jinggo-fotopages is a photo blog specialising in Malaysian Politics. Original photos / pics / pix / foto of Perikatan Nasional, Muafakat Nasional, Barisan National, UMNO, PAS, DAP, PKR, PPBM. Only originals. No copy and paste will be displayed. Oppositions or government of the day fear me not, call me at 019-2781869 or Mail : minaqjinggo13@gmail.com if you have news or events to share.
Showing posts with label anggraini sentiyaki. Show all posts
Showing posts with label anggraini sentiyaki. Show all posts
Acara : Jejak Sahur Kementerian WP disempurnakan oleh DS Anggraini Santiyaki isteri kepada Menteri WP
Lokasi : Lima rumah kebajikan sekitar Kuala Lumpur
Tarikh : 28/6/2016
KEMBARA SAHUR KESINAMBUNGAN INISIATIF CSR KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN DI BULAN RAMADAN
KUALA LUMPUR, 28 Jun 2016 – Kembara Sahur anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dengan kerjasama Badan Amal Kasih Ibu Wilayah Persekutuan, Iconic Paragon S/B, Apple Vacation dan Caritutor.My merupakan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di bulan Ramadan 2016/1437H. YBhg. Datin Seri Utama Datuk Anggraini Sentiyaki, Isteri kepada YB Menteri Wilayah Persekutuan turut menyertai para sukarelawan menyampaikan sumbangan Nur Ramadan kepada 5 buah rumah anak yatim dan perlindungan pada malam ini.
2.Kembara Sahur ini merupakan kesinambungan daripada aktiviti CSR KWP sebelum ini yang telah diadakan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2016 pada Februari yang lalu. Lima (5) buah rumah anak yatim dan perlindungan yang terlibat dengan Kembara Sahur ini adalah Rumah Perlindungan Dan Anak Yatim Raudhatul Jannah, Rumah Amal Permata Hatiku, Pusat Jagaan Sri Mesra, Rumah Perlindungan Nur Hati dan Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia.
3.Di atas inisiatif YBhg. Datin Seri Utama Datuk Anggraini Sentiyaki sendiri, pelaksanaan program CSR di bulan Ramadan ini adalah merangkumi rumah anak yatim dan perlindungan yang telah menjadi keluarga angkat KWP semasa sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2016 yang lalu. Melalui aktiviti Kembara Sahur ini dapat mengeratkan lagi hubungan KWP dengan anak-anak dan warga emas yang tinggal di rumah-rumah berkenaan. Inisiatif CSR ini merupakan keprihatinan pihak kerajaan khususnya KWP dan NGO’s terhadap golongan yang memerlukan serta membantu penerapan penghayatan dalam menjalani ibadah puasa dan menyambut ketibaan Aidilfitri.
4.Setiap penghuni akan menerima sumbangan Nur Ramadan berupa wang tunai RM150.00 setiap seorang, barangan keperluan harian, kuih raya dan makanan sahur. Jumlah keseluruhan penerima sumbangan adalah seramai 136 orang yang disampaikan sendiri oleh Datin Seri Utama Datuk Anggraini Sentiyaki. Keseluruhan sumbangan wang tunai berjumlah RM20,400.00, beras (400 kg) dan gula (80 kg) adalah sumbangan KWP. Manakala sumbangan serunding sebanyak 167 pack dan 45 botol kuih raya adalah dari Badan Amal Kasih Ibu Putrajaya. Pihak Iconic Paragon S/B dan Apple Vacation berbesar hati memberi sumbangan KFC dan bubur nasi McD (untuk warga emas sahaja) kepada semua penghuni termasuk penjaga untuk hidangan sahur. Setiap rumah juga menerima sumbangan barangan dari Caritutor.My iaitu 5 kg minyak masak, 3 kg bihun, mee maggi, 10 tin susu pekat manis dan 10 tin sardin.
5.Diharapkan menerusi penganjuran aktiviti kemasyarakatan dan program-program CSR sempena bulan ramadan 2016 ini akan memberi impak yang besar dalam penglibatan rakyat secara umum serta memberi peluang kepada semua warga Wilayah Persekutuan untuk menyertai setiap aktiviti dan program yang dianjurkan. Ini adalah bertepatan dengan bulan yang mulia ini dalam membantu golongan yang memerlukan bagi menerapkan erti kesyukuran dengan nikmat yang diberikan dalam kehidupan. Semangat kasih sayang dan tolong-menolong dalam masyarakat di Wilayah Persekutuan amatlah perlu bagi memastikan keharmonian serta perpaduan warga Wilayah terus dikekalkan demi kebaikan dan kesejahteraan bersama.
Acara : Isteri Menteri WP bersama Penghuni Pusat Transit Gelandangan di Program Kaseh Ramadan 2016/1437H
Lokasi : Pusat Transit Gelandangan Jalan Pahang, Kuala Lumpur
Tarikh :, 13/6/2016
Kenyataan Media
Program Kaseh Ramadan adalah bertujuan untuk merapatkan ukhuwah di kalangan penghuni, Pertiwi Soup Kitchen, Unggas KL, Merci Chef Malaysia, Kechara Soup Kitchen dan Kementerian Wilayah Persekutuan disamping memastikan kebajikan penghuni dijaga dengan sebaikny. Kehadiran Isteri YB Menteri Wilayah Persekutuan menunjukkan keprihatinan beliau terhadap penghuni yang merupakan golongan kurang bernasib baik dan berjauhan daripada keluarga. Program seumpama ini merupakan saluran untuk penghuni meluahkan perasaan dan berkongsi suka duka tertuamanya bagi mereka yang tiada tempat bergantung dan hidup sebatang kara. Secara tidak langsung melalui progran ini akan memperkukuh dan memperkayakan lagi interaksi antara pihak kementerian dan agensi dengan penghuni. Ini seterusnya dapat menerapkan nilai rasa kasih sayang dan prihatin di kalangan semua pihak dalam memastikan kelansungan kehidupan golongan gelandangan dijaga dan dibantu sebaiknya.
Sepanjang bulan Ramadan Al-Mubarak ini pelbagai aktiviti telah disusun supaya penghuni dapat mengimarahkan dan mengambil keberkatan di bulan Ramadan. Antara aktiviti pengisian kerohanian yang mendapat kerjasama dari NGO's adalah seperti sahur, tazkirah dan solat subuh berjemaah. Selain itu turut diadakan kelas mengaji dan solat terawih berjemaah dengan diketuai oleh wakil dari Pusat Pengajian Al-Quran Universiti Malaya. Ini merupakan inisiatif kerjasama strategik antara WP dan Yayasan Kebajikan Negara melalui sokongan dari NGO bagi merealisasikan aktiviti sepanjang bulan Ramadan dilaksanakan dengan konsisten dan teratur.
Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melalui kerjasama Malaysian Resources Corporation Berhad dalam membina bangunan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan demi keselesaan penghuni. Banguan tiga tingkat ini mempunyai kemudahan asas seperti ruang penginapan yang mampu menampung sehingga 250 orang dan mempunyai kemudahan asas seperti bilik mandi, tandas, bilik dobi, ruang makan, tempat agihan makanan, surau, bilik rawatan, bilik OKU dan bilik simpanan barang. Pusat ini berperanan sebagai pusat sehenti yang menyediakan penginapan sementara mengikut tempoh yang ditetapkan. Selain dari penyediaan makanan setiap hari oleh NGO yang telah dijadualkan, pusat ini turut menerima sumbangan dari syarikat-syarikat dan orang ramai berbentuk makanan dan keperluan harian terutamanya pada bulan Ramadan.
Adalah diharapkan melalui Program Kaseh Ramadan ini dapat memberi kesan positif kepada penghuni mahupun pihak-pihak lain. Keprihatinan masyarakat terhadap golongan gelandangan dapat mengurangkan kesengsaraan dan bebanan yang ditanggung oleh merekan yang seharusnya dapat menambah nilai kasih sayang sesama manusia dan melahirkan rasa bersyukur kepada Allah SWT terhadap nikmatNya di bulan Ramadan yang mulia ini.
***********************************************
Foto 360 darjah
Nota : Anda hanya perlu klik gambar tersebut dan ianya akan terbuka di link theta360... anda boleh lihat keseluruhan persekitaran lokasi foto dirakam... anda juga boleh mengalihkan pandangan dan sudut dengan menggerakkan cursor kearah mana yang anda suka ... anda juga boleh enlarge or round up the image... selamat mencuba dan alami pengalaman baru. :)