saranan orang orang lama. maaf saya agak keterlaluan merendahkan keredibiliti dato seri najib sebagai menteri kewangan. tetapi itulah kenyataan pahit yang dia perlu terima. terima kasih.

    ReplyDelete