Monday, 31 May 2021

Rakyat Bukan Bodoh, Malangnya Perdana Menteri Sanggup dipanggil BODOH

RAKYAT  BUKAN  BODOH

Nukilan

Tamrin Tun Ghafar

Ahad - 30/05/2021

( 1 - 25 )


1.   'Rakyat Bukan

       Bodoh

       Tapi Pemimpin 

       Percaya 

       Mereka Boleh

       Terus 

       DiPerbodohkan'

      'Rakyat Bukan

       Miskin  Jiwa

       Dan  Pemikiran

       Tapi  Sengaja

       DiMiskinkan'

itu sebahagian kata - kata Presiden pertama Indonesia, Soekarno yang juga dikenali dengan panggilan Bung Karno ( Al Fatehah ).

2.  Pada jam 8.30 malam hari Ahad lepas bersamaan 23hb Mei sebahagian rakyat menonton WAWANCARA  KHAS Mahiaddin yang disiar KONONNYA  secara langsung atau 'live'.

3.   SEKALI  LAGI  RAKYAT  DITIPU.

4.  Wawancara yang kononnya 'live' itu SEBENARNYA  telah dirakam lebih awal; ini berdasarkan waktu yang jelas tertera di jam tangan beliau yang menunjukan  6 petang BUKAN  8.30  malam.

5.  Ini PERLU  dilakukan bagi memperbaiki atau 'edit' rakaman tersebut.

6.  Bukan sahaja rakyat Malaysia, malah hampir seluruh dunia sudah  mula mengenali  beliau sebagai  

BAPA  PERUTUSAN KHAS

                dan

BAPA  PINTU BELAKANG

7.   Sejak menubuhkan Kerajaan   PINTU  BELAKANG  sudah  43 kali beliau menyampaikan mesej secara  SIARAN  KHAS; ini  bermakna - 43 kali ÷ 14 Bulan  = 3 kali  sebulan.

8.  Ada 2 sebab  WAWANCARA  KHAS itu diadakan :

i.  bagi  MENUNJUK  DAN  MEMBUKTIKAN    KEBERANIAN  beliau bersemuka dengan wartawan  lantas MENANGKIS tuduhan ramai  bahawa beliau   HANYA  GILAKAN  JAWATAN tapi TAPI  TAKUT  berhadapan dengan pemberita  walaupun pemberita tempatan.

ii.  bagi  MENAGIH  SIMPATI  sekali gus  BERHARAP  MENDAPAT  SOKONGAN  rakyat kepada beliau.

9.  Tanpa emosi  dan berat sebelah, Mahiaddin  sekali lagi  'GAGAL'  apabila semasa   Wawancara Khas  tersebut  beliau  MENEKANKAN  3 perkara  penting :

i.  "nak kata saya bodoh , katalah , saya tak kisah"

ii.  "takkan saya nak jaga 32 juta rakyat"

iii.  "bukan senang  nak mengurus pendemik  COVID  ini"

10. 0

i.  PENGAKUAN  TERBUKA  beliau itu dengan sendirinya MENGESAHKAN lagi tanggapan rakyat - memang dia ni bodoh tapi tak sangka lebih bodoh dari yang dijangka. 

DAH  TERANG LAGI  BERSULUH

hanya mereka yang serupa dengannya menganggap dia cerdik.

ii.  jika SANGGUP Merampas Kuasa , bukankah menjadi  TANGGUNGJAWAB  seorang Perdana Menteri menjaga kesemua 32 rakyat malah selagi ada gunung dan lautan kepunyaan negara  juga WAJIB  dijaga?

iii.  jika tak tahu nak mengurus  wabak COVID 19, TUNGGU  APA LAGI , BERUNDUR  SAJALAH.

11.   Perlu di ingatkan  sekali lagi : PERKARA 43 ( 3 ) Perlembagaan

'Jika hilang sokongan MAJORITI Ahli.- Ahli Dewan  Rakyat, maka Perdana  Menteri PERLU  letak jawatan serta merta MELAINKAN  Parlimen dibubar.

12.  Apakah selain dari TAKUT  KECUNDANG dan berbagai ROMPAKAN   dilakukan  menyebabkan  Parlimen digantung?

13.  Tidak dinafikan ada beberapa negara lain juga menguatkuasakan   darurat,  namun Parlimen mereka TETAP Bersidang seperti biasa.

14.  Tertanya juga di dalam hati apakah Menteri - Menteri , Timbalan dan Pengerusi-Pengerusi  GLC  dan Parti masih ada perasaan malu dan harga diri dengan mengutamakan rakyat khususnya pengundi  sehingga menyebabkan mereka sanggup MENCONTENG ARANG  DI MUKA

15.  Sah, mereka SEBENARNYA  adalah 'KATAK'  yang sanggup melompat dari satu kolam ke kolam lain TANPA  PEDULI rakyat  marhaen ASALKAN boleh terus  MENDAPAT  KESENANGAN  DAN KEMEWAHAN  sama ada halal  mahupun  haram.

16.  Silap jika mereka, termasuk Mahiaddin  percaya bahawa tidak akan dihukum dan dipenjarakan atas segala kesalahan.

17.  Janganlah fikir undang-undang HANYA untuk rakyat biasa  saja  dan mereka yang diamanahkan  boleh terus melakukan apa saja.

18.  INGAT  SEBELUM  TERLEWAT kerana pada PRU 15 nanti rakyat yang DIPANDANG SERONG DAN  DI PERBODOHKAN selama ini akan menghukum anda melalui Peti Undi.

19.  Kini Parti BERSATU mula BERKECAI.

20.  Sudah ada beberapa  orang Menteri Kabinet secara senyap TELAH PUN BERTEMU Tun Dr. Mahathir.

21.  Bak kata orang Kedah : 'HANG TUNGGUUUU....  !!'

22.  Apakah Agong dan Raja - Raja Melayu  TIDAK NAMPAK DAN TIDAK TAHU  penderitaan  rakyat  kini  ATAU apakah Agong dan Raja - Raja Melayu juga  serupa seperti  Menteri-Menteri 'MENANGGUK DI AIR KERUH’?

23.  Apakah  Agong dan Raja - Raja Melayu  SUDAH  LUPA SUMPAH mereka  hingga TERLUPA penderitaan majoriti 32 juta rakyat yang telah berkorban MEMBERI  KEMEWAHAN  DAN  KESENANGAN  HIDUP  kepada mereka selama ini?

24.  'PISAU DI TANGAN ANDA'

       'TEPUK DADA TANYA SELERA'

               asalkan

        'NASI TIDAK MENJADI BUBUR'

25.   Saya menyampaikan keluhan  rakyat yang diANGGAP BODOH  tapi  sebenarnya  mereka  TIDAK  SEBEGITU; rakyat sedang melihat 'LAKONAN' mereka yang telah diAMANAHKAN  dengan  penuh KESABARAN.


Wassalam

Terima Kasih.






No comments:

Post a Comment