Lokasi : Menara Dato' Onn, PWTC, Kuala Lumpur
Acara : Solidariti bersama 9 Ketua Cawangan UMNO yang dipanggil mengadap
Lembaga Disiplin UMNO
Tarikh : 2/12/2015
Ringkasan kepada kenyataan media oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin :
1. TSMY turun memberi sokongan moral kerana merasakan 9 ketua cawangan yang terlibat mempunyai hak sebagai ahli UMNO untuk menyuarakan sesuatu yang bagi mereka amat penting walaupun tidak sedap didengar oleh pihak atasan UMNO
2. TSMY berharap Lembaga Disiplin dapat memberi pertimbangan yang bijaksana menghalusi apakah sebab perkara ini timbul dan tidak menghukum semata mata kerana perbezaan pendapat.
3. TSMY mengaku berpegang kepada perjuangan yang benar dan bersedia menerima apa sahaja keputusan oleh pihak atasan UMNO termasuk pemecatan walaupun beliau tidak meminta dipecat.
4. TSMY merasakan dalam keadaan yang meruncing pemimpin akar umbi sudah tidak tertahan lagi melihat keadaan dan isu yang tidak bertambah baik. Mereka ini lah yang berhadapan secara langsung dengan para pengundi.
5. TSMY masih lagi Timbalan Presiden dan akan menghadiri PAU 2015 tetapi sudah mengetahui bahawa beliau tidak akan dibenarkan membuat sebarang ucapan.
6. TSMY merasakan demokrasi dalam UMNO akan dilihat sebagai hilang sekiranya pemimpin akar umbi dibawah dan beliau yang berada diatas pentas juga tidak dibenarkan bersuara.
7. TSMY berharap PAU 2015 akan digunakan sebagai pentas utama dan agak kritikal dimana ahli parti harus mengambil kesempatan membuat keputusan-keputusan yang sesuai untuk perjuangan parti dan menentukan negara tidak hancur pada masa-masa akan datang.
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
12
13
14
15
16
17
Ini adalah catatat Dan pandangan saya yang turut di postkan ke blog DIN TURTLE - DIN..... aku rasa kamu tak berlaku adil.... kau salahkan juak2 Najib...tp gagal mengimbangi pendapat Dan pandangan kami untuk di nilai sendiri oleh pembaca Dan penyokong kamu serta juak2 Tun. banyak kiriman penulis yg tidak di muat turun. Kesallah sedara ngan sikap begini...semakin menampakkan busuk hati melebihi niat murni. sedarlah Tun sebenarnya merapu...dah nyanyuk... nak turunkan Najib nak naikan siapa? TSMY? .... tak mungkin.... dah nampak gamenya - Tuan Din Turtle - ringkasan ini di salin Dan akan di post kepada beberapa blog sebaai bukti bahawa tulisan sebegini pernah dibuat... tetapi di padam oleh DIN TURTLE. sebab itulah blog kamu ternampak seolah2 lebih separuh rakyat Malaysia mahu Najib turun. Sengaja penulis buat begini supaya kamu lebih adil untuk makna keterbukaan.... bukannya syok sendiri. jika tulisan banyak carut Dan maki hamun , teman boeh faham jika tidak disiarkan.
ReplyDeleteWTF are you saying.Tun M tak nyanyok,beliau masih tajam pemikiran nya.Yang nyanyok dan sengal adalah kamu penjilat tegar Jibby
Deletesalam.
ReplyDeletesaya ingin mengambil beberapa petikan dari buku 'doktor umum memoir tun dr mahathir mohamad'. ini sebagai renungan kita bersama sama...
"berikutan penaklukan jepun, kerajaan kedah tidak lagi berfungsi dan semua abang ipar saya yang bekerja dengan kerajaan mendapati diri mereka menganggur. dolar negeri negeri selat masih laku, tetapi simpanan kami akhirnya habis digunakan. sesuatu perlu dibuat segera. jadi, abang abang saya mula menjual pisang di tepi jalan. kami tidak ada kedai, jadi kami jual pisang dengan meletakkannya di atas tikar yang dibentang di tepi jalan pekan melayu. bekalan makanan makin berkurangan walaupun kami bekerja keras. akhirnya kami terpaksa melangkau waktu makan. dalam masa yang singkat, kami jatuh miskin." muka surat 82.
terima kasih.
sambungan...
ReplyDelete"makanan harian kami cuma nasi dan kari udang halus dengan kacang panjang. kami tingggal tidak berapa jauh dari pantai, jadi udang mudah diperoleh dan agak murah. biasanya saya makan nasi bercampur kuah dan kacang panjang dulu. udang disipan untuk suapan akhir. bertahun tahun kemudian, saya masih mengekalkan tabiat memakan makanan yang paling sedap akhir sekali. daging dan ayam sukar didapati. kopi dan teh tidak ada. yang paling sukar ditemui adalah gula. mujurlah beras banyak di kedah malah, di peringkat awal pendudukan jepun, bekalan beras berlebihan di kedah kerana tidak dapat dihantar ke tempat tempat lain di tanah melayu." muka surat 83.
terima kasih.
maaf ... ralat..." disimpan untuk suapan akhir".
ReplyDeletesambungan...
"namun kami mengalami kekurangn zat dan ramai penduduk diserang penyakit beri beri, menyebabkan badan mereka bengkak. yang lain menderita kudis bernanah dan sesetengahnya mati diserang demam teruk. ibu bapa saya amat bimbang kalau kalau kami demam kerana tidak ada ubat pada masa itu. ada tidak pun rawatan hanyalah dengan mengelap badan menggunakan air sejuk atau mandi air panas yang direbus bersama sama daun herba." muka surat 83
begitulah hidup di zaman pendudukan jepun di tanah melayu.
terima kasih
salam,
ReplyDeletebeberapa lagi petikan dalam buku 'doktor umum memoir tun dr mahathir mohamad.'
"yang saya suka mengenai sekolah jepun ialah radio taisho atau senaman radio. kita bersenam mengikut muzik dan arahan melalui radio. di dalam kelas pun, guru akan berhenti mengajar pada waktu tertentu untu kami membuat senaman pernafasan. senaman ini menghilangkan mengantuk dan memudahkan kita memberi tumpuan kepada pelajaran. ada juga senaman lari formasi jarak jauh. senaman ini membuatkan kami kurang berasa penat kerana bunyi hentakan kaki yang banyak mewujudkan irama. biasanya saya mendahului kumpulan pada permulaan larian, tetapi tidak tahan lama. saya bukanlah kuat sangat. saya tidak mempunyai susuk tubuh sasa seperti budak lain yang saya kagumi." muka surat 88
terima kasih.
sambungan...
ReplyDelete" namun begitu saya ada stamina. jika kita membuat sesuatu yang kita minat, kita tidak akan berasa letih. dengan peredaran masa, terutama selepas merdeka dan saya menjadi menteri, kepercayaan saya kepada peranan disiplin yang diajarkan bapa saya dan diperkukuh melalui latihan di sekolah jepun, menjadi bertambah tebal. saya yakin sesiapa mampu berbuat apa sahaja jika dia berdisiplin melakukan kerja dengan teliti. disiplin bermaksud mengawal dan menguasai nafsu diri seperti menipu atau malas agar hasil dan matlamat yang betul dapat dicapai. disiplin memainkan peranan penting dalam hidup saya. ia menyumbang kepada apa jua kejayaan yang saya capai."
terima kasih.
salam.
ReplyDeleteanda juga perlu membaca di muka surat 91, bagaimana untuk mengalahkan jepun, bom atom telah dijatuhkan di hiroshima dan nagasaki yang mana kesan dari radiasi bom tersebut menyebabkan penduduk disitu menderita penyakit radiasi dan berbagai bagai jenis barah. amerika pun tak tahu ini akan berlaku dan amerika menganggap sesiapa yang berada jauh dari tempat kejadian, akan selamat.
terima kasih.
salam.
ReplyDeleteingin saya memetik beberapa petikan dari buku 'doktor umum tun dr mahathir mohamad'.
"ketika pendudukan jepun, kerajaan tidak memberi sebarang subsidi atau bantuan. jika kita tidak bekerja keras, kita akan kebuluran. saya bekerja bertungkus lumus. begitu juga kawan kawan. saya memastikan yang saya tidak berhutang dengan sesiapa. saya tidak suka berhutang sampailah sekarang. hutang membuatkan saya tidak tidur lena. apabila perang tamat, saya ada cukup simpanan duit pokok pisang jepun untuk membeli dolar negeri negeri selat secara senyap senyap." muka surat 89-90
terima kasih.
salam.
ReplyDeletekisah ini pula berlaku selepas kekalahan jepun dalam perang selepas hiroshima dan nagasaki dijatuhkan bom atom.
"sambil menyesuaikan diri semula dengan kegiatan harian kelas dan pembelajaran, kenangan mengenai peperangan kekal dalam ingatan. kami semua menyangka british akan menang dan menunggu nunggu kepulangan mereka ke tanah melayu. bagaimanapun lama kelamaan, ingatan ini diganti oleh kehampaan yang semakin memuncak mengenai orang putih. mereka bukanlah sekebal yang disangka. saya juga hampa kerana mereka langsung tidak bertindak ke atas thailand yang membenarkan tentera jepun mendarat di pantai negara itu dan bergerak melalui segenting kra untuk melanggar tanah melayu." muka surat 96-97.
terima kasih.
salam .
ReplyDeleteini pula petikan setelah british kembali ke tanah melayu. british ingin mengukuhkan kedudukan di tanah melayu dengan cuba menghakis kuasa raja raja melayu. raja raja melayu hanya berkuasa atas hal ehwal adat resam melayu dan islam. malayan union telah pun di cadangkan oleh british untuk ditubuhkan.
"yang paling penting ialah malayan unionbukan sahaja mewujudkan sebuah negara tanah melayu, tetapi kewarganegaraan sama rata bagi orang melayu dan bukan melayu. pemberian taraf kerakyatan kepada pendatang cina dan india mengancam hak orang melayu ke atas tanah dan peluang peluang lain. jurang ekonomi akan menjadi bertambah luas dan jadilah orang melayu golongan terpinggir di negara sendiri." muka surat 98.
terima kasih.
salam.
ReplyDeletesambungan petikan tadi.
"rakan rakan sekolah yang saya bergaul bersama berminat dalam politik dan perjuangan menentang cadangan terbaru british itu. jadi, bagaimana saya hendak menumpukan perhatian kepada pelajaran dengan perkembangan semua ini? saya membentuk satu kumpulan kecil dan kami mengadakan beberapa siri perbincangan di rumah saya. kami yakin british tidak berhak memaksa malayan union ke atas tanah melayu tanpa berbincang dengan orang melayu. walaupun ada ahli kumpulan kami yang keluar tidak lama kemudian bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran, yang lain bertekad membuat sesuatu untuk membangkang. antara mereka ialah aziz ahmad yang kemudian lulus bidang kejuruteraan di united kingdom, zulkifli hashim yang pernah menjadi setiausaha agung umno dan osman abu bakar yang kami panggil man kuda kerana..." muka surat 98
perlu diingatkan disini, ayahanda tun dr mahathir dan rakan rakannya ingin membangkang british iaitu orang kafir, bukannya membangkang orang melayu. ini adalah perjuangan yang dituntut. bukannya membangkang untuk menunjuk orang melayu lain tak amalkan islam dan bersikap buruk sangka sesama saudara sendiri.
terima kasih.