Showing posts with label Tengku Zaihan Bin Che Ku Abd Rahman. Show all posts
Showing posts with label Tengku Zaihan Bin Che Ku Abd Rahman. Show all posts

Friday, 26 July 2013

PRK N1 Kuala Besut - Rasmi BN Menang majoriti 2,592

Lokasi  : Majlis Daerah Kuala Besut, Jerteh, Terengganu

Acara : Keputusan PRK Kuala Besut

Tarikh : 24/7/2013 @ 10.00 pm








1/23
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Thursday, 18 July 2013

PRK N1 Kuala Besut - Ore Mudo cekap berdoa

Lokasi : Anjung Samudera, Kuala Besut, Terengganu

Acara : Iftar Unit Komunikasi Terengganu

Tarikh : 17/7/2013 @ 7.30 pm


Lancar sungguh Ore Mudo baca doa... Lepas baca doa dia cabut ketempat lain pula..



Tuesday, 16 July 2013

PRK N1 Kuala Besut - Ore Mudo naik Haji ekspress

Lokasi : Pasar Tani, Kuala Besut, Terengganu

Acara : Walkabout calun BN

Tarikh : 15/7/2013 @ 10.00 am


Ore Mudo tunjuk bakat sebagai ore muda...naik Haji 'ekspress'





Monday, 15 July 2013

PRK N1 Kuala Besut - Ore Mudo temu peniaga pasar tani

Lokasi : Pasar Tani Kuala Besut, Terengganu

Acara : Walkabout calun BN

Tarikh : 15/7/2013 @ 10.00 am




1/14
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11
 12
 13
 14


Saturday, 13 July 2013

PRK N1 Kuala Besut - Calun BN prihatin dan berjiwa rakyat

Lokasi : Kg.Taman Tasek, Nail, Terengganu


Tarikh : 13/7/2013 @ 12.00 pm


Calun BN yang berlatarbelakang teknikal kelihatan prihatin dan mampu memahami masalah masyarakat yang bersangkut paut perumahan dan hakmilik tanah 


Saya tidak mengenali kedua dua calun yang bertanding dan tidak punya maklumat eksklusif mengenai mereka, Tapi saya ingin berkongsi maklumat yang saya perolehi melalui email seperti berikut...

"Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman adalah anak jati Kuala Besut. 
Beliau berusia 37 tahun dan merupakan bekas Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) Bahagian Korporat. Beliau berkelulusan Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Awam dari Universiti Sains Malaysia (USM).   Bapa beliau adalah seorang guru agama dan amat dikenali oleh penduduk kawasannya.   Dengan latarbelakang keluarga dan pekerjaannya, pemilihan Tengku Zaihan sebagai calon langsung tidak mengejutkan masyarakat setempat. 

Tengku Zaihan juga mempunyai sifat rendah diri dan mudah mesra sepertimana kebanyakan ‘orang-orang pantai’ iaitu gelaran yang diberi kepada masyarakat di situ. 
Selain faktor calon, BN juga dilihat mempunyai kelebihan dari segi isu-isu semasa.  Perkembangan selepas PRU-13 menunjukkan bahawa ramai orang-orang PAS mula kembali ke bumi nyata dan menyedari permainan DAP.   Melalui keputusan PRU itu, jelas terbukti bahawa DAP langsung tidak mengundi PAS dan hanya berminat untuk memperjuangkan kepentingan kaum Cina. 

Perlu diingatkan juga bahawa Terengganu merupakan tempat bermulanya perpecahan umat Islam yang bertitik-tolak dari Amanat Haji Hadi, pemimpin PAS negeri itu.   Amanat tersebut telah mengkafirkan UMNO kerana dikatakan menggunapakai perlembagaan penjajah yang sekular kerana memisahkan agama dengan politik. 

Walaubagaimanapun, isu pertukaran agama kanak-kanak di bawah umur yang sedang hangat diperkatakan kini telah memaksa PAS akur bahawa UMNO dan perlembagaan UMNO bukan kafir. Malah UMNO dan perlembagaan itulah yang memastikan agama Islam berada di kemuncak tertinggi di dalam negara ini.  

Namun, DAP terus menerus mencabar kedudukan agama Islam dan Melayu yang mana menyebabkan penyokong-penyokong PAS merasa ‘terganggu’ dan ‘cuak’ untuk terus memberi sokongan kepada PAS selagi parti itu bekerjasama dengan DAP. 

Justeru, kita menyangka BN tidak punya masalah untuk menang besar dalam PRK ini andainya jentera parti bijak mengenengahkan isu-isu semasa seperti ini, selain isu-isu setempat yang dekat dengan masyarakat Kuala Besut. 

Keputusan PAS meletakkan seorang kontraktor iaitu Azlan Yusoff, dilihat tidak akan berjaya menggugat BN.  Azlan berumur 48 tahun lebih dikenali dengan panggilan ‘Che Long’ oleh penduduk tempatan pernah memiliki sebuah stor kayu di daerah itu.
Dari apa yang tersebar di internet, PAS nampaknya menjulang Azlan sebagai ‘orang kaya’ sebagai justifikasi kepada pencalonannya.  

Kita tidak faham bagaimana ‘kaya’ boleh dijadikan modal politik untuk meyakinkan rakyat bahawa calon tersebut berwibawa.  Malah, oleh kerana Azlan menjadi kaya melalui perniagaannya sebagai kontraktor (Kelas A), ramai yang tertanya-tanya projek apa atau tender apa yang telah melonjakkan Azlan sebagai orang kaya.  Bukan kita tidak tahu bahawa kontraktor merupakan sejenis perniagaan yang paling mudah terdedah kepada berbagai jenis ‘kotoran’.   Azlan juga hanya berpendidikan SPM yang mana meletakkan beliau jauh di belakang dari calon BN.   

Berdasarkan semua maklumat ini, tidak hairanlah jika kita melihat gelombang di Kuala Besut semakin  hari semakin ‘biru’ warnanya.  Semoga keputusan PRK nanti turut memantulkan kebiruan laut di pantai Terengganu."



PRK N1 Kuala Besut - Bomba perkembang khidmat

Lokasi : Kg Taman  Tasek, Nail, Kuala Besut, Terengganu

Acara : Lawatan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan melihat tapak baru rumah mangsa kebakaran

Tarikh : 13/7/2013 @ 12.00 pm




Bomba guna teknik Iriskoto untuk bina semula rumah bagi mangsa kebakaran Kg Taman Tasek


1/25
 2
 3
 4  Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato' Abdul Rahman Dahlan
 5
 
 6  Calun BN, Tengku Zaihan bin Che Ku Abdul Rahman bersama Rahman Dahlan
 7
8  Tapak rumah baru bagi mangsa kebakaran
 9
 10

PRK N1 Kuala Besut - Mana pergi penyokong PAS ?

Lokasi : Kompleks Rakan Muda, Kuala Besut, Terengganu

Acara : Penamaan Calun PRK N1 Kuala Besut

Tarikh : 12/7/2013 @ 9.00 am


Proses penamaan calun PRK N1 Kuala Besut berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. Buat pertama kali sejak PRU12, penyokong BN lebih ramai dari penyokong PAS / Pakatan yang mengiring calun mereka ke pusat penamaan calun. Dianggarkan 3,000 penyokong BN diketuai TS Muhyiddin Yassin mengetuai perarakan sementara Haji Hadi pula mengepalai 1,000 penyokong PAS menghantar calun mereka.


1 Calun BN Tengku Zaihan Bin Che Ku Abd Rahman bersama TS Muhyiddin Yassin
 2
 3
 4
 5  Mantan MB Kelantan, Nik Aziz kelihatan lebih ceria kini berbanding semasa menjawab jawatan dahulu...sudah kurang tekanan 
 6  Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali bersama Nik Aziz
 7  Calun PAS, Azlan @ Endut Yusuf bersama calun BN, Tengku Zaihan Bin Che Ku Abd Rahman
 8