Showing posts with label atrocities. Show all posts
Showing posts with label atrocities. Show all posts

Sunday, 14 June 2015

Myanmar mesti di tekan untuk terima Rohingya sebagai rakyat mereka

Lokasi : Auditorium Muzium Islam, Kuala Lumpur

Acara : International Conference "Plight of The Rohingya - Pt II"

Tarikh : 12/.6/2015







Bottomline : Tun M mahu Myanmar didesak oleh ASEAN untuk menerima Rohingya sebagai sebahagian daripada rakyat mereka yang sah. Kalau tak mahu menerima nama Rohingya, panggil saja mereka Myanmarese or Burmese atau apa saja asalkan mereka ini diberi layanan seada nya sebagai rakyat yang sah


1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

Sunday, 19 April 2015

Do not vote war mongers to Parliament - Tun Dr Mahathir

Venue : Dewan Tun Ismail, PWTC, Kuala Lumpur

Event : International Forum, 'Criminalise WAR'

Date : 18/4/2015



A very strong and pertinent message from Tun Dr Mahathir to the young crowd attending the forum. Do not vote war mongering representatives to Parliament. 

1
 2
BADARIAH JAAFAR,  CEO Perdana Leadership Foundation
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
PROF SALLEH BUANG (right) - A Barrister-at-Law from Lincoln's Inn, England, formerly served as a Federal Counsel in the Attorney-General's Chambers, Kuala Lumpur before he left for private legal practice, the corporate sector and finally academia. In 1972, he was trained under a post graduate UN fellowship at the International Court of Justice at the Hague Netherlands. Formerly a Visiting Professor at the Universiti Teknoloji Malaysia, Johor Bahru, he is a full-time consultant, author, public speaker, trainer and columnist. He had served  as a member of the Panel of Judges of the Kuala Lumpur War Crimes Tribunal in its proceedings in 2010, 2011, 2012 and 2013
 10

Saturday, 2 August 2014

Sekitar himpunan Selamatkan Anak-Anak Gaza

Lokasi : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Acara : Himpunan aman "SELAMATKAN ANAK-ANAK GAZA" anjuran
Viva Palestina dan Aqsa Syarif

Tarikh : 2/8/2014


KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Ribuan rakyat berbilang kaum Malaysia membanjiri Dataran Merdeka di sini hari ini bagi menyertai perhimpunan aman 'Selamatkan Anak-anak Gaza'.

Perhimpunan anjuran dua badan bukan kerajaan - Viva Palestina Malaysia (VPM) dan Aqsa Syarif itu bertujuan membantah kekejaman serangan Zionis terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Pengarah Aqsa Syarif Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor berkata perhimpunan aman itu merupakan satu mesej kepada dunia bahawa rakyat Malaysia menolak sepenuhnya serangan Israel di Palestin.

"Kita berkumpul di Dataran Merdeka ini untuk meluahkan apa yang terpendam dalam hati kita, kita nak serangan zionis terhadap warga Palestin dihentikan sekarang.

"Seperti yang kita tahu ribuan penduduk Palestin yang tidak berdosa telah dibunuh dengan kejam yang kebanyakannya adalah kanak-kanak dan orang awam.

"Ini adalah jenayah perang dan mereka ini (Israel) mesti dihadapkan ke mahkamah antarabangsa untuk dihukum," kata Hafidzi ketika berucap pada perhimpunan itu.

Pengarah VPM Datuk Dr Musa Mohd Nordin berkata pihaknya dan Aqsa Syarif juga akan menghantar memorandum kepada pihak kedutaan Amerika Syarikat dan Mesir di Malaysia pada Isnin ini.

Katanya antara pengisian memorandum itu adalah untuk menyeru Amerika Syarikat menghalang tindakan Israel menyerang warga Palestin yang tidak berdosa.

"Untuk Mesir pula kami menyeru agar laluan Rafah dibuka sepenuhnya untuk menyalurkan bantuan ke Palestin.

"Sehingga kini hanya dua daripada 23 trak konvoi kami yang membawa bekalan perbuatan dan pembedahan dibenarkan masuk ke Gaza," katanya.

Musa turut menyatakan kerjasama di antara VPM, Aqsa Syarif dan beberapa badan bukan kerajaan negara luar telah berjaya menyediakan 23 trak ubat-ubatan dan bahan pembedahan bernilai RM2.5 juta untuk dihantar ke Gaza.

Malah pihaknya juga dalam perancangan untuk menghantar 20 ambulans ke kawasan itu.

-- BERNAMA


1
 2
 3
4
 5
 6
 7
 8
 9
 10