jinggo-fotopages is a photo blog specialising in Malaysian Politics. Original photos / pics / pix / foto of Perikatan Nasional, Muafakat Nasional, Barisan National, UMNO, PAS, DAP, PKR, PPBM. Only originals. No copy and paste will be displayed. Oppositions or government of the day fear me not, call me at 019-2781869 or Mail : minaqjinggo13@gmail.com if you have news or events to share.
Acara : Hi-Tea Wanita UMNO Jempol bersama Ketua Wanita UMNO, Shahrizat Jalil dibawah
program Majlis Jalinan Mesra Tautan Kasih
Lokasi : Felda Raja Alias, Bandar Seri Jempol, NS
Tarikh : 14/3/2018 @ 4.00 pm
SIARAN MEDIA
MAJLIS JALINAN MESRA TAUTAN KASIH
JEMPOL, 14 MAC 2018 – Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, hari ini memenuhi jemputan dari Pergerakan Wanita UMNO Jempol untuk bersama-sama dalam Majlis Jalinan Mesra Tautan Kasih. Majlis yang diadakan dihadiri lebih 1000 jemputan yang terdiri daripada pemimpin dan ahli Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO, Wanita parti-parti komponen Barisan Nasional, NGO serta penduduk-penduduk tempatan.
Di dalam ucapannya, Tan Sri Shahrizat mengutarakan persoalan mengenai perkembangan negatif laporan palsu atau fake news oleh beberapa media tempatan dan media asing yang semakin berleluasa.
“Wanita ingin bertanya, merujuk kepada media-media asing yang secara berterusan menerbitkan fitnah dan berita palsu mengenai keadaan sebenar politik dan ekonomi di dalam negara, adakah mereka ini dibiayai oleh pihak pembangkang untuk menjatuhkan kredibiliti YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Barisan Nasional?”
“Dan memandangkan pilihanraya umum sudah semakin hampir, adakah pembangkang merupakan pihak yang membayar media-media asing ini untuk meneruskan tren berita palsu ke atas YAB Perdana Menteri dan Kerajaan Barisan Nasional kerana ingin mempengaruhi keputusan pilihanraya nanti?”
Turut bersama-sama dalam majlis hari ini adalah Ketua UMNO Bahagian Jempol, YB Senator Datuk Mohd Salim, Ketua Wanita UMNO Bahagian Jempol, Cik Hasnah Mohamed, Timbalan Ketua UMNO Bahagian, YB Datuk Shamsulkahar dan Naib Ketua UMNO Bahagian, Encik Mustapha Nagoor. Majlis yang bermula pada jam 3.30 petang ini berakhir pada jam 6.00 petang
Video 1 - Shahrizat Jalil bercerita mengenai program dan persiapan Wanita UMNO untuk menghadapi PRU14 dan bahaya political fatigue ketika tiba ke saat saat terakhir sebelum pilihanraya. Shahrizat juga mempersoal keujudan penulisan penulisan berita palsu (fake news) dari penulis luar negara yang menyerang kepimpinan Najib Razak...adakah pembangkang yang mengupah penulis penulis ini ?
Mohd Salim Sharif, Ketua UMNO Bahagian Jempol... berita menarik di https://www.malaysiakini.com/news/416034... dia ada masa depan yang cerah dalam UMNO
Acara : Majlis Sumbangan Prihatin Bersempena Tahun Baru Cina anjuran Wanita BN
Lokasi : Dewan Besar, Wisma MCA, Kepong, Kuala Lumpur
Tarikh : 12/2/2018 @ 4.00 pm
Video 1 - Kepong akan kekal menjadi tempat Jin Bertendang jika tidak kerana pembangunan yang dibawa oleh BN yang diterajui oleh UMNO
Video - Wanita UMNO jijik dengan penaburan fitnah oleh pihak pembangkang di media sosial. Wanita UMNO berkempen secara berhemah dengan menyampaikan fakta dan apa yang benar sahaja.
Lokasi : Ballroom Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur
Acara : Majlis Tahunan Bersama Penaung Skuad Sayang
Tarikh : 24/11/2014
Ini acara tahunan Skuad Sayang bersama penaung mereka, isteri Presiden UMNO dan Perdana Mneteri Malaysia, DS Rosmah Mansor. Bagi majlis kali ini acara penyampaian watikah perlantikan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Skuad Sayang negeri disempurnakan oleh DS Rosmah Mansor.
Anugerah khas kepada penggiat kerja kesukarelawan juga turut diberi kepada tiga penerima iaitu Dato' Azeez Rahim (Presiden Kelab Putera 1 Malaysia), Kamal Zailan Jailani (Ketua Pengarang Umno Online) dan Dato' Zuraidah Atan (**Pengerusi NGO Mahasiswa)