Sunday 17 October 2021

BERJASA akan mulakan Jajaran Baharu setelah kecewa dengan perkembangan terkini Muafakat Nasional menjelang PRU15.

Acara : Sidang media khas parti BERJASA

Lokasi : Tenera Hotel, Bandar Baru Bangi

Tarikh : 17/10/2021


KENYATAAN MEDIA
PRESIDEN BERJASA
ISU SEMASA POLITIK NEGARA

1. Parti BERJASA Malaysia menginsafi bahawa majoriti rakyat Malaysia sudah muak serta bosan dengan situasi politik tanah air terutamanya permainan politik kotor parti-parti yang hanya mementingkan keuntungan peribadi mengatasi kepentingan rakyat dan negara. Kini perlu akui bahawa negara ini sedang dirosakkan oleh pimpinan parti politik sedia ada yang korup, rasuah dan tidak berintegriti. 2. Oleh hal yang demikian, parti BERJASA telah mengadakan satu mesyuarat khas membincangkan isu-isu politik semasa negara dan telah secara konsensus mencadangkan perkara-perkara berikut. 3. BERJASA menawarkan sebuah kepimpinan baharu untuk rakyat Malaysia dalam Pilihanraya Umum ke-15 nanti melalui 7 ciri politik yang baharu: i. Kepimpinan baharu yang bebas daripada cengkaman budaya politik wang dan kawalan tradisi ‘warlord’. ii. Menjadikan Perlembagaan Persekutuan sebagai tiang seri hubungan etnik, ke arah integrasi dan perpaduan nasional, serta menamatkan fenomena chauvinism dan rasisme. iii. Mengangkat agenda pemerkasaan orang Melayu dan Bumiputra dalam segenap bidang, demi kestabilan politik jangka panjang, melangkaui sempadan kepartian dan kuasa. iv. Menimbang kepentingan pelbagai kaum secara rasional dan bijaksana, berpaksikan kepentingan negara dan menolak pendekatan populis semata-mata v. Pemimpin bermaruah dan berprinsip, setia pada agama, bangsa dan negara yang dipilih berasaskan kualiti dan kewibawaan. vi. Bangga dengan identiti watan yang kaya dengan sejarah, nilai dan budaya tempatan yang tersendiri, tanpa perlu tunduk kepada kefahaman dan budaya asing. vii. Mengamalkan tingkah laku beradab dan berakhlak mulia dalam usaha mencapai cita-cita politik. 4. BERJASA yakin serta percaya melalui 7 ciri politik ini bakal memberikan nafas baharu dalam landskap politik negara yang kini telah rosak dan telah mengalami defisit kepercayaan. 5. BERJASA juga ingin memaklumkan kita dalam proses rundingan bersama NGO-NGO dan parti-parti alternatif untuk membina sebuah Jajaran Baharu politik Malaysia. Jajaran Baharu ini akan membawa bersama harapan rakyat untuk sebuah negara yang unggul dan bermaruah menjelang PRU-15. Aspirasi jajaran baharu ini adalah untuk kali ini membawa rakyat bersama pimpin negara. Ini bermakna, untuk menghadapi PRU akan datang kita memerlukan sebuah kepimpinan baharu. Kami akan maklumkan perkembangan ini dari semasa ke semasa. 6. Dalam masa yang sama, sebagai salah satu inisiatif dari BERJASA, kami juga akan melancarkan dokumen Belanjawan Alternatif BERJASA pada 27 Oktober 2021 iaitu dua hari sebelum pembentangan Belanjawan di Dewan Rakyat. Belanjawan BERJASA ini ditunjangi 7 teras utama merangkumi 100 cadangan. Dokumen Belanjawan BERJASA akan diedarkan kepada semua media dan orang awam boleh mengakses dokumen Belanjawan ini di laman sesawang BERJASA. Terima kasih. Tn Hj Zamani Bin Ibrahim, Presiden,
Parti BERJASA Malaysia







1 comment:

  1. YIP KUM FOOK ini memaksa sami Buddha keluar dari kuil dan mengunci pintu gerbang Kuil, kemudian beliau pun menelefon polis untuk menangkap sami di dalam kuil dan beliau memanggil samsengnya untuk datang mengganggu sami itu juga.

    Sekarang ramai yang tahu tentang YIP KUM FOOK dan apa yang dia buat sebelum ini, banyak dia menipu di kawasan Kepong, dia akan menderita tanpa henti dalam hidupnya, dan apabila dia mati, generasi keluarganya akan meneruskan karma buruknya.

    YIP KUM FOOK seorang peguam tetapi perwatakan dan sikapnya tidak seperti peguam kerana dia boleh menipu pelbagai orang dan melakukan perkara yang tidak baik tanpa memalukan orang, semua orang tahu anda bukan pelajar undang-undang, anda membayar wang untuk mendapatkan sijil jika anda seorang. peguam yang benar anda perlu memahami undang-undang

    Apabila kami mengenali beliau di Taman Ehsan pada tahun 1989, masa itu kami membuka rasmi SAMNAK SAMBODHI dan beliau merupakan pengerusi MCA di Taman Daya, Kepong, dan juga perniagaan sebagai kedai perabot, beliau bukanlah pengasas SAMNAK SAMBODHI dan juga dia bukan ahli jawatankuasa SAMNAK SAMBODHI, juga dia bukan peguam pada masa itu

    Kini kehidupan dramanya akan terbuka untuk diketahui umum, dia tidak akan menutup apa yang dia lakukan sebelum ini, dalam satu hari ia akan membuka semua.. pada masa itu, dia akan menderita dan bergetar seumur hidup.

    Lain kali dia mesti menjawab penganut Buddha kerana penganut Buddha akan bertanya soalan ke mana hilangnya wang Kaabah, Cik Lim dilantik menjadi presiden KUIL BUDDHA SAMNAK SAMBODHI, Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur.

    Kongsi oleh Ah Thong, Taman Ehsan

    ReplyDelete