Showing posts with label bafia. Show all posts
Showing posts with label bafia. Show all posts

Friday, 27 February 2015

Apa sudah jadi dengan kes BAFIA Rafizi Ramli ??

Lokasi : Bukit Damansara, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia

Tarikh : 26/2/2015



Wanita UMNO sudah mangli dengan permainan kotor politik lawan yang ingin membunuh kareer politik ketua mereka, DS Shahrizat Jalil melalui National Feedlot Corporation. Menurut Ketua Penerangan Wanita UMNO, Rosni Zahari, ahli Wanita UMNO akan tetap beristiqamah menyokong Shahrizat Jalil sebagai ketua mereka.

Rosni turut bertanya apa sudah jadi dengan pertuduhan kes kesalahan BAFIA yang dikenakan keatas Rafizi Ramli. Rafizi Ramli telah memulakan serangan keatas NFC dengan melakukan kesalahan dibawah BAFIA terlebih dahulu. Beliau telah menggunakan 'orang dalam' untuk membekalkan maklumat mengenai akaun Mohamad Salleh Ismail dan NFC, satu kesalahan yang amat berat di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA). Secara logik nya kesalahan yang telah dilakukan Rafizi harus disiasat terlebih dahulu kerana ianya menjadi punca kepada rantaian kes dan pertuduhan seterusnya.





Friday, 3 August 2012

PKR menubuhkan pusat perlindungan Whistleblower

Venue : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Event : Sidang Media

Date : 2/8/2012 @ 10.00 am





KENYATAAN MEDIA
2 OGOS 2012

PENUBUHAN NATIONAL OVERSIGHT & WHISTLEBLOWERS CENTRE (NOW) UNTUK MELINDUNGI PEMBERI MAKLUMAT

Negara telah menyaksikan beberapa perkembangan sihat dalam tempoh setahun yang lalu apabila ramai rakyat Malaysia tampil untuk memberi maklumat mengenai salahguna kuasa dan perlakuan rasuah yang berlaku. Individu-individu yang tampil ini berhadapan dengan risiko yang besar, termasuklah risiko kewangan, pekerjaan dan keselamatan.

Saya bersimpati dengan nasib yang menimpa Saudara Johari Mohamad yang hilang mata pencarian, diugut, disiasat dan akhirnya didakwa. Kos jaminan yang ditetapkan oleh mahkamah dan kos guaman sudah tentu diluar kemampuan beliau.

Sepanjang saya mengendalikan beberapa kes berkepentingan awam setakat ini, saya berurusan dengan ramai rakyat Malaysia yang berani seperti Saudara Johari Mohamad. Mereka juga kini menghadapi risiko yang sama.
Mereka sepatutnya dilindungi oleh kerajaan. Sebaliknya mereka diburu, diugut dan didakwa oleh kerajaan. Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (Whistleblowers Protection Act) yang digubal langsung tidak berkesan malah diragui rakyat.

Saya percaya selepas ini, pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak akan terus memburu pemberi maklumat untuk menutup mulut mereka. Pemburuan ini juga bertujuan untuk mematikan bercambahnya budaya baru dalam masyarakat kita yang menggalakkan pemberi maklumat tampil ke hadapan.

Menyedari bahawa tanggungjawab melindungi pemberi maklumat dan menjaga kebajikan mereka tidak akan dipikul oleh kerajaan, saya merasa terpanggil untuk bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan sedia ada dan seluruh masyarakat untuk menubuhkan sebuah badan khusus untuk melindungi dan menjaga kebajikan pemberi maklumat.

Saya telah menubuhkan sebuah badan yang bernama National Oversight and Whistleblowers Centre (kependekan namanya NOW) yang bermatlamat seperti berikut:

1.   Berfungsi sebagai badan pemantau yang menilai secara berkala prestasi urustadbir, tata kelola (governance) dan ketelusan kerajaan dan agensinya (termasuk syarikat berkaitan kerajaan);
2.    Berfungsi untuk mendedahkan skandal-skandal besar yang cuba dilindungi oleh mana-mana badan yang berkepentingan awam;
3.    Melindungi dan menjaga kebajikan pemberi maklumat melalui Dana Perlindungan Pemberi Maklumat (Whistleblower Protection Fund) yang menanggung kos guaman, kos hilang sara diri dan lain-lain;
4.  Menjalankan program kesedaran untuk menggalakkan lebih ramai pemberi maklumat tampil ke hadapan; dan
5.    Melatih lebih ramai aktivis yang berkemahiran menganalisa skandal dan melakukan pendedahan.
  

Badan ini telah didaftarkan dan akan beroperasi dari pusatnya di Sungai Besi. Kelengkapan di pusat ini termasuklah kemudahan dewan latihan untuk menjalankan program latihan dan wacana yang berterusan.
NOW akan dilancarkan secara rasmi pada 30 Ogos 2012, sehari sebelum Hari Kebangsaan untuk melambangkan kebebasan baru rakyat Malaysia.

Kejayaan NOW dalam melindungi pemberi maklumat akan bergantung kepada sumbangan orang ramai untuk menampung Dana Perlindungan Pemberi Maklumat.

Oleh itu, saya mengalu-alukan sebarang bantuan dan sumbangan untuk mengisi tabung ini. Maklumat akaun bank NOWadalah seperti berikut:
Akaun Maybank bernombor 562441603039 (Oversight & Whistleblowers Sdn Bhd)

Sebarang sumbangan akan membantu menyegarkan lagi proses mematangkan masyarakat dan membina kebertanggungjawaban awam di negara ini.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI



1.
 2.
 3.
 4.
 5.


Tuesday, 15 May 2012

Isu NFC - Rafizi pertahankan Whistleblower

Venue : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Event : Sidang Media

Date : 14/5/2012 @ 10.30 am


Undang undang yang sedia ada semua nya untuk pesalah lain. Untuk Johari undang undang tersabut keejam macam I.S.A ... drakonian.. Rafizi kata Johari tidak bersalah berbekal kan sedikit ilmu dan pengalaman bekerja dalam Bank di London. Semua nya jadi bahan politik...



Isu NFC - Rafizi perkenalkan Whistleblower

Venue : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Event : Sidang media

Date : 14/5/2012 @ 10.20 am


Bekas kakitangan Public Bank, cawangan Jinjang bernama Johari Mohamad telah dikenal pasti sebagai orang yang bertanggungjawab membocorkan maklumat mengenai akaun Pengerusi NFC kepada Rafizi.

Setiap kakitangan bank akan diberi latihan dan pengetahuan mendalam mengenai undang undang yang menyelaras industri bank iaitu Banking and Financial Institution Act 1989 (BAFIA).

Siapa dia Rafizi ini untuk memberi amaran kepada BNM? 

"His head is geeting too big and things are getting out of hand...." itu lah keluhan dua wartawan yang turut sama mengikuti sidang media oleh Rafizi... mungkin ada benar nya.. meletakkan kesalahan kepada semua orang dan cuba menonjolkan diri sebagai Mister Know All.... Kalau lah dia tahu dalam ramai ramai wakil media yang berada didepan beliau ada yang mempunyai pengalaman dalam pengurusan kanan Bank selama lebih sepuloh tahun....

THE BANKING AND FINANCIAL INSTITUTIONS ACT, 1989 Introduction 
The objective of the Banking & Financial Institutions Act, 1989 (BAFIA) is "to provide new laws for the licensing and regulation of the institutions carrying on banking, finance company, merchant banking, discount house and money-broking business, for the regulation of institutions carrying on certain other financial businesses, and for the matters incidental thereto or connected therewith".BAFIA was introduced to provide for an integrated supervision of the Malaysian financial system and also to provide the Central Bank with the power to speedily investigate and prosecute, if necessary any illegal activities in an attempt o reduce white-collar crime.
Scope & Ambit Of The Act 
BAFIA came into force on 1st October, 1989, Section 128 of BAFIA provides that the Finance Companies Act, 1969 and the Banking Act, 1973 are repealed from the effective date but, notwithstanding the repeal, all regulations, orders, guidelines, circulars, licenses, approvals issued or granted under the 1969 and 1973 Acts and transactions carried out under these Acts continue to be valid and lawful until amended by the provisions of BAFIA
Section 122 of BAFIA provides that where the Minister issues any directive or order under section 24(1) or 93(1) the provisions of the Companies Act, 1965 would continue to apply in addition and not in derogation of such directives and orders, but where there is any conflict between the provisions of the Companies Act and BAFIA regarding any matter under such directive/order, the provisions of BAFIA shall prevail. Section 123 provides the BAFIA shall not affect or derogate from the provisions of the Exchange Control Act, 1953 and in the event of any conflict between the two Acts, the provisions of the Exchange Control Act shall prevail.
Section 124 provides that BAFIA shall not apply to an Islamic Bank. 
There are three groups of institutions covered under BAFIA namely :
  1. licensed institutions namely commercial banks, finance companies, merchant banks, discount houses and money brokers
  1. scheduled institutions which include credit and charge card companies building societies, factoring and leasing companies, and development finance institutions and
  1. non-scheduled institutions which include institutions engaged in the provision of finance but other than those named above