Monday 30 August 2021

Komuniti peniaga Acheh Zon Ampang anjur misi bantuan untuk mangsa banjir lumpur Yan, Kedah dengan kerjasama NGO Perintis Bersatu

 Acara : Pelepasan konvoi Acheh Peduli, Misi bantuan banjir lumpur Yan, Kedah

Lokasi : Kopi Warisan, Pandan Mewah, Ampang , Selangor

Tarikh : 30/8/2021

_______________________________________________________________________________________

Ruj. Kami : PROGSUMB/08/2021 

 Tarikh : 26hb OGOS 2021 

 KETUA UNIT BERITA Bahagian Penyiaran Berita  

 Tuan/Puan, 

 PER: JEMPUTAN MEDIA KE MAJLIS PENYERAHAN MISI BANTUAN BANJIR KE YAN KEDAH PADA 30/8/2021 ANJURAN BERSAMA PENIAGA DAN MASYARAKAT ACHEH, PERINTIS BERSATU MALAYSIA DENGAN KERJASAMA BALAI POLIS PANDAN INDAH 

 Dengan segala hormatnya saya selaku Ketua Program merujuk surat ini berkenaan perkara di atas. 

 2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak dari Peniaga dan Masyarakat Acheh anjuran bersama Perintis Bersatu Malaysia akan mengadakan satu Program Misi Penyerahan Bantuan Banjir ke Yan Kedah dengan kerjasama Balai Polis Pandan Indah yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:- 

    Tarikh  : 30hb Ogos 2021 (Isnin)    Masa   : 9.00 Pagi    

Tempat Pelepasan : Kopi Warisan Cafe Teuku Station ,Block A8 G1, Jalan Mewah 4,Taman Pandan Mewah, 68000 Ampang Selangor 

 Tempat Penyerahan Bantuan : Kem Kamc    Lot 2505, Kg Acheh, 06900 Yan, Kedah 

 3. Untuk makluman pihak Tuan/Puan, sumbangan tersebut merupakan sumbangan berupa makanan keperluan asas yang dianggarkan berjumlah RM30,000.00.   

 4. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin menjemput pihak media untuk hadir bersama bagi membuat liputan untuk program penyerahan sumbangan tersebut. Segala kerjasama baik pihak Tuan/Puan menghantar wakil wartawan hadir pada program penyerahan sumbangan ini amatlah kami harapkan dan hargai. 

 5. Dilampirkan Aturcara Majlis untuk perhatian pihak Tuan/Puan. 

 6.  Segala pertanyaan berhubung program sumbangan dan pengesahan kehadiran boleh menghubungi saya ditalian 016-5594498. 

 Sekian, terima kasih. 

 Yang benar, 

0812-12-MEL 

DATO DR. HJ. EKO INDRAJAYA  

 Ketua Program Merangkap Ketua Zon Ampang 

 ____________________________________________________________________________________________

Video 1 - Komuniti peniaga Acheh Zon Ampang telah mengumpul sumbangan berupa 5 tan barangan keperluan asas untuk dihantar ke Yan, Kedah bagi membantu mangsa banjir disana. Kerja penghantaran dan logistik mendapat kerjasama dari NGO Perintis Bersatu Malaysia yang mempunyai rangkaian jaringan diseluruh negara.


______________________________________________________________________________________________
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22



No comments:

Post a Comment