Showing posts with label altantuya. Show all posts
Showing posts with label altantuya. Show all posts

Sunday, 12 April 2015

Musa Hassan anggap Tun M tidak menghasut tetapi cuma bertanya dan bukan menuduh

Lokasi : Shah Motel, Petaling Jaya, Selangor

Acara : Sidang media oleh Tan Sri Musa Hassan mengenai POTA (2015) anjuran
NGO, Malaysian Crime Care Community (MCC)

Tarikh : 9/4/2015


Rakyat Malaysia boleh mengkritik kerajaan kalau mereka rasakan kerajaan melakukan perkara yang tidak betul tetapi tidak lah sehingga menghasut orang ramai untuk membenci seseroang pemimpin atau kerajaan. Tan Sri Musa berpendapat bahawa Tun Dr Mahathir bukanlah 'political extremist' kerana teguran beliau tidak berbentuk hasutan dan hanyalah berbentuk pertanyaan untuk mendapatkan penerangan dari pihak kerajaan.

Dalam isu 1MDB kerajaan telah pun memberi jawapan bahawa auditor akan menyiasat , jadi kita tunggu lah untuk laporan auditor. Dalam polimik Sirul pula, Musa memberi nasihat untuk laporan Polis dibuat segera sekiranya ada bukti dan keterangan baru kerana kes tersibut telah pun disiasat rapi dan diputuskan oleh Mahkamah.

Dalam isu Altantuya, Tun Dr Mahathir tidak menuduh Najib terlibat tetapi beliau hanya meminta penjelasan. Oleh itu tidak timbul isu beliau menghasut sesiapa untuk menuduh Najib terlibat.






Tuesday, 7 April 2015

Siasatlah siapa yang sebenarnya beri arahan kepada Sirul untuk bunuh Altantuya

Lokasi : MaGIC, Cyberjaya

Acara : Syarahan "Vision 2020 : Mistakes made, lesson learnt and ways to move forward"

Tarikh : 4/4/2015


Demi keadilan dan untuk tidak melakukan satu kezaliman Tun Dr Mahathir meminta satu sisasatan dilakukan untuk memastikan siapa sebenarnya yang memberi arahan kepada Kpl Sirul Azhar untuk membunuh Altantuya Sharibu.

Kpl Sirul Azhar seorang professional yang melakukan tugasan menurut arahan tanpa soalan.. Beliau juga pernah menjadi pemgawal Tun Dr Mahathir ketika masih memegangjawatan Perdana Menteri.  


1
 2


Thursday, 5 February 2015

Mahfuz minta nyawa bagi pihak Sirul Azhar

Lokasi : Pusat Media, Ibupejabat PAS, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media Ketua Penerangan PAS Pusat

Tarikh : 5/2/2015



Mahfuz Omar mengesahkan bahawa beliau bertemu dengan ibu dan keluarga Sirul Azhar di Perak pada 25/1/2015 yang lalu. Beliau yakin dengan apa yang dikatakan oleh ibu Sirul bahawa Sirul hanya menjalankan arahan bunuh dari orang atasan. Beliau meminta kerajaan Malaysia memberi 'kehidupan' kepada Sirul samada di Malaysia atau pun diluar negara. Mahfuz juga menyatakan kekhuatiran beliau mengenai keselamatan Sirul Azhar diluar negara kerana  pihak-pihak tertentu akan bimbang rahsia mereka didedahkan oleh Sirul..







Friday, 16 January 2015

Kes Altantuya perlu dibicara semula - motif pembunuhan meragukan

Lokasi : Pusat media ibupejabat PAS, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media Ketua Penerangan PAS

Tarikh : 13/1/2015



Kes pembunuhan Altantuya perlu dibuka semula kerana motif pembunuhan amat meragukan 
semua saksi-saksi yang dikecualikan dalam perbicaraan asal harus di panggil dalam
perbicaraan semula ini.






Thursday, 7 February 2013

Najib tidak pernah terlibat dalam kes Altantuya

Venue : Bentong, Pahang

Event : Ceramah Isu Semasa

Date : 3/2/2013 @ 1200 pm


Ini cerita dari mulut peguam yang paling dipercayai Anwar pada suatu ketika dahulu. Tontonilah dan kenal pasti siapa yang berdusta dan berbohong dalam kes pembunuhan Altantuya.  



Tuesday, 1 January 2013

Kerajaan Selangor akan gagalkan transaksi Deepak

Venue : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Event : Sidang media oleh Rafizi Ramli mengenai isu penjualan aset Deepak & LTAT

Date : 31/12/2012 @ 11.00 am






BAYARAN RM160 JUTA KEPADA ASTACANGGIH/AWAN MEGAH JEJASKAN PROJEK-PROJEK KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN MERUGIKAN ANGGOTA TENTERA

Pembayaran yang telah dan akan dibuat kepada Astacanggih Sdn Bhd (“Astacanggih”) dan Awan Megah Sdn Bhd (“Awan Megah”) berjumlah RM160 juta akan menggunapakai dana sedia ada dan pinjaman baru yang terpaksa diambil oleh Bakti Wira Sdn Bhd (“Bakti Wira”).

Bakti Wira adalah anak syarikat milik penuh Boustead Holdings Berhad (“Boustead”). Saham majoriti Boustead dikuasai oleh Lembaga Tabung Amanah Tentera (“LTAT”) iaitu sebanyak 61.36% (rujuk Laporan Kewangan Tahunan Boustead yang terkini mukasurat 212, setakat 29 Februari 2012). Saham selebihnya di dalam Boustead dipegang oleh pelabur minoriti.

Oleh yang demikian, keputusan Dato’ Seri Zahid Hamidi mengarahkan Boustead (melalui anak syarikat Bakti Wira) membuat pinjaman baru untuk membayar RM160 juta kepada Astacanggih dan Awan Megah adalah keputusan yang melibatkan kepentingan dan kebajikan anggota tentera serta pelabur minoriti di dalam Boustead.

Sekiranya pelaburan ini tidak baik dan membebankan Bakti Wira, ia akhirnya akan merugikan anggota tentera dan pelabur minoriti yang terpaksa menanggung kerugian gara-gara tindakan cemas Dato’ Seri Najib Tun Razak yang mahu menutup mulut Deepak.

Bakti Wira juga mempunyai sebuah anak syarikat yang menjalankan kerja pembinaan iaitu Jendela Hikmat Sdn Bhd (“Jendela Hikmat”). Syarikat ini diberikan beberapa kontrak penswastaan yang besar oleh Kementerian Pertahanan, termasuklah projek berjumlah RM230 juta untuk membina dan menyiapkan Kem Muara Tuang, Sarawak.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 mengkritik Jendela Hikmat kerana gagal menyiapkan projek tersebut walaupun telah diberi lanjutan tempoh masa sebanyak 3 kali. Pada ketika itu, Jendela Hikmat memberi alasan bahawa ia berdepan dengan kesempitan kewangan akibat kenaikan kos barang pembinaan sehingga menjejaskan projek yang dilaksanakannya.

Justeru, sekiranya Bakti Wira terpaksa mengambil pinjaman sebanyak RM160 juta untuk membayar Astacanggih dan Awan Megah, bebanan hutang yang baru ini sudah tentu akan melemahkan lagi kedudukan kewangannya yang seterusnya menjejaskan keupayaan Jendela Hikmat menyiapkan projek-projek kerajaan.

Semakan prestasi kewangan terkini Bakti Wira yang difailkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia mengesahkan risiko kewangan yang ditanggungnya berikutan arahan membayar RM160 juta kepada Astacanggih dan Awan Megah.

Bakti Wira yang mengalami kerugian sebanyak RM565,923 bagi tahun 2011 itu terpaksa menanggung kos hutang sekurang-kurangnya RM6.5 juta setiap tahun. Besar kemungkinan, kerugian yang dialami bagi tahun 2012 dan tahun-tahun mendatang lebih teruk dan berpanjangan akibat hutang RM160 juta yang terpaksa ditanggungnya.

Kedudukan kewangan Bakti Wira juga akan dilemahkan dengan hutang RM160 juta yang terlalu besar berbanding dengan asetnya yang kecil iaitu sekitar RM50 juta sahaja. Tambahan lagi, tanah yang kononnya dibeli itu besar kemungkinan tidak dapat dipindahmilik, menyebabkan tidak ada aset baru yang boleh disuntik untuk mengimbangi hutang RM160 juta yang diambil untuk membayar Astacanggih dan Awan Megah.

Maka, keputusan membayar RM160 juta kepada Astacanggih dan Awan Megah ini adalah keputusan yang benar-benar merugikan anggota tentera yang menabung di dalam LTAT dan pelabur minoriti Boustead yang turut sama terjejas.

KEADILAN akan bekerjasama dengan kumpulan-kumpulan bekas anggota tentera termasuk PAHLAWAN dan KERABAT untuk menggerakkan kempen mendesak LTAT menghentikan urusniaga ini secepat mungkin.

KEADILAN juga akan menulis secara rasmi kepada Badan Pengawas Saham Minoriti Berhad (Minority Shareholder Watchdog Group)untuk segera campur tangan di peringkat Boustead bertujuan menghentikan urusniaga ini secepat mungkin.

Desakan dari kedua-dua kumpulan ini dan keputusan Kerajaan Selangor untuk menghalang pemindahan tanah 200 ekar yang cuba dijual (seperti yang diumumkan Pejabat Menteri Besar Selangor semalam) akan menghalang RM160 juta dana awam dari disalahguna bagi kepentingan peribadi Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Sewajarnya, Dato’ Seri Najib Tun Razak perlu berdepan dengan pelbagai tuduhan yang dibuat oleh Deepak dan menyaman Deepak di mahkamah sekiranya tuduhan itu tidak benar, bukannya menyalahgunakan dana awam untuk merasuah Deepak dan Ketua Wanita Umno Selangor seperti ini.

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
31 DISEMBER 2012