Showing posts with label ampang. Show all posts
Showing posts with label ampang. Show all posts

Friday, 12 August 2016

Pihak berkuasa tidak telus dalam isu perobohan Ampang Park ??

Acara - Sesi pertemuan antara PERKASA dengan pemilik premis / peniaga Ampang Park

Lokasi - Karaoke lounge tingkat lima Ampang Park

Tarikh - 10/8/2016



Video 1 - Ibrahim Ali setelah mendengar segala hujah dan maklum balas dari pemilik premis dan peniaga serta pandangan peguam Perkasa, membuat rumusan bahawa ada 'udang disebalik batu' dalam isu pengambilan balik hakmilik premis untuk memberi laluan kepada projek LRT oleh syarikat MRT. Ini kerana walaupun mahkamah telah memihak kepada MRT, tiada sebarang pelan perancangan yang kukuh yang telah diketengahkan oleh MRT. Pihak pemilik bercadang untuk mengemukakan rayuan kepada mahkama rayuan. 


********************************************************************************
1
Wakil pengurusan Ampang Park
 2
Ketua Cawangan UMNO dalam Kg Baru .. pemilik beberapa premis perniagaan dalam Kompleks Ampang Park.
 3
 4
Wakil peniaga / pemilik premis yang masih belum jelas mengenai hak mereka.
 5


Sunday, 16 August 2015

Rakyat Malaysia ditakutkan dengan konspirasi gulingkan kerajaan ?

Lokasi : Dewan Dato' Setia Mufti Shuib, Ampang

Acara : Perasmian Mesuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ampang

Tarikh : 15/8/2015


Dalam keadaan ekonomi negara yang sedang gawat dan suasana politik yang semakin tidak menentu, rakyat Malaysia hari ini dikejutkan dengan pendedahan oleh Zahid Hamidi bahawa satu 'komplot jahat' oleh seorang pemimpin UMNO / BN sedang digerakkkan untuk menjatuhkan Najib Razak dan kabinet beliau.

Cara nak menjatuhkan kerajaan Najib Razak ialah melalui Akuan Bersumpah atau Sttautory Declaration oleh cukup jumlah Ahli Parlimen yang menyatakan hilang kepercayaan kepada Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia. Akuan Bersumpah ini akan diserahkan kepada YDP Agong untuk mendapat perkenan dan seterusnya melantik Perdana Menteri yang baru tanpa perlu melalui proses pembubaran Dewan Rakyat.

Saya difahamkan proses ini dapat dilakukan mengikut prosedur ketika menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat / Nizar Jamaluddin di Perak. Ketika itu kesemua ADUN BN menandatangani Akuan Bersumpah ditambah dengan tiga ADUN Pakatan Rakyat yang berpaling tadah. Sultan Azlan ketika itu telah memperkenankan pertukaran Menteri Besar Perak dari Nizar Jamaluddin kepada Zambry Kadir tanpa melakukan pembubaran DUN dan pilihanraya negeri sekali lagi.

Saya juga mendapat khabar bahawa Tun Dr Mahathir telah melakukan pertemuan berasingan bersama Muhyiddin Yassin, Zahid Hamidi dan Tengku Razali pada hari Selasa 13/8/2015 sbelum beliau berangkat ke Italy. Itu sahaja yang dapat saya berkongsi bersama pembaca sekalian. Yang pastinya Zahid Hamidi akan menggunakan segala kelebihan yang beliau ada sebagai Menteri Dalam Negeri untuk melakukan 'Counter Strike' dan memastikan masa depan politik beliau tidak tergugat.   



1
 2
 3
Saya hanya guna G-Shock
 5
Saya hanya guna G-Shock
 6
 7
 8
 9
 10