jinggo-fotopages is a photo blog specialising in Malaysian Politics. Original photos / pics / pix / foto of Perikatan Nasional, Muafakat Nasional, Barisan National, UMNO, PAS, DAP, PKR, PPBM. Only originals. No copy and paste will be displayed. Oppositions or government of the day fear me not, call me at 019-2781869 or Mail : minaqjinggo13@gmail.com if you have news or events to share.
Thursday, 19 August 2021
Penyokong tegar Mahiaddin rayu YDPA kekalkan beliau sebagai PM8 "forever and ever"
Saturday, 14 August 2021
Lokman dan Laskar Siber minta SPRM siasat Mahiaddin yang cuba sogok MP pembangkang secara LIVE untuk menyokong beliau.
Acara : Laporan SPRM keatas PM Mahiaddin Yassin kerana cuba menyogok secara LIVE ahli-ahli Parlimen Pembangkang untuk menyokong beliau.
Lokasi : Ibu pejabat SPRM, Putrajaya
Tarikh : 14/8/2021
Video 1 - Bola tanggung yang dinanti nantikan oleh Lokman Adam Mahiaddin melakukan kesilapan besar dalam perutusan khas beliau yang dibuat secara LIVE semalam. Beliau membuat tawaran yang berbentuk sogokan kepada ahli ahli parlimen pembangkang termasuklah kepada ketua pembangkang dalam parlimen kerana mahukan sokongan yang mencukupi bagi menyambung nyawa politik beliau.
1
Friday, 6 August 2021
Penasihat Khas Muhyiddin lakukan tugasan rasmi yang pertama selepas perlantikan
Acara : Lawatan kerja dan tinjauan Penasihat Khas PM8 ke Pusat Pemberian Vaksin
Lokasi : PPV , IDCC, Shah Alam, Selangor
Tarikh : 6/8/2021
Friday, 30 July 2021
Otai Reformis 1998 rayu YDPA untuk mengganti Mahiaddin dengan calon baru yang mempunyai majoriti dalam Dewan Rakyat
Kenyataan Media
Otai Reformis 1998
KHAMIS 29 Julai 2021
1. Otai Reformis 1998 dan rakyat Malaysia sangat kesal dengan tindakan Kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yassin yang meremehkan titah DYMM Yang di-Pertuan Agong yang menitahkan agar Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan dan diputuskan secara undian di Parlimen berdasarkan Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.
2. Tindakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Bin Hassan yang mengumumkan pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat di Sidang Khas Parlimen pada 26 Julai 2021, Isnin lalu dianggap mendahului titah DYMM Yang di-Pertuan Agong yang mahukan Ordinan ini dibincangkan di Parlimen terlebih dahulu dan tindakan ini merupakan satu bentuk penderhakaan kepada titah DYMM Yang di-Pertuan Agong, yang jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, lantaran telah membangkitan rasa amat dukacita DYMM Yang di-Pertuan Agong lanjutan perlanggaran titah Baginda.
3. Memandangakan penugumuman pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat yang dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini dianggap tidak mendapat perkenan ke bawah DYMM Yang di-Pertuan Agong maka kita rakyat jelata menyimpulkan bahawa negara kita ini masih di bawah Perintah Ordinan Darurat tersebut sehigga tamat tempuhnya pada 01 Ogos 2021, bulan depan, seperti Proklamasi Darurat yang di masyhurkan oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong pada 11 Januari 2021yang lalu.
4. Otai juga difahamkan bahawa sebuah Jawatankuasa Khas Bebas telah ditubuhkan dibawah Seksyen 2, Ordinan Darurat (kuasa-kuasa Perlu) 2021 untuk menasihati DYMM Yang di-Pertuan Agong samada membatalkan atau melanjutkan Ordinan-Ordinan Darurat dan bukannya oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri atau Perdana Menteri mahupun Jemaah Kabinet .
5. Lantaran tingkahlaku perderhakaan oleh Kerajaan Perikatan Nasional ini, maka Otai Reformis merafak sembah kebawah DYMM Yang di-Pertuan Agong agar menggunakan progatif DYMM selaraskan dengan Perkara 43 (2) (a) untuk melantik seorang Perdana Menteri dalam kalangan Ahli Parlimen yang mempunyai majoriti dalam Dewan Rakyat bagi mengganti Mahiaddin Md Yassin yang telah hilang kredibiliti dan sikap ‘taat setia’ kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri yang telah dilantik oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong.
Bertarikh : 29 Julai 2021
YB Dr. Idris Bin Ahmad , Pengerusi
Abdul Razak Bin Ismail, Setiausaha
OTAI REFORMIS 1998
Thursday, 29 July 2021
PM, AG, ANGGOTA KABINET SEGERA LETAK JAWATAN !
SEGERA
KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PARTI PUTRA
Dato Paduka Dr Ibrahim Ali
PM,AG, ANGGOTA KABINET SEGERA LETAK JAWATAN
1. ASTAGHFIRULLAH tergamak YAB PM bersama Menteri Undang-undang menghina YDPA apabila mengumunkan Darurat telah di tamatkan pada 21hb July 2021. Hari ini DYMM YDPA secara terbuka melahirkan rasa dukacita. Amat memalukan rakyat dan negara kerana DYMM YDPA belum memberi perkenaan serta Titah Baginda mesti di bahas pembatalan di Dewan Rakyat. Hari ini DUNIA ketawakan MALAYSIA NEGARAKU. Bolih isytihar 29hb July 2021 HARI RAKYAT DAN NEGARA MALAYSIA MALU.
2. PERISTIWA HITAM INI BELUM PERNAH BERLAKU DALAM SEJARAH PARLIMEN MALAYSIA SEJAK MERDEKA APABILA KERAJAAN MEMPERLECEHKAN KETUA DAN PAYONG NEGARA SERTA ENGKAR KEPADA KELUHURAN UNDANG-UNDANG.
3. TIDAK ADA KATA untuk berkata kata lagi bagi kita Rakyat Malaysia yang TAAT SETIA KEPADA DYMM YDPA DAN RAJA-RAJA MELAYU SERTA MENJUNJUNG PRINSIP DEMOKRASI BERPALIMEN DAN RAJA PERLEMBAGAAN.
4. MAKA PM KE-8 INI WAJIB LETAK JAWATAN SEGERA. PERLETAKAN JAWATAN SEGERA WAJIB SEBELUM RAKYAT BANGKIT DENGAN KATA DUA. Perletakan Jawatan sebagai PM bermakna semua anggota Kabinet terbubar kerana turut bertanggungjawab.
PUTRA bersuara dengan jelas dan tegas kerana menjunjung Keluhuran Undang-undang dan Perlembagaan Negara dan *bukan kerana POLITIK* demi menjunjung MARUAH RAJA DI SINGGAHSANA. RUKUN NEGARA MENJADI PRINSIP AMALAN RAKYAT MALAYSIA.
5. AG turut bertanggungjawab dan sebagai pengamal undang-undang yang arif dengan Perlembagaan Negara wajib juga menentukan sikap peranan nya dengan betul atau mengundur diri secara terhormat.
6. PUTRA berdoa dan berharap DYMM YDPA bersama MRRM akan bertindak sewajarnya dalam mengembalikan institusi dan pemerintahan negara yg beradab, effisen, bersih dan berintegriti.
PUTRA yakin dan merafak sembah akan kebijaksanaan DYMM YDPA yg bertahta di Singahsana dengan penuh DAULAT DAN KESETIAN RAKYAT YG TIDAK BERBELAH BAGI
7. INSYA ALLAH masih ada Hari Esok Untuk Rakyat dan Negara jika semua kerja di buat dengan ikhlas, telus dan berintegriti.W alau macam mana hebat ancaman Covid19 dan Ekonomi Rakyat dan Negara Merundum serta berbagai masaalah yang kronik berlaku sekarang akan dapat penyelesaian dengan berkat pertolongan Allah swt. Hanya perbuatan dan doa dengan hati yang bersih sahaja di makbulkan Allah.Insya allah.
*DAULAT TUANKU*
Dato Paduka Dr Ibrahim Ali
Presiden Putra
29.7.2021.
Wednesday, 16 June 2021
Plan Pemulihan Negara - tali hayat untuk kekalkan Darurat ?
16hb Jun 2021
PLAN PEMULIHAN NEGARA
1. PM telah mengumunkan 4 Fasa Strateji Plan Pemulihan Negara pada petang 15hb Jun 2021, sehari sebelum Perjumpaan Raja Raja Melayu pada 16hb Jun 2021. Apa strateji nya fikir-fikir sendirilah.
2 Plan ini juga bolih di ibaratkan Plan tali hayat PN untuk kekalkan DARURAT dan di jangka Parlimen akan bersidang pada September atau Oktober tapi dengan syarat-syarat tertentu. Darurat patut tamat pada 1 Ogos 2021. Kenapa pula Parlimen di jangka bersidang September atau Oktober? Patut nya awal September sudah bolih bersidang.
MALAH SEKARANG PUN PARLIMEN BOLIH BERSIDANG KERANA DYMM YDPA TELAH BERI PERKENAAN UTK PARLIMEN BERSIDANG
Rakyat tidak bodoh untuk berfikir atas mainan licik politik yang mempersendakan Sistem Demokrasi Berparlimen. Kalau dahan sudah rapuh, buat macam mana pun, dahan tetap patah. Ikatlah dahan dengan tali ropia setakat yang bolih.
3. Mungkin benar ada yang mendakwa darurat kekal dan mahu di lanjutkan kerana mahu bergayut pada kuasa sebab hilang majoriti. Benjamin Netanyahu, Israel, hilang jawatan PM dengan satu undi sahaja. Bila kekal berkuasa di bawah Darurat, banyak keputusan bolih di buat tanpa semak dan imbang dan bolih nyahkan semua prosedure. Mudah lah lulus projek direct nego dan macam-macam lagi. Ini dakwaan sesetengah pihak dan persepsi rakyat.
4. PUTRA tidak mahu memberi apa-apa reaksi atau ulasan terhadap apa-apa rancangan Plan Pemulihan yang di umumkan. PUTRA hanya mahu tunggu dan lihat keberkesanan nya. Budaya, belum apa-apa sudah puji melangit. Hasil nya belum ada. Atau mengecam secara tiba tiba, tanpa beri peluang kepada pihak yang bertanggungjawab.
Selalu nya yang di kata good policy tapi berakhir dengan kegagalan demi kegagalan. Sudah banyak bukti. Keupayaan perlaksanaan adalah terburuk di Malaysia
Tengok saja lah program imunisasi yang kelam kabut dan pencapaian nya setakat F kalau exam SPM. Belanja nya berpuluh juta.
"Bunyi guruh di langit tapi hujan tak turun".
"Ayam berkokok, hari tidak siang".
5. PUTRA tidak bercadang untuk bagi apa apa cadangan, kecuali mengesa Parlimen bersidang segera. Biar MP-MP buat cadangan, semak dan imbang. Kalau bagi cadangan pun, bukan di beri perhatian pun. WIRA PUTRA sebelum ini telah menyuarakan 10 cadangan pasca covid 19. Tinggal cadangan saja lah..
6. Semuga Perjumpaan Raja-Raja Melayu pada 16hb Jun menghasilkan kegembiraan untuk rakyat jelata. Keputusan yang akan dilihat RAJA BERDAULAT RAKYAT BERKAT.
PUTRA PERKASA NEGARA
Salam Perjuangan Rakyat
Dato Paduka Dr Ibrahin Ali
Presiden Putra.
15hb Jun 2021
10mlm
Monday, 31 May 2021
Rakyat Bukan Bodoh, Malangnya Perdana Menteri Sanggup dipanggil BODOH
RAKYAT BUKAN BODOH
Nukilan
Tamrin Tun Ghafar
Ahad - 30/05/2021
( 1 - 25 )
1. 'Rakyat Bukan
Bodoh
Tapi Pemimpin
Percaya
Mereka Boleh
Terus
DiPerbodohkan'
'Rakyat Bukan
Miskin Jiwa
Dan Pemikiran
Tapi Sengaja
DiMiskinkan'
itu sebahagian kata - kata Presiden pertama Indonesia, Soekarno yang juga dikenali dengan panggilan Bung Karno ( Al Fatehah ).
2. Pada jam 8.30 malam hari Ahad lepas bersamaan 23hb Mei sebahagian rakyat menonton WAWANCARA KHAS Mahiaddin yang disiar KONONNYA secara langsung atau 'live'.
3. SEKALI LAGI RAKYAT DITIPU.
4. Wawancara yang kononnya 'live' itu SEBENARNYA telah dirakam lebih awal; ini berdasarkan waktu yang jelas tertera di jam tangan beliau yang menunjukan 6 petang BUKAN 8.30 malam.
5. Ini PERLU dilakukan bagi memperbaiki atau 'edit' rakaman tersebut.
6. Bukan sahaja rakyat Malaysia, malah hampir seluruh dunia sudah mula mengenali beliau sebagai
BAPA PERUTUSAN KHAS
dan
BAPA PINTU BELAKANG
7. Sejak menubuhkan Kerajaan PINTU BELAKANG sudah 43 kali beliau menyampaikan mesej secara SIARAN KHAS; ini bermakna - 43 kali ÷ 14 Bulan = 3 kali sebulan.
8. Ada 2 sebab WAWANCARA KHAS itu diadakan :
i. bagi MENUNJUK DAN MEMBUKTIKAN KEBERANIAN beliau bersemuka dengan wartawan lantas MENANGKIS tuduhan ramai bahawa beliau HANYA GILAKAN JAWATAN tapi TAPI TAKUT berhadapan dengan pemberita walaupun pemberita tempatan.
ii. bagi MENAGIH SIMPATI sekali gus BERHARAP MENDAPAT SOKONGAN rakyat kepada beliau.
9. Tanpa emosi dan berat sebelah, Mahiaddin sekali lagi 'GAGAL' apabila semasa Wawancara Khas tersebut beliau MENEKANKAN 3 perkara penting :
i. "nak kata saya bodoh , katalah , saya tak kisah"
ii. "takkan saya nak jaga 32 juta rakyat"
iii. "bukan senang nak mengurus pendemik COVID ini"
10. 0
i. PENGAKUAN TERBUKA beliau itu dengan sendirinya MENGESAHKAN lagi tanggapan rakyat - memang dia ni bodoh tapi tak sangka lebih bodoh dari yang dijangka.
DAH TERANG LAGI BERSULUH
hanya mereka yang serupa dengannya menganggap dia cerdik.
ii. jika SANGGUP Merampas Kuasa , bukankah menjadi TANGGUNGJAWAB seorang Perdana Menteri menjaga kesemua 32 rakyat malah selagi ada gunung dan lautan kepunyaan negara juga WAJIB dijaga?
iii. jika tak tahu nak mengurus wabak COVID 19, TUNGGU APA LAGI , BERUNDUR SAJALAH.
11. Perlu di ingatkan sekali lagi : PERKARA 43 ( 3 ) Perlembagaan
'Jika hilang sokongan MAJORITI Ahli.- Ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri PERLU letak jawatan serta merta MELAINKAN Parlimen dibubar.
12. Apakah selain dari TAKUT KECUNDANG dan berbagai ROMPAKAN dilakukan menyebabkan Parlimen digantung?
13. Tidak dinafikan ada beberapa negara lain juga menguatkuasakan darurat, namun Parlimen mereka TETAP Bersidang seperti biasa.
14. Tertanya juga di dalam hati apakah Menteri - Menteri , Timbalan dan Pengerusi-Pengerusi GLC dan Parti masih ada perasaan malu dan harga diri dengan mengutamakan rakyat khususnya pengundi sehingga menyebabkan mereka sanggup MENCONTENG ARANG DI MUKA
15. Sah, mereka SEBENARNYA adalah 'KATAK' yang sanggup melompat dari satu kolam ke kolam lain TANPA PEDULI rakyat marhaen ASALKAN boleh terus MENDAPAT KESENANGAN DAN KEMEWAHAN sama ada halal mahupun haram.
16. Silap jika mereka, termasuk Mahiaddin percaya bahawa tidak akan dihukum dan dipenjarakan atas segala kesalahan.
17. Janganlah fikir undang-undang HANYA untuk rakyat biasa saja dan mereka yang diamanahkan boleh terus melakukan apa saja.
18. INGAT SEBELUM TERLEWAT kerana pada PRU 15 nanti rakyat yang DIPANDANG SERONG DAN DI PERBODOHKAN selama ini akan menghukum anda melalui Peti Undi.
19. Kini Parti BERSATU mula BERKECAI.
20. Sudah ada beberapa orang Menteri Kabinet secara senyap TELAH PUN BERTEMU Tun Dr. Mahathir.
21. Bak kata orang Kedah : 'HANG TUNGGUUUU.... !!'
22. Apakah Agong dan Raja - Raja Melayu TIDAK NAMPAK DAN TIDAK TAHU penderitaan rakyat kini ATAU apakah Agong dan Raja - Raja Melayu juga serupa seperti Menteri-Menteri 'MENANGGUK DI AIR KERUH’?
23. Apakah Agong dan Raja - Raja Melayu SUDAH LUPA SUMPAH mereka hingga TERLUPA penderitaan majoriti 32 juta rakyat yang telah berkorban MEMBERI KEMEWAHAN DAN KESENANGAN HIDUP kepada mereka selama ini?
24. 'PISAU DI TANGAN ANDA'
'TEPUK DADA TANYA SELERA'
asalkan
'NASI TIDAK MENJADI BUBUR'
25. Saya menyampaikan keluhan rakyat yang diANGGAP BODOH tapi sebenarnya mereka TIDAK SEBEGITU; rakyat sedang melihat 'LAKONAN' mereka yang telah diAMANAHKAN dengan penuh KESABARAN.
Wassalam
Terima Kasih.













