Showing posts with label Zambry Abdul Kadir. Show all posts
Showing posts with label Zambry Abdul Kadir. Show all posts

Monday, 7 September 2015

Najib janji bina Youth-City di Tg Malim

Lokasi : Taman D.R Seenivasagam, Ipoh, Perak

Acara : Perasmian SILVERYOUTH FEST 2015

Tarikh : 6/9/2015



Program Silveryouth Fest 2015 ini bersempena Program Tahunan Isteri Wakil Rakyat BN. Idea dan cadangan lahir dari isteri PM, Rosmah Mansor. 
Program bertujuan merapatkan komuniti setempat selain program hanya untuk wakil-wakil rakyat

Turut hadir MB Kedah, Mukhriz Mahathir dan isteri, MB Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman dan isteri, KM Sabah Musa Aman dan isteri
dan Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor, Noh Omar dan isteri

PM Najib Razak turut bersama sepanjang Program yang diatur SUK Perak sejak malam Jumaat sehingga lah kepagi ini.

Untuk menarik dan membentuk Generasi-Y dengan lebih tersusun satu Youth-City (yang pertama) akan dibina di Tanjung Malim tidak lama lagi. Harap-harap Najib Razak akan menunaikan janji manifesto yang dibuat di Kedah semasa PRU13 yang lalu iaitu membina sebuah Litar Motor seperti yang dituntut oleh Majlis Belia Negeri Kedah kelmarin.



1
 2
 3
 4
 5
  6 
 7
 8
 9
10

Monday, 25 May 2015

Lawatan Najib ke Perak, kerusi semua penuh..

Lokasi : RTC, Gopeng, Perak

Acara : Pemimpin bersama rakyat - Lawatan Kerja Perdana Menteri ke Perak

Tarikh  : 23/5/2015


For my early entries please refer to my FB quick upload..

Sebagai anak Perak, saya mengambil kesempatan untuk ke Gopeng bagi menyaksikan sambutan orang Perak keatas lawatan kerja Perdana Menteri (PM) Malaysia, Saya difahamkan oleh pemandu lori yang membawa kerusi ke lokasi bahawa 7,000 kerusi telah dihantar dan disusun dibawah khemah utama dan disekitar nya.

PM  tiba di lokasi pada jam 10.30 pagi setelah melakukan lawatan singkat ke satu lokasi yang lain terlebih dahulu. Pujian harus diberikan kepada tuan rumah kerana berjaya memenuhkan kerusi yang tersedia dan memenuhi matlamat walaupun notis untuk majlis ini dikeluarkan dalam tempoh yang singkat. Jumlah kesemuanya dianggarkan 10,000 yang hadir.

Selepas majlis di Gopeng, PM bergegas pula ke Pekan, Pahang bagi menghadiri satu lagi majlis yang serupa.

Dalam ucapan beliau, PM telah menekankan bahawa beliau terpaksa menjawab dan bertanggungjawab keatas segala jenis perkara dari masalah longkang hinggalah kemasalah di sekolah.



1
Bersama Shaikh Amin (RakyatPost), Fareez (TV3 Ipoh) and Na Ita (PWUM)
 2
 3
Ahmad Husni Hanadzlah & Abdul Rahman Tajuddin
 4
 5
 6
7
  8
 9
 10

Monday, 26 May 2014

P.076 - TPM bersarapan di Pak Ya Kopitiam

Lokasi : Gerai Pak Ya Kopitiam, Teluk Intan

Acara : Bersarapan bersama Timbalan Perdana Menteri

Tarikh : 25/5/2014



 Muhyiddin Yassin beramah mesra dengan pengundi Teluk Intan



1  Bersalaman dengan tuan punya gerai bersebelahan Gerai Pak Ya
  2
 3  Seorang pekerja Majlis Daerah Teluk Intan bernasib dapat menyapa dan bersalaman dengan TPM
 4  Tan Sri melihat sendiri bagaimana Kopi Meleket di bancuh oleh Pak Din yang sudah membuat pekerjaan ini hampir 40 tahun
 5
 6
 7
8 
 9  Lim Kit Siang dan calon DAP terjah TPM 
 10
 11


Thursday, 8 August 2013

Eid Mubarak - Rumah Terbuka Menteri Besar Perak

Lokasi : Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak, Ipoh, Perak

Acara : Rumah Terbuka Eid Mubarak

Tarikh : 8/8/2013 @ 4.00 pm



1
 2
 3
 4

 5
 6
 7
 8
 9  Bakal Sultanah Perak yang jelita dan berjiwa rakyat
 10

Tuesday, 11 June 2013

Ngeh Koo Ham kena ludah percuma




KENYATAAN AKHBAR
PENGERUSI BNBBC PERAK

Kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan, Dato' Ngeh Koo Ham yang menyelar Kerajaan BN Perak kerana mengadakan Sidang DUN selama sehari pada 28 Jun ini ibarat 'meludah ke langit, terpercik ke muka sendiri'.

Pengerusi DAP Perak itu dalam akhbar Sinar Harian Edisi Perak hari ini mengeluarkan kenyataan yang tidak wajar dengan menuduh Kerajaan BN Perak takut untuk berdebat dan "masih dibayangi dengan kerajaan perompak kerana menjalankan sidang dewan dalam waktu yang singkat".

Koo Ham sepatutnya menyelidik kembali apakah yang sebenarnya berlaku semasa sidang dewan pertama sewaktu pakatan pembangkang memerintah Kerajaan Negeri Perak pada 2008.

Sidang pertama pada 25 April 2008 yang bermula pada 3.00 petang juga berlangsung selama beberapa jam sahaja, semata-mata bertujuan memilih Speaker dan Timbalan Speaker serta mengangkat sumpah oleh ADUN-ADUN.

Sudah menjadi kelaziman tidak ada perbahasan pada sidang pertama dewan pada awal penggal, dan ini juga berlaku semasa pakatan pembangkang memerintah Negeri Perak.

Selepas sidang pertama, Kerajaan PR Perak ketika itu mengambil masa dua bulan untuk mengadakan sidang berikutnya, iaitu dari 24-27 Jun 2008 yang ketika itu barulah sesi perbahasan dijalankan.

Nampaknya Koo Ham hanya pandai menuding dan 'meludah' muka orang lain, tetapi dia terlupa sebenarnya dia menuding dan meludah mukanya sendiri.

ADUN-ADUN pembangkang juga tidak banyak memainkan peranan yang aktif sepanjang tempoh sidang Dewan pada penggal lalu, yang hanya dipenuhi dengan adengan memboikot dan keluar beramai-ramai dari Dewan serta tidak berminat membahas dan membawa masalah rakyat.

Kebanyakan isu yang dibangkitkan oleh ADUN-ADUN PR sekadar berkisar isu politik negeri dan negara, tetapi kurang memberikan tumpuan kepada masalah-masalah rakyat termasuklah di Pasir Panjang, Sitiawan dan Pantai Remis ketika itu.

Kata-kata Koo Ham kononnya sidang Dewan tidak memberi banyak ruang untuk mereka membahaskan masalah rakyat adalah tidak masuk akal, kerana masa yang sepatutnya digunakan untuk tujuan itu telah disalahgunakan dan tidak ditumpukan kepada penyelesaian masalah rakyat.

Koo Ham sepatutnya mencermin diri dan partinya terlebih dahulu, sebelum melempar pelbagai tohmahan buruk kepada pihak lawan.

Dato' Mohd Khusairi Abdul Talib
Pengerusi BNBBC Perak
Adun Slim

11 Jun 2013

Sunday, 19 May 2013

EXCO Perak - Pengumuman Portfolio 2013

Lokasi : Kediaman Menteri Besar, Ipoh, Perak

Acara : Sidang media untuk mengumumkan portfolio EXCO Perak

Tarikh : 18/5/2013 @ 3 pm



1. ADUN Pangkor Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir
Menteri Besar Perak
(Pengerusi Jawatankuasa Agama, Kewangan, Keselamatan, Tanah, Sumber Asli, Perancangan Ekonomi, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam)

2. ADUN Behrang, Datuk Rusnah Kassim, 59, 
(Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Integrasi Nasional); 

3. ADUN Ayer Kuning, Datuk Samsudin Abu Hassan, 54, 
(Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Sumber Manusia, Masyarakat Sivil dan Pertubuhan Bukan Kerajaan). 

4. ADUN Belanja, Mohd Nizar Zakaria, 44, 
(Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi); 

5. ADUN Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohamed Radzi, 38, 
(Jawatankuasa Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan); 

6. ADUN Batu Kurau, Dr Muhammad Amin Zakaria, 53,
(Jawatankuasa Pelajaran, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau) dan 

7. ADUN Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya, 46, 
(Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia). 

8. ADUN Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad, 52, 
(Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian, Perumahan dan Kerajaan Tempatan); 

9. ADUN Kamunting, Datuk Mohamad Zahir Khalid, 45, 
(Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor)  

10. ADUN Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin, 47 ,
(Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air)


Nota : ADUN #2-7 - muka baru, #8-10 muka lama


1  Sdr Nizamuddin Mat Isa bekas Setiausaha Akhbar MB Perak baru saja meletakkan jawatan setelah bersama dengan DS Zambry sejak PRU 12. Dengar khabar beliau nak jadi 'Blogger Opportunist"... portfolio apa tuh?
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10  Menurut titah Raja Muda Perak, prestasi setiap ahli EXCO akan dinilai setiap tahun dan berkemungkinan majlis angkat sumpah akan juga diadakan setiap tahun.
 11
 12