Showing posts with label pas. Show all posts
Showing posts with label pas. Show all posts

Sunday, 7 October 2018

PRK P132 - Isu pengampunan dan moral Anwar di persoalkan PAS

Acara : Ceramah PAS

Lokasi : Markas PAS Kampung Batu Tembok, Pasir Panjang, Negeri Sembilan

Tarikh : 7/10/2018



Video 1 - Anwar perlu mendapatkan Pengampunan Bebas untuk melayakkan diri beliau menjadi calon PRK. Tanpa pengampunan tersebut beliau terpaksa melalui edah selama 5 tahun sebagai banduan yang telah dijatuhkan hukuman penjara melebihi 12 bulan.



Video 2 - Pakatan Harapan memandai mandai membuat janji 100 hari untuk menunaikan manifesto PRU14 mereka. Kini mereka terbelit dengan janji tersebut. Rakyat tidak menyuruh mereka berjanji pun. Tapi kini rakyat menuntut janji ditunaikan setelah PH berjaya menubuhkan kerajaan.



Video 3 - Min 11.40 - Haji Hadi ungkit isu moral Anwar Ibrahim dan menuntut beliau bertaubat walaupun telah diberi pengampunan oleh YDP Agong.



#suasana360





Saturday, 15 September 2018

Zahid yakin kepimpinan PAS ikhlas dalam mengusahakan kerjasama

Acara : Sidang media Zahid Hamidi

Lokasi : TH Hotel, Gong Badak, Terengganu

Tarikh : 15/9/2018



PAS pernah bersama pada tahun 1974 dalam BN ketika UMNO masih menerajui kerajaan

UMNO dan PAS kini bersama dalam gagasan pembangkang tetapi tidak mempunyai sebarang ikatan atau kerjasama diantara mereka secara formal buat masa ini.

Dalam kata lain jemputan PAS kepada Zahid Hamidi dan rombongan ke Perasmian Muktamar Tahunan PAS ke-64 hanya boleh dilihat sebagai mengiktiraf dan mengalu alukan UMNO sebagai ahli baru dalam gagasan atau kelompok pembangkang.

UMNO dan PAS bagaimanapun sudah pun menjalinkan kerjasama di peringkat Parlimen diantara ahli ahli Parlimen mereka dalam isu isu yang menyentuh kepentingan bersama.

Zahid yakin PAS ikhlas dan percaya kerjasama antara PAS dan UMNO suatu urusan yang viable dan boleh diusahakan pada peringkat seterusnya.




***********************************************************************************************************************

1
 2
 3
 4
5
 6


Muktamar Tahunan PAS ke-64 cipta sejarah baru dalam politik tanahair

Acara : Perasmian Muktamar Tahunan PAS ke-64

Lokasi : Stadium Tertutup Gong Badak, Terengganu

Tarikh : 15/9/2018




Video 1- Ucapan aluan Takiyuddin merangkumi semua maklumat yang perlu diketahui mengenai senarai jemputan VVIP yang manghadiri Muktamar Tahunan PAS ke 64 . Beliau juga mengulas mengenai budaya politik matang dan sejahtera pasca PRU14..





*************************************************************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Friday, 22 December 2017

Cikgu Non aka CN Afghani berbasikal solo keseluruh negara sampaikan mesej Baitulmaqdis / Palestine

Acara : Himpunan Putih Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis

Lokasi : Masjid Putra, Putrajaya

Tarikh : 22/12/2017 @ 2.00 pm



Siapa masih ingat Cikgu Non ? Sebelum PRU13 dulu beliau lah salah seorang aktivis yang telah menghuruharakan kepimpinan PAS dengan serangan dan pendedahan beliau mengenai Tragedi Memali dan skandal Tabung Memali yang semuanya berakar umbi kepada ketaksuban ahli ahli PAS kepada Amanat Haji Hadi.

  Beliau yang sudah biasa bergerak solo, kini dilihat masih lagi bergerak secara solo dengan membuat kayuhan basikal secara solo keseluruh negara bagi menyampaikan mesej sokongan kepada isu Baitulmaqdis dan Palestine. Ikuti rakaman yang sempat saya buat ketika terserempak dengan beliau di Dataran Putra.





************************************************************************************************************************


Flashbacks ...video video Cikgu Non yang menjadi tular setelah beliau mendedahkn kepincangan dalam pengurusan Tabung Memali 
















Sunday, 30 April 2017

Dr Mahathir cari kawan, Hadi pula cari lawan

Acara : Makan Malam Media bersama Ahli Parlimen Pokok Sena

Lokasi : Garoupa Kitchen, Jalan Kuala Kedah, Alor Setar

Tarikh : 30/4/2017



Video 1 - Mahfuz yakin BN masih boleh ditumbangkan sekalipun berlaku gangguan dari PAS dalam menidakkan pertandingan satu lawan satu  seperti yang sedang diusahakan oleh Pakatan Harapan. Mahfuz juga berpendapat bahawa PAS dibawah Hadi Awang gagal mengambil peluang untuk memperbaiki imej mereka di Muktamar yang sedang berlangsung. Mereka lebih berminat menyerang dan mencari lawan serta bermusuh dengan semua orang dari menghulur tangan persahabatan seperti yang pernah dilakukan oleh pemimpin pemimpin PAS terdahulu. Sikap Dr Mahathir yang merendah diri dan berbaik baik semula dengan musuh musuh politik beliau dapat memberi impak yang positif kepada PPBM dimata para pengundi..




********************************************************************************

#suasana360



Sidang media



********************************************************************************
1
  2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
9


Saturday, 29 April 2017

Muktamar PAS 2017 - Perasmian Muktamar PAS ke-63

Acara : Perasmian Muktamar PAS ke-63

Lokasi : Markas PAS Kota Sarang Semut, Kedah

Tarikh : 29/4/2017



Video 1 - Ucapan aluan oleh Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan.
BN & PERKASA turut menghantar wakil ke Muktamar kali ini.



Video 2 - Gimik perasmian Muktamar



*********************************************************************************

#suasana360





********************************************************************************

1
 2
 3
 4
Kadir Sheikh Fadzir (IKATAN) antara pemimpin parti politik yang dijemput PAS
 5
 6
  7
 8
 9
 10

Friday, 28 April 2017

Muktamar PAS 2017 - Sekitar Muktamar DPPM hari kedua

Acara : Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia 2017

Lokasi : Markas PAS Kota Sarang Semut, Kedah

Tarikh : 28/4/2017




Video 1 - Ucapan oleh Ketua DPPM yang baru dipilih, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi



*********************************************************************************
1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11
 12
 13
 14
 15
 16
 17
 18
Ini BOSS baru kami !!!
 19
 20