Monday, 7 December 2015

Prasarana dibawah PPR diberi perhatian penuh KWP / DBKL

Lokasi : PPR Kg Muhibbah, Puchong, Kuala Lumpur

Acara : Majlis Perasmian Surau dan Pusat Penjaja PPR Kg Muhibbah

Tarikh : 5/12/2015


Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU) JPM dan MAIWP relah memberikan peruntukan sebanyak RM1.12 juta bagi pembangunan surau dan sebanyak RM2.57 juta pula bagi pusat penjaja PPR Kg. Muhibbah. Surau ini dilengkapi dengan ruang wuduk dan tandas yang selesa, pejabat, pantry, stor, bilik jenazah, tempat letak kereta dan motorsikal serta kenderaan jenazah. Ruang solat pula boleh memuatkan seramai 300 orang Jemaah pada satu-satu masa. Surau ini juga akan dinaiktaraf kepada surau Jumaat bagi memudahkan penduduk Kg.Muhibbah menunaikan Solat Jumaat bagi menampung pertambahan Jemaah.

Pusat Penjaja Muhibbah yang mempunyai 24 unit gerai berukuran 116.25 kaki persegi, ruang makan berukuran 6,813.02 kaki persegi dan meja makan sebanyak 46 unit yang boleh menampung 276 orang pengunjung pada satu-satu masa. Selain daripada itu, pusat penjaja ini juga dilengkapi dengan pejabat, bilik persalinan, stor, rumah sampah dan 18 unit parkir kereta dan 8 parkir motorsikal termasuk bagi golongan OKU. 11 penjaja yang masih berniaga di pinggir kawasan PPR Muhibbah seperti perniagaan gunting rambut, kedai runcit, stor masakan dan barang basah akan diberi penempatan semula yang lebih sesuai secara berperingkat supaya premis-premis perniagaan kecil ini dapat disusun dengan lebih terancang.



1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11




3 comments:

  1. salam.
    orang terdekat saya sudah balik bersantai di jakarta dengan membawa oleh oleh berupa tudung gaya wardina sebanyak lebih 10 helai. bukan apa dia nak sedekah pada adik beradik la. tapi kan saya dah kata saya dengki dia dapat berjalan jalan guna duit... duit itu lah yang saya dengki sebab saya tak boleh ambil langsung. jika duit saya dapat atas hasil kerja keras tak apa, ini duit orang ramai hasil cukai cukai termasuk gst dan duit duit kutipan tol yang mencanak naik. jadi, saya tolak semua sedekah itu. hari tu baru balik dari selangor, memang banyak kena bayar tol. tiba tiba sahaja naik. ada orang tu pula nak sambut hari jadi. entah le apa nak jadi dengan malaysia ni. nak sokongan , guna duit hasil curi, perah tenaga orang lupa pesan Allah. memang la saja cari nahas le. terima kasih.

    ReplyDelete
  2. salam.
    puteri umno dah pun kena boo. aduhai , tu la saya nak kata buat apa lah ada sayap puteri ni. kalau ada keseimbangan dengan pertubuhan lelaki atau putera tak apa. setakat melawa tunjuk muka untuk berpolitik. memang kelakar lah. tu la saya cakap perempuan tak perlu berpolitik. awak tu lawa lawa pergi la duduk rumah seperti arwah nik aziz sarankan wanita cantik ni tak perlu kerja. lagi baik duduk rumah. sudah lah berpolitik. bukan apa segala urusan lelaki kalau perempuan cuba ambil alih, maka tunggulah saat saat kehancuran. tengok, umno pun makin hancur dengan adanya wanita dan puteri di dalam. senang di gula gulakan. terima kasih.

    ReplyDelete
  3. salam,
    rupa rupanya ada orang merasa sakit hati apabila tan sri muhyiddin sesudah mesyuarat mt , tan sri memutuskan utk terus memegang jawatan timbalan presiden umno kerana itu amanah perwakilan padanya. maka, setelah najib keluar dari majlis, barulah tan sri pun beredar dari mesyuarat dengan sorakan dari ramai penyokong setia dan dengarnya dari umno johor. tak tahulah apa rasa najib selepas melihat semua itu kerana selepas kejadian tersebut, tan sri muhyiddin telah di nafikan hak sebagai timbalan presiden umno utk merasmikan mesyuarat sayap umno dan yang paling menghinakan sekali sanggup di larang utk berucap dalam agm umno. begitu sekali sakit hati sang presiden yang sudah hilang populariti utk memegang jawatan presiden itu. malah, ada insiden media dan polis mempunyai sengketa di luar dewan mesyuarat. hanya di sebabkan kemunculan yang amat berhormat dan beramanah tan sri muhyiddin yassin dan isteri puan norainee. agak kacau juga keadaannya, tetapi kenapa perlu ada pasukan keselamatan di situ? kita semua tahukan keadaan disitu dijamin selamat dan terkawal , kenapa perlu ada pasukan keselamatan? tidak mahu menunjukkan betapa ramainya penyokong tan sri dan najib tidak mahu tan sri kelihatan semakin popular? kalau nak undi populariti, rasanya najib memang tak ada orang suka pun. sekarang orang ramai inginkan perubahan kepimpinan. turun lah najib dari kerusi presiden yang mulia itu. anda hanya membuat kerusi presiden tercemar. terima kasih.

    ReplyDelete