Monday 24 May 2021

Keluarga mendiang Sivabalan desak diadakan inkues siasat kematian beliau di IPD Gombak ketika ditahan Polis

 Acara : Sidang media berkaitan desakan mengadakan inkues keastas kematian Sibalan Subramaniam ketika dalam tahanan Polis di IPD Gombak

Lokasi : Berhampiran YMCA  Brickfields, Kuala Lumpur

Tarikh : 24/5/2021


Notis sidang media

Salam Negaraku, satu sidang media khas oleh Presiden Nambikkai Malaysia, Dato'Kalai Vanar, mengenai Sivabalan Subramaniam yang mati dalam tahanan di IPD Gombak.  

Tarikh: 24 Mei 2021

Jam : 2.30 Petang

Lokasi: Restoran Mamak belakang YMCA KL.

Sehubungan itu, pihak kami mohon pihak media untuk menghantar wakil wartawan dan jurugambar ke sidang media kami.

Sekian, terima kasih.

Jegathisan, ketua Penerangan Pusat Organisasi Nambikkai. No Talian Bimbit: 018-2429556

** Bagi membendung wabak Covid-19, adalah dinasihatkan agar kita sentiasa mempraktikkan amalan kesihatan yang baik seperti kerap membasuh tangan, atau menggunakan hand sanitizer, pemakaian topeng muka kepada yang berkenaan serta penjarakan fizikal.


Catatan ringkas mengenai PC

Dalam tempoh dua bulan ini 2 orang tahanan Polis dari kaum India telah mati ketika dalam kendalian Polis.. Bulan lepas A.Ganapathy peniaga susu lembu mati selepas sebulan dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan ketika dalam tahanan Polis.
Kali ini Pengawal Keselamatan, Sivabalan Subramaniam berumur 43 tahun, mati ketika baru sejam dalam proses penahanan di IPD Gombak. Alasan ditahan tidak diketahui dan punca kematian pula menurut Polis ialah serangan jantung.
Pelbagai percanggahan kenyataan dari pihak Polis sendiri mengenai punca kematian, masa dan tempat sebenar mangsa menghembuskan nafas terakhir menyebabkan keluarga mendiang tidak berpuas hati dan menuntut kebenaran sebenar.
Tiada kesan deraan fizikal disahkan oleh adik mendiang.
Keluarga mendiang menuntut satu inkues dijalankan segera untuk mengetahui punca sebenar kematian beliau. Satu memorandum telah dihantar kepada PM8 melalui e-mail bagi tujuan tersebut.


1
2
3
4
5
6
7
8



No comments:

Post a Comment