Wednesday, 14 March 2018

Political fatigue salah satu musuh utama Wanita UMNO dalam persiapan menghadapi PRU14 - peringatan Kak Ijat

Acara : Hi-Tea Wanita UMNO Jempol bersama Ketua Wanita UMNO, Shahrizat Jalil dibawah
program Majlis Jalinan Mesra Tautan Kasih

Lokasi : Felda Raja Alias, Bandar Seri Jempol, NS

Tarikh : 14/3/2018 @ 4.00 pm



SIARAN MEDIA

MAJLIS JALINAN MESRA TAUTAN KASIH

JEMPOL, 14 MAC 2018 – Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, hari ini memenuhi jemputan dari Pergerakan Wanita UMNO Jempol untuk bersama-sama dalam Majlis Jalinan Mesra Tautan Kasih. Majlis yang diadakan dihadiri lebih 1000 jemputan yang terdiri daripada pemimpin dan ahli Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO, Wanita parti-parti komponen Barisan Nasional, NGO serta penduduk-penduduk tempatan.

Di dalam ucapannya, Tan Sri Shahrizat mengutarakan persoalan mengenai perkembangan negatif laporan palsu atau fake news oleh beberapa media tempatan dan media asing yang semakin berleluasa.

“Wanita ingin bertanya, merujuk kepada media-media asing yang secara berterusan menerbitkan fitnah dan berita palsu mengenai keadaan sebenar politik dan ekonomi di dalam negara, adakah mereka ini dibiayai oleh pihak pembangkang untuk menjatuhkan kredibiliti YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Barisan Nasional?”

“Dan memandangkan pilihanraya umum sudah semakin hampir, adakah pembangkang merupakan pihak yang membayar media-media asing ini untuk meneruskan tren berita palsu ke atas YAB Perdana Menteri dan Kerajaan Barisan Nasional kerana ingin mempengaruhi keputusan pilihanraya nanti?”

Turut bersama-sama dalam majlis hari ini adalah Ketua UMNO Bahagian Jempol, YB Senator Datuk Mohd Salim, Ketua Wanita UMNO Bahagian Jempol, Cik Hasnah Mohamed, Timbalan Ketua UMNO Bahagian, YB Datuk Shamsulkahar dan Naib Ketua UMNO Bahagian, Encik Mustapha Nagoor. Majlis yang bermula pada jam 3.30 petang ini berakhir pada jam 6.00 petang


Video 1 - Shahrizat Jalil bercerita mengenai program dan persiapan Wanita UMNO untuk menghadapi PRU14 dan bahaya political fatigue ketika tiba ke saat saat terakhir sebelum pilihanraya. Shahrizat juga mempersoal keujudan penulisan penulisan berita palsu (fake news) dari penulis luar negara yang menyerang kepimpinan Najib Razak...adakah pembangkang yang mengupah penulis penulis ini ?




**********************************************************************************************************************************************
1
2
3
4
5
Mohd Salim Sharif, Ketua UMNO Bahagian Jempol... berita menarik di https://www.malaysiakini.com/news/416034... dia ada masa depan yang cerah dalam UMNO
6
7
8
9
10
11
12
13


No comments:

Post a Comment