Saturday 28 August 2021

Azalina Othman Said harus diketengahkan sebagai Speaker Parlimen atau Peguam Negara yang baru

















YB AZALINA OTHMAN SAID HARUS DIKETENGAHKAN SEBAGAI SPEAKER PARLIMEN ATAU PEGUAM NEGARA YANG BARU
Kita berdoa agar PH, blok BEBAS dan sebahagian dari Ahli-Ahli Parlimen kerajaan akan sokong untuk mencalonkan YB Azalina Othman Said sebagai calon Speaker Parlimen atau Peguam Negara yang baru.
Ini adalah dua portfolios yang amat bersesuaian dengan kredibiliti serta ketokohan YB Azalina Othman Said.
Beliau amat cemerlang ketika berkhidmat sebagai Timbalan Speaker Parlimen. YB Azalina Othman Said amat berwibawa di samping ilmu guaman beliau yang mantap seringkali kelihatan dapat mengawal persidangan Dewan Rakyat secara amat berkaliber.
Lihat saja justifikasi beliau meletakkan jawatan Timbalan Speaker Parlimen secara amat professional, berprinsip dan berhemah.
Cadangan YB Azalina Othman Said agar melantik salah seorang Timbalan Speaker Parlimen dari kalangan parti-parti pembangkang mendapat pujian ramai khususnya sokongan rakyat jelata.
Sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Timbalan Speaker Parlimen juga sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan bernas mengenai pendekatan Darurat Politik Mahiaddin Md Yasin dan isu-isu mengenai penutupan sidang Dewan Rakyat.
Walhal pada waktu itu YB Azalina Othman Said adalah ahli UMNO yang menjadi sebahagian dari coalition kerajaan ‘tebuk atap’ PN.
Namun, YB Azalina Othman Said tetap dikenali sebagai tokoh berprinsip yang senantiasa bercakap serta memberi pandangan ‘without fear and favour.’
Sesungguhnya juga, YB Azalina Othman Said mempunyai pakej yang terbaik untuk berkhidmat sebagai Speaker Parlimen mahupun Peguam Negara yang baru. 
Pada suatu masa dahulu pun sudah ada ‘precedent’ bahawa Peguam Negara di kalangan Ahli-Ahli Parlimen.
Dua orang tokoh Ahli-Ahli Parlimen yang pernah menjawat jawatan Peguam Negara adalah Allahyarham Tan Sri Kadir dan Allahyarham Tan Sri Hamzah.
Kita amat yakin majoriti dari Ahli-Ahli Parlimen akan menyokong pencalonan YB Azalina Othman Said sebagai calon Speaker Parlimen serta Peguam Negara. Insya-Allah!! Ameen!!
Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan
28 Ogos 2021

1 comment: