Showing posts with label zulkifli noordin. Show all posts
Showing posts with label zulkifli noordin. Show all posts

Monday, 16 March 2015

Anwar didakwa dan dihukum dibawah Taqzir kerana pembuktian dibawah Hudud tidak mencukupi

Lokasi : Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur

Acara : Laporan Polis keatas Nurul Izzah kerana menghina Hakim dan sistem kehakiman

Tarikh : 12/3/2015



Nasihat Zulkifli Noordin... Jangan putar belitkan isu hukum Hudud. Jangan sangka Anwar Ibrahim boleh terlepas sekiranya hukum Hudud dilaksanakan kerana tiada cukup saksi. Pendakwaan dan hukuman masih boleh dilakukan dibawah Taqzir seperti yang diperuntukkan dibawah Seksyen 50 Enakmen Jenayah Syariah Hudud Qisas dan Taqzir PAS Kelantan dan Terengganu

Anwar tidak boleh terlepas begitu sahaja apabila pembuktian dibawah hukum Hudud tidak mencukupi tetapi pendakwaan masih boleh dilakukan dibawah taqzir dan hukuman juga menurut Taqzir dan bukan nya Hudud.





Friday, 13 March 2015

Speaker Dewan Rakyat masih boleh lucutkan Anwar dari keahlian

Lokasi : Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur

Acara : Laporan Polis keatas Nurul Izzah kerana menghina Hakim dan sistem kehakiman

Tarikh : 12/3/2015


Ikuti penjelasan oleh Datuk Zulkifli Noordin bekas peguambela Anwar Ibrahim mengapa Petisyen Pengampunan DiRaja sepatutnya ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat dan tidak diambil kira sebagai proses permohonan sedang berjalan yang secara langsung mengiktiraf status Anwar sebagai Ahli Parlimen.

 Ikuti juga cadangan oleh Datuk Zul mengenai alternatif yang ada dibawah Seksyen 53 Perlembagaan Persekutuan bagi ahli-ahli Parlimen BN menggerakkan usul untuk melupuskan keahlian Anwar Ibrahim kerana tersabit dalam kesalahan jenayah liwat.






TIBAI terkubur TiBABI pula bakal muncul

Lokasi : Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur

Acara : Laporan Polis keatas Nurul Izzah kerana menghina Hakim dan sistem kehakiman

Tarikh : 12/3/2015


Kelab TIBAI (Tolak Insan Bernama Anwar Ibrahim) yang ditubuhkan pada 22/4/2012 telah dibubarkan pada 11/2/2015 setelah Anwar didapati bersalah atas kesalahan meliwat Saiful Bukhari Azlan dan dipenjarakan. TIBAI rasa kerja mereka telah pun selesai.

Tapi kini lain pula cerita setelah berlaku perkembangan terbaru yang bersangkutan Anwar dan keluarga beliau. Mantan Mursyidul Am TIBAI dalam satu reaksi telah mengumumkan bahawa beliau dan rakan-rakan seperjuangan beliau sedang mempertimbangkan untuk menubuhkan kan kelab baru yang di beri nama TiBABI singkatan kepada Tolak Insan Bernama Anwar Bin Ibrahim untuk meneruskan kerja yang nampaknya belum selesai-selesai lagi

Sila baca artikel berikut untuk mengetahui latarbelakang penubuhan dan pembubaran TIBAI

1. Sesudah Anwar masuk kedalam penjara TIBAI tidak lagi relevan

2. Dipandang sepi kepimpinan negara TIBAI gulung tikar ? 







Thursday, 12 March 2015

Izzah hina Hakim dalam Dewan Rakyat mungkin tidak kebal undang-undang

Lokasi : Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur

Acara : Laporan Polis keatas Nurul Izzah kerana menghina Hakim dan sistem kehakiman

Tarikh : 12/3/2015




LAPURAN POLIS
Oleh ZULKIFLI BIN NOORDIN


Balai : Jalan Dang Wangi
Daerah : Dang Wangi
Kontinjen : Kuala Lumpur
No Repot : Dang Wangi/006551/15
Tarikh : 12.03.2015
Waktu : 14.14hrs
Pengadu : Zulkifli Bin Noordin

Pengadu Menyatakan:

Semasa saya berada di pejabat di Wisma Yakin, Jalan Masjid India, 50100 Kuala Lumpur semalam 11 Mac 2015, saya telah menerima satu link videoklip YouTube beralamat di https://youtu.be/RbSMNVMhD0. Setelah membukanya saya dapati ianya adalah satu petikan ucapan Nurul Izzah Binti Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai semasa menyampaikan ucapan dalam Bahas Titah DiRaja dalam sidang Dewan Rakyat pada 10 Mac 2015 yang telah membuat ucapan kononnya atas alasan membaca teks kenyataan bapanya Anwar Bin Ibrahim seperti berikut:

“Dalam tunduk akur kepada kehendak telunjuk tuan-tuan politik, Hakim-Hakim menjadi rakan jenayah pembunuhan kebebasan dan integriti badan kehakiman. Mereka menjual diri mereka kepada syaitan, memperdagangkan nurani mereka demi pulangan kebendaan, kedudukan dan jaminan jawatan”.

“Mereka diberi peluang untuk menebus diri dengan bertindak membetulkan kesilapan badan kehakiman yang lampau, mengembalikan kemuliaan dan mengukir nama baik sebagai pembela sebenar keadilan. Sebaliknya mereka memilih untuk kekal dalam kegelapan”.

Dan selepas beliau ditegur Tuan YDP Dewan mengenai Peraturan 36 (8) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, Nurul Izzah Binti Anwar menyambung:

“Saya hargai, kerana itu saya akan menunggu, apabila Ahli Parlimen Padang Serai membawa usul untuk membahaskan perilaku jahat Hakim-Hakim dalam Mahkamah Persekutuan yang saya harap akan diluluskan oleh pihak Yang DiPertua”.

Saya percaya Nurul Izzah Binti Anwar membuat kenyataan ini dalam konteks mempertikai penghakiman lima (5) orang Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan yang telah pada 10.02.2015 menolak rayuan bapanya Anwar Ibrahim dan mensabitkan beliau dengan kesalahan meliwat pembantunya Saiful Bukhari Azlan dibawah Seksyen 377B Kanun Kesiksaan dan mengekalkan hukuman penjara selama 5 lima (5) tahun.

Saya sesungguhnya percaya kenyataan Nurul Izzah Binti Anwar ini bukan sahaja menghina dan mencera Yang Arif Hakim-Hakim tersebut dan merupakan suatu kenyataan yang “highly contemptuous”, malah ianya berbaur hasutan kerana boleh membawa kepada rakyat dan orang ramai mempertikai dan memandang hina, dan mencurigai integriti, kewibawaan dan kredibiliti Hakim-Hakim Mahkamah tersebut kerana dituduh sebagai:

1. tunduk akur kepada kehendak telunjuk tuan-tuan politik;
2. menjadi rakan jenayah pembunuhan kebebasan dan integriti badan kehakiman;
3. menjual diri mereka kepada syaitan;
4. memperdagangkan nurani mereka demi pulangan kebendaan, kedudukan dan jaminan jawatan;
5. memilih untuk kekal dalam kegelapan;
6. usul perilaku jahat Hakim-Hakim dalam Mahkamah Persekutuan.


Saya percaya kenyataan Nurul Izzah Binti Anwar itu tidak dilindungi oleh kekebalan sesorang Ahli Parlimen seperti diperuntukkan dibawah Perkara 63 Fasal (2) Perlembagaan berdasarkan Perkara 63 Fasal (4) Perlembagaan yang memperuntukkan bahawa kekebalan seseorang Ahli Parlimen dibawah “Fasal (2) tidak terpakai bagi mana-mana orang yang dipertuduh atas suatu kesalahan dibawah Akta Hasutan 1948”; dan ini disahkan oleh Mahkamah Persekutuan didalam kes Datuk Mark Koding v. Pendakwaraya [1982] 2 MLJ 120 FC.

 Min 5.22 **Kenyataan berbaur hasutan yang menyentuh (1) Raja Raja Melayu  (2) Kaum Melayu dan Agama Islam (3) Hakim dan Sistem Kehakiman (4) beberapa Suruhanjaya

Saya dengan ini memohon pihak Polis untuk menjalankan siasatan terhadap Nurul Izzah Binti Anwar dan memohon pihak Pendakwa Raya mengambil tindakan pendakwaan sekiranya didapati ucapan Nurul Izzah Binti Anwar ini sememangnya melanggar mana-mana peruntukkan dibawah Akta Hasutan 1948.

Saya sesungguhnya membuat lapuran ini untuk memastikan integriti dan kewibawaan badan kehakiman dan Hakim-Hakim Mahkamah terpelihara dan terbela.

Sekian lapuran saya.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
21 Jamadil Awal 1436 / 12 Mac 2015





1
2
3
4
5


Wednesday, 25 February 2015

Wan Azizah cuba memperkeldaikan institusi pengampunan DiRaja


Datuk Zulkifli Noordin
KENYATAAN MEDIA

1. Permohonan pengampunan keatas Banduan bernama Anwar Ibrahim oleh isterinya Wan Azizah wajib ditolak kerana ianya dibuat tanpa persetujuan dan/ atau pengetahun Banduan sendiri.

Ini kerana Banduan konsisten dgn pendirian tidak mahu membuat permohonan pengampunan!

Adakah Wan Azizah membuat permohonan ini tanpa pengetahuan atau persetujuan Banduan? Kalau benar Wan Azizah membuat permohonan pengampunan ini tanpa pengetahuan atau persetujuan Banduan, ini adalah satu penghinaan terhadap pendirian Banduan tersebut!

2. Asas kepada sebarang permohonan pengampunan ialah pengakuan salah kpd kesalahan yang disabit, penyesalan atas perlakuan kesalahan itu dan akujanji tidak akan mengulanginya lagi;

3. Elemen2 ini tidak ada dalam permohonan Wan Azizah maka ianya wajib ditolak;

4. Sebaliknya Wan Azizah cuba memperkeldaikan institusi pengampunan DiRaja dengan menjadikan alasan "kehakiman tidak telus" sebagai alasan pengampunan. Ini satu penghinaan keatas institusi pengampunan dan wajib ditolak dan dikenakan tindakan sewajarnya!

6. Permohonan ini juga suatu penghinaan kepada institusi kehakiman yang dilantik dan bernaung dibawah YDP Agong kerana menjadikan alasan "kehakiman tidak telus" sebagai alasan permohonan pengampunan;

7. Kebiasaanya hanya mereka yang dijatuhkan hukuman mati atau penjara sepanjang hayat akan memohon pengampunan bagi tujuan pengurangan hukuman. Bagi seorang yang disabitkan kesalahan meliwat dan dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun adalah sesuatu yang agak "luar biasa" untuk memohon pengampunan atas hukuman, apatah lagi bagi Banduan ini yg selalu meneriak slogan "Lawan Tetap Lawan". Adakah keluarga membuat permohonan pengampunan kerana Banduan dikatakan tidak mampu melawan nyamuk didalam penjara spt yang diadukan oleh isterinya Wan Azizah?

Zulkifli Noordin
Rabu 6 Jamadil Awal 1436
25 Feb 2015


Friday, 13 February 2015

Pesanan Zul Noordin untuk elak ditipu berulang kali oleh Anwar

Lokasi : Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media mengumumkan pembubaran TIBAI

Tarikh : 11/2/2015



Ini pesanan khas dari bekas peguambela Anwar Ibrahim yang telah  bersama-sama bersekongkol dan mejayakan segala perancangan Anwar ketika dipenjarakan dahulu. Pesanan beliau harus didengar dan diambil berat kerana beliau tahu sangat apa yang telah dilakukan dahulu. Beliau yakin akan berlaku ulang tayang lakonan oleh Anwar Ibrahim semasa dalam tahanan kali ini.

Antara saranan "pre-emptive dan preventive actions" beliau .... - pasang CCTV untuk pantau pergerakan Anwar dari setiap sudut dan menggilirkan pegawai yang menjaga beliau. Ikuti saranan sepenuhnya oleh Zulkifli Noordin dalam rakaman berikut..





Thursday, 12 February 2015

Sesudah Anwar masuk kedalam penjara TIBAI tidak lagi relevan (Full Statement)

Lokasi : Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media mengumumkan pembubaran TIBAI

Tarikh : 11/2/2015


Kelab TIBAI (Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim)  yang ditubuhkan pada 22/4/2012 menjelang PRU13yang laluhari ini dibubarkan setelah Anwar Ibrahim didapati bersalah dan dipenjarakan di Penjara Sg Buloh. Kelab tersebut mempunyai Majlis Syura nya yang tersendiri yang anggota nya terdiri daripada mereka-mereka yang pernah berada dalam Keadilan dan rapat dengan Anwar Ibrahim

Ikuti ulasan panjang lebar oleh Mursyidul Am TIBAI Sdr Zahid Md Arip mengapa keputusan diambil oleh Majlis Syura TIBAI untuk gulung tikar.



1
 2
 3
 4
 5


Monday, 19 January 2015

Eric Paulsen sakit jiwa perlu didakwa untuk jadi pengajaran

Lokasi : Pintu masuk Ibupejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur

Acara : Penyerahan memorandum oleh NGO bagi menyatakan sokongan kepada
ketegasan Ketua Polis Negara dalam isu hasutan Eric Paulsen

Tarikh : 16/1/2015


Bottomline -- orang Islam terlalu banyak bersabar sehingga ekstrimis sakit jiwa seperti Eric Paulsen berani mencuba nasib dengan membuat hasutan supaya orang kafir mencurigai khutbah yang teks nya disediakan pihak JAKIM.. Pihak berkuasa disaran untuk membuat pendakwaan keatas Eric Paulsen supaya ianya menjadi pengajaran dan contoh kepada ekstrimis-ekstrimis lain yang ada hati nak ikut langkah beliau. 






Sunday, 12 October 2014

Kerajaan didesak pecat Saifuddin Abdullah sebagai CEO GMM


Entri awal 

1. Gerakan Liberalisme cuba menyelinap masuk diberi tentangan




File pic..


KENYATAAN MEDIA

Saya mengucapkan tahniah dan memberi sokongan penuh kepada YB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang telah membuat kenyataan bahawa KDN telah mengarahkan Jab Imigresen supaya menghalang kemasukan aktivitis sesat Ulil Abshar daripada memasuki Malaysia.

Ini adalah satu tindakan pro-aktif yang saya percaya sangat di alu-alukan oleh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan.

Saya juga mengucapkan tahniah kepada pihak JAKIM & JAWI yang membuat penegasan menghalang dan melarang penganjuran program 'Diskusi Meja Bulat - Tentangan Fundamentalisma Agama Abad Ini' anjuran bersama IRF & GMM yang dijadualkan 18 ini.

Tindakan tegas dan bersepadu pihak berkuasa untuk membenteras dan menghalang penyebaran fahaman dan ajaran sesat dan yang boleh merosakkan aqidah umat ini sangatlah dialu-alukan.

Diwaktu yang sama, saya mendesak pihak berkuasa juga mengambil tindakan tegas terhadap indvidu & pertubuhan yang terlibat dengan penganjuran aktiviti sesat dan menyesatkan ini tanpa mengira siapa mereka atau kedudukan mereka samada dalam kerajaan atau tidak!

Kegiatan seperti ini mesti dibendung di akar umbinya supaya terus bercambah dan merosakkan keharmonian agama.

Kita melihat ketegasan pihak berkuasa terhadap Kumpulan Al-Arqam yang dirungkai sampai ke akar umbi menyebabkan ia tidak boleh bernyawa lagi.

Fahaman sesat liberalisma agama dan pluralisma aqidah ini adalah lebih membahayakan daripada Al-Arqam kerana ianya bersifat global dan mempunyai rangkaian antarabangsa yang jika dibiarkan boleh merosakkan kesucian Islam dan keharmonian antara agama yang dikecapi selama ini.

Saya juga mendesak Kerajaan supaya mengkaji semula kedudukan Datuk Saifudin Abdullah sebagai CEO Yayasan GMM dengan tujuan memecat beliau daripada jawatan tersebut kerana aliran pemikiran, sikap dan tindak tanduk beliau sangat tidak sesuai, malahan bercanggah dengan aspirasi dan gagasan wasathiyah yang dicetuskan oleh YAB PM.

Sekian terima kasih.

Zulkifli Noordin
18 Zul-Hijjah 1435
12 Okt 2014


P.S Ramai lagi calon yang berkelayakan dan berintegriti serta berkeperibadian tidak mencurigakan. Saifuddin Abdullah is not indispensable and should be replaced immediately.


Saturday, 11 October 2014

Liberalisma dan pluralisma sesat dan lebih bahaya dari Arqam

Lokasi : IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur


Tarikh : 9/10/2014


Pluralisma dan liberalisma membabitkan akidah umat Islam dan lebih bahaya lebih Arqam. Gerakan liberalisme yang dipelopori Anwar Ibrahim lebih bersifat menyeluruh dan global berbanding Arqam yang menyendiri atau bergerak in-isolation . 

Kehadiran Dr Ulil Abshar yang dijadualkan di Kuala Lumpur pada 18/10/2014 menimbulkan banyak tanda tanya dan kesangsian. Hebahan yang telah dibuat  jelas menunjukkan bahawa Global Movement of Moderates (GMM) adalah penaja bersama dengan Islamic Renaisance Front (IRF). 

Seperti yang diketahui umum, GMM adalah NGO yang mendapat peruntukan kewangan dari Jabatan Perdana Menteri, maka timbul lah persoalan yang lebih besar.. Siapa kah dalang sebenar dalam penajaan program yang melibatkan Dr Ulil Abshar. Adakah ini kes terlepas pandang ? Kes jahil atau Kes persekongkolan terancang ???.. Pihak berkuasa disaran untuk membuat siasatan terperinci..


Penafian pembabitan oleh CEO Global Movement of Moderates, Saifuddin Abdullah boleh dibaca di SINI





Thursday, 9 October 2014

Gerakan Liberalisme cuba menyelinap masuk diberi tentangan

Lokasi : IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur

Acara : Laporan Polis oleh Zulkifli Noordin membantah kehadiran Ulil Abshar Abdalla di Malaysia bagi menghadiri satu diskusi meja bulat

Tarikh : 9/10/2014


Video dan maklumat dari blog Zul Noordin memadai untuk memahami isu yang berbangkit



TRAVERS POLIS REPOT 008226/2014
ZULKIFLI BIN NOORDIN
Khms 09 Okt 2014
(Layari www.zul4kulim.blogspot.com utk butiran lanjut)

Saya telah menerima maklumat bahawa IRF (Islamic Renaissance Front) dengan kerjasama GMM (Global Movement of Moderates) akan mengadakan satu program dipanggil "Diskusi Meja Bulat" membawa tajuk "Tantangan Fundamentalisma Agama Abad Ini".

Program dijadualkan pada 18 Oktober 2014 dari jam 11 am hingga 1 pm di Bilik Persidangan GMM, Tingkat 15, Menara Manulife, Bukit Damansara Kuala Lumpur.

Menurut risalah dan aturcara yang disebarkan, majlis akan dirasmikan oleh Datuk Saifudin Abdullah, Pengerusi GMM dan ucap-utama oleh Dr Ulil Abshar Abdalla dengan intervenor Dr Ahmad Farouk Musa & Prof Tajudin Rasdi.

Mengikut maklumat yg diperolehi daripada pejabat Mufti WP di laman http://www.muftiwp.gov.my/doc/GERAKAN_ISLAM_LIBERAL.pdf, Ulil Abshar Abdalla adalah "pengasas dan koordinator Jaringan Islam Liberal Indonesia (JIL) yang telah membuat kenyataan berikut dalam beberapa media massa yang menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W., antaranya:

"1. Menurut Ulil, tidak ada yang disebut hukum Tuhan dalam pengertian seperti yang di fahami kebanyakan orang Islam, misalnya hukum Tuhan tentang pencurian, jual beli, pernikahan, pemerintahan dan lain-lain “ (Kompas, 18 November, 2002).

2. “Rasul Muhammad adalah tokoh historis yang harus dikaji dengan kritis sehingga tidak hanya menjadi mitos yang dikagumi saja, tanpa memandang aspek-aspek beliau sebagai manusia yang juga banyak kekurangannya”. (Kompas : 18 November 2002)

3. “Islam – seperti pernah dikemukakan cek Nur dan sejumlah pemikir-pemikir lain – adalah ‘nilai generis’ yang bisa ada di Kristen, Hindu, Budha, Konghucu, Troisme..... bisa jadi kebenaran ‘Islam’ ada dalam filsafat marxisme”. Kompas, 18 November 2002);

4. Semua agama sama. Semuanya menuju jalan kebenaran. Jadi Islam bukan yang paling benar”. (Gatra, 21 Disember 2002);

5. “Larangan Kawin beda agama bersifat kontekstual.... Pada zaman Nabi, Umat Islam sedang brsaing untuk memperbanyak umat. Nah saat ini, Islam sudah semiliar lebih. Kenapa harus takut kawin dengan yang di luar Islam “. (Gatra, 21 Disember 2002)

Saya difahamkan bahawa Dr. Ulil Abshar Abdalla telah disenaraikan sebagai salah seorang individu yang merupakan pengasas dan pemimpin Jaringan Islam Liberal di Indonesia yang menganut dan menyebarkan fahaman liberalisme, pluralisme dan sekularisme agama.

Saya difahamkan bahawa fatwa telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa membuat ketetapan fahaman liberalisma dan pluralisma adalah suatu ajaran sesat dan bertentangan dengan Islam. Sila rujuk http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/aliran-pemikiran-liberal-hukum-dan-implikasinya-kepada-islam-di-malaysia 


Butiran penuh program ada di SINI

1
 2
 3
 4
 5
 6


Wednesday, 3 September 2014

DAP-PAS-PKR jelas derhaka Titah Tuanku Sultan, tak reti bahasa Melayu mudah




KENYATAAN MEDIA

Saya merujuk kepada isu penamaan calon MB Selangor oleh pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS.

Ternyata bahawa PKR & DAP telah mengemukakan hanya satu nama iaitu Wan Azizah, manakala PAS mengemukakan dua nama iaitu Wan Azizah & Azmin Ali.

1. Pertama, ini adalah penderhakaan kepada titah Tuanku yang telah menitahkan supaya mereka mengemukakan tidak kurang daripada dua nama.

2. Kedua, kedua-dua nama ini tidak layak menjadi MB. Bukan kerana kedua-duanya anak kelahiran Singapura & bukan anak Selangor. Tetapi kedua-duanya tidak mempunyai kewibawaan & integriti untuk menduduki jawatan MB ini.

3. Ketiga, ini membuktikan sebenarnya entiti yang dinamakan 'Pakatan Rakyat' sebenarnya adalah 'Pecahan Rakyat'. Bagaimana mereka boleh mengaku sebagai sebuah 'pakatan' sedangkan dalam soal pokok seperti siapa patut menjadi MB pun mereka berpecah!

Sebenarnya secara tidak rasmi Pakatan Rakyat sudah berkubur, secara rasminya mereka memang tidak ujud.

Saya cadangkan kepada Tuanku supaya menolak kesemua senarai yg dikemukakan kerana ianya tidak mematuhi titah Tuanku.

Jelas mereka tidak memahami bahasa Melayu yang mudah!

Elok dititahkan mereka patuhi titah Tuanku. Selagi mereka tidak faham erti mentaati titah seorang Raja yang berdaulat, elok jangan dilayan mereka ini.

Sekian terima kasih!

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
08 Zul-Qaedah 1435
03 Sept 2014

Monday, 4 August 2014

PAS hilang kewibawaan sebagai pejuang Islam untuk ganti UMNO

Lokasi : Ballroom Menara Felda, Kuala Lumpur

Acara : Iftar Ramadan

Tarikh : 3/7/2014


Ikuti ulasan Zulkifli Noordin mengenai PAS yang sentiasa dirundung malang dengan cita-cita mereka ingin menjadi peneraju dalam memperjuangkan Islam di tanahair Malaysia. Semua nya gara-gara sikap mereka yang sentiasa menjadi 'budak suruhan' kepada DAP dan PKR walaupun bersendirian mereka mempunyai kekuatan yang tidak ada pada DAP & PKR walau digabung sekalipun.




Friday, 1 August 2014

Allah has no bearing on Christian's worship

Lokasi : Ballroom Menara Felda, Kuala Lumpur

Acara : Iftar Ramadan

Tarikh : 3/7/2014


Perutusan khas kepada Christian extremist. The non usage of the word Allah won't have any bearing on their worship of God....  Ikuti perutusan sepenuhnya dari Zulkifli Noordin





Wednesday, 30 July 2014

UMNO perlukan Melayu sedangkan Melayu ada pilihan lain

Lokasi : Ballroom Menara Felda, Kuala Lumpur

Acara : Iftar Ramadan

Tarikh : 3/7/2014


Tindak tanduk kurang ajar yang menjadi jadi sejak kebelakangan ini oleh bangsa lain terhadap orang Melayu, agama Islam dan Institusi DiRaja adalah berpunca dari sikap Melayu itu sendiri yang berpecah dari segi politik. UMNO yang menjadi tunjang siasah politik orang Melayu perlu melakukan perubahan bagi menunjukkan bahawa mereka memerlukan sokongan orang Melayu untuk meneruskan agenda mereka dan bukan nya orang Melayu yang memerlukan mereka bagi mencapai cita-cita orang Melayu. Fikir-fikir kan lah..





Saturday, 22 March 2014

N25 Kajang - Anwar zalimi diri bila enggan bersumpah bersih nama

Lokasi : Taman Muhibbah, Kajang, Selangor

Acara : Ceramah Pentas Politik Perdana

Tarikh : 20/3/2014


Perkara yang paling mudah dan tidak memerlukan perbelanjaan untuk membersihkan nama dan menghilangkan syak wasangka terhadap beliau. Namun beliau enggan berbuat demikian walaupun diminta oleh sahabat baik dan terdekat beliau. Sebaliknya Saiful Bukhari telah melakukan nya dua kali termasuk sekali didepan Kaabah. Siapa yang menzalimi siapa sebenarnya ?




Friday, 21 March 2014

N25 Kajang - Anwar zalimi diri dengan menolak ujian DNA

Lokasi : Taman Muhibbah, Kajang, Selangor

Acara : Ceramah Pentas Politik Perdana

Tarikh : 20/3/2014


Zul Noordin cadangkan kepada Anwar supaya bagi sample darah bagi tujuan pengesahan DNA kerana beliau sangka Anwar difitnah. Yang pastinya Anwar menolak cadangan yang boleh memudahkan penolakkan pertuduhan keatas beliau. Mengapa beliau enggan beri sample darah? Siapa yang menzalimi siapa?



N25 Kajang - Anwar zalimi diri apabila enggan jadi saksi liwat

Lokasi : Taman Muhibbah, Kajang, Selangor

Acara : Ceramah Pentas Politik Perdana

Tarikh : 20/3/2014


Anwar menolak peluang mempertahankan diri dalam kandang saksi.. jadi salah siapa? Siapa menzalimi siapa ?





N25 Kajang - Anwar zalimi diri dengan melantik Karpal

Lokasi : Taman Muhibbah, Kajang, Selangor

Acara : Ceramah Pentas Politik Perdana

Tarikh : 20/3/2014


Apa alasan sebenar Anwar melantik Karpal Singh sebagai peguam bela beliau bilamana sudah terang terangan Karpal Singh lah yang mula-mula sekali menuduh beliau terlibat dalam kegiatan homoseksual ?



Wednesday, 8 January 2014

Kenyataan Majlis Konsultansi Perpaduan Nasional dikecam

Lokasi : Pejabat MUAFAKAT, Taman Melawati, Selangor

Acara : Sidang Media NGO Islam mengecam kenyataan Majlis Konsultansi  Perpaduan Nasional (MKPN) berhubung serbuan dan rampasan injil berbahasa Melayu oleh pihak JAIS..

Tarikh : 7/1/2014 @ 3.00 pm

Video kenyataan penuh gabungan NGO Islam


KENYATAAN MEDIA
PERTUBUHAN-PERTUBUHAN MELAYU-ISLAM
Selasa 05 Rabi’ul Awal 1435 / 07 Januari 2013
Kami mengecam keras kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Konsultansi Perpaduan Nasional (MKPN) yang mengadakan perbincangan semalam mengenai isu kalimah ALLAH dan perampasan bibel versi Bahasa Melayu oleh JAIS baru-baru ini.
Dalam kenyataan yang disampaikan oleh Pengerusi MKPN Tan Sri Samsudin Osman seperti yang dilapurkan oleh media cetak dan elektronik termasuk media portal dan siber, MKPN dipetik sebagai mengkritik JAIS atas alasan kononnya tindakan JAIS itu adalah satu ‘blatant disregard for the agreed 10-Point Resolution‘ yang kononnya dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan dan dipersetujui oleh pihak kristian.
Kami mengecam tindakan dan kenyataan MKPN itu atas alasan-alasan berikut:
1. Pihak JAIS langsung tidak dipanggil menghadiri mesyuarat tersebut, atau diberi peluang memperjelaskan tindakan mereka atau membela diri mereka. Pada kami ini adalah satu pencabulan hak asasi dan pelanggaran prinsip keadilan sejagat (natural justice) yang tidak sepatutnya dilakukan oleh sebuah badan yang ditubuh untuk tujuan memupuk perpaduan nasional;
2. Tindakan JAIS adalah dalam menguatkuasakan peruntukkan undang-undang jenayah iaitu Seksyen 9 Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam 1988 yang berkuatkuasa didalam Negeri Selangor. Seksyen tersebut dengan jelas melarang penggunaan beberapa kalimah termasuk kalimah ALLAH dan menjadikan pelanggarannya suatu perlakuan jenayah;
3. Tindakan JAIS bukannya merampas bibel versi Bahasa Melayu per se, tetapi merampas penerbitan yang melanggar Seksyen 9 tersebut, iaitu disyaki mengandungi perkataan-perkataan yang dilarang penggunaannya termasuk kalimah ALLAH. Ini adalah satu kesalahan jenayah yang, jika cukup bukti, boleh dikenakan tindakan pertuduhan jenayah di Mahkamah Jenayah sivil;
4. Oleh itu, tidak timbul soal JAIS harus berbincang atau berunding dengan mana-mana pihak yang disyaki melakukan suatu perlakuan jenayah. Sebagaimana agensi penguatkuasaan yang lain, tugas, tanggungjawab dan bidang kuasa JAIS adalah untuk menguatkuasakan undang-undang dan mencegah sebarang perlakuan jenayah;
5. Sama juga seperti agensi penguatkuasaan yang lain seperti polis dan lain-lain. Contohnya pihak polis tidak menahan sesebuah kenderaan per se, tetapi menahan kenderaan itu kerana disyaki membawa dadah. Adakah perlu diwajibkan pihak polis berunding dengan pemandu tersebut sebelum mengambil tindakan? Namanya pun agensi penguatkuasaan, maka tindakan JAIS menguatkuasakan undang-undang adalah dalam bidangkuasanya dan menjadi tanggungjawab dan kewajipan yang harus dilaksanakan.
6. Sekiranya mana-mana OYDS (Orang Yang Di Syaki) atau OKT (Orang Kena Tuduh) merasakan mereka mempunyai pembelaan dalam mana-mana prosiding pertuduhan jenayah, maka mereka mempunyai hak mengemukakan pembelaan tersebut didalam Mahkamah dalam prosiding tersebut. Tidak timbul soal hak asasi dan hak membela diri mereka dicabuli atau dilanggar!
7. Berkaitan 10-Point Resolution yang dijadikan sandaran oleh MKPN, ianya sudah dihujahkan di Mahkamah Rayuan dengan panjang lebar dalam isu kalimah ALLAH. 10-Point Resolution itu adalah berkaitan dengan soal kemasukan dan pengimpotan bible versi bahasa Melayu kedalam negara ini. Ia langsung tidak menyentuh dan tidak ada kena-mengena dengan isu kalimah ALLAH.
Sebagai pihak yang berbidangkuasa didalam hal-ehwal impot-ekspot dan perdagangan antarabangsa, Kerajaan Persekutuan berhak memberi kelonggaran atau syarat kepada mana-mana pihak yang mahu membawa masuk atau mengimpot apa juga barangan daripada luar.
8. Dan sebagaimana dalam soal kemasukan dan impot-ekspot barangan luar kedalam negara ini, ianya wajib mematuhi undang-undang negara. Dan undang-undang negara melarang penggunaan beberapa kalimah dan perkataan tertentu dalam mana-mana penerbitan termasuk kalimah ALLAH. Maka membawa masuk atau mengimpot mana-mana penerbitan yang mengandungi perkataan atau kalimah yang dilarang adalah prima facie satu pelanggaran undang-undang yang boleh dikenakan tindakan termasuk merampas bahan penerbitan itu dan dikenakan pertuduhan jenayah di mana-mana Mahkamah Jenayah sivil;
9. Selanjutnya, 10-Point Resolution tersebut hanyalah dasar dan polisi Kerajaan. Mana-mana pihak yang mempunyai sedikit asas pengetahuan perundangan akan sedar bahawa dasar dan polisi Kerajaan tidak boleh melanggar, bercanggah atau bertentangan dengan mana-mana undang-undang negara. Dan jika ianya bercanggah, bertentangan atau melanggar mana-mana undang-undang negara, ianya tidak terpakai dan tidak boleh dikuatkuasakan.
Kami kesal melihat pihak MKPN seolah-oleh tergesa-gesa dan gopoh dalam menangani isu ini. Mengapa pihak MKPN tidak memanggil semua stake-holder dan pihak yang berkepentingan untuk memberi penjelasan atau hujah masing-masing sebelum MKPN membuat sebarang keputusan?
Apa yang kami khuatirkan ialah kelak nanti timbul persepsi seolah-olah MKPN dipenuhi oleh golongan tertentu yang mewakili suara kumpulan tertentu dan sekadar menjadi mouthpiece kepada pihak berkepentingan.
Jika persepsi ini berlaku, maka tanggungjawab legal dan moral MKPN untuk menjadi sebuah badan tanpa kepentingan bertujuan untuk mencari kata sepakat dalam mencapai dan memupuk perpaduan nasional dan keharmonian antara pelbagai agama dan kaum akan gagal; malah sebaliknya akan dilihat lebih mengeruhkan keadaan lagi.
Pada kami MKPN telah gagal dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya secara matang, profesional dan berhemah dengan mematuhi lunas-lunas hak asasi dan prinsip keadilan sejagat (natural justice).
Mengapa isu ini langsung tidak dilihat dari perspektif umat Islam? Apakah umat Islam di Malaysia ini sudah tidak ada hak dalam mempertahankan aqidah dan hak asasi kami untuk menganut, mengamal dan melaksanakan agama Islam dengan aman dan harmoni sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan?
Apakah umat Islam di Malaysia sudah tiada hak didalam negara yang menjadikan Islam sebagai agama bagi Persekutuan?
Satu perkara yang perlu kami tegaskan ialah kita tidak pernah menghalang umat kristian untuk menganut, mengamal dan melaksanakan kepercayaan mereka. Malah kita berbangga Malaysia sebagai sebuah negara umat Islam merupakan antara negara yang mengamalkan sifat toleransi agama dan kaum yang sangat tinggi, dan begitu akomodatif terhadap agama dan bangsa lain walaupun kita menjadi tunjang pemerintahan sejak zaman Kesultanan Melayu sehinggalah era pemerintahan moden ini.
Dan antara rahsia besar pengekalan keamanan dan keharmonian serta perpaduan unik ialah kerana sikap umat Melayu-Islam yang cukup bertolak ansur dan toleran.
Oleh itu kita berharap tidak ada mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan menguji kesabaran dan sikap toleran umat Melayu-Islam, terutama dalam hal berkaitan bangsa Melayu dan agama Islam. Kerana tiap kesabaran ada hadnya; dan mencabul dan menghina agama Islam dan bangsa Melayu adalah sempadan yang rapuh yang memungkinkan pelbagai perkara berlaku.
Oleh itu kita memberi amaran kepada semua pihak supaya bersikap rasional dan matang dalam menjaga keharmonian antara agama dan perpaduan nasional yang telah kita bina begitu lama. Jangan sampai ianya tercemar dek kerana nafsu dan keghairahan segelintir antara kita yang tidak langsung mengerti untuk menghormati sensitivit dan hak orang lain.
Sekian terima kasih
KENYATAAN INI ADALAH MEWAKILI PERTUBUHAN-PERTUBUHAN BERIKUT:
  1. Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia – MUAFAKAT
  2. Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara – PERKASA
  3. Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam – PEMBELA
  4. Persatuan Peguam Muslim Malaysia – PPMM
  5. Jalur Tiga – JATI
  6. Peguam Pembela Islam – PPI
  7. Institut Pemikiran Tradisional Islam – IPTI
  8. Ikatan Muslimin Malaysia – ISMA
  9. Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia – ASWAJA
  10. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
  11. Persatuan Angkatan Islamiah Malaysia (P.A.I.M.)
  12. Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)
  13. Pertubuhan Professional Muslim (Pro-Muslim)
  14. Persatuan Nur Alamiyyah
  15. International Muslim Consumer Association (IMCA)
  16. Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID)
  17. Persatuan Jaringan Kaseh Ixora Putrajaya (JKIP)
  18. Gabungan Bela Hak Insan Pinang (GABUNGAN)
  19. Badan Anti IFC (BADAI)
  20. Sekreteriat Dakwah Pulau Pinang (SDPP)
  21. Raudhatul Huda Pulau Pinang (RH)