Showing posts with label rafizi. Show all posts
Showing posts with label rafizi. Show all posts

Friday, 16 December 2016

Bicara Suara Pemimpin Mencerna Perubahan - plus pelbagai koleksi video

Acara : Bicara Pemimpin Mencerna Perubahan

Lokasi : Dewan MPSJ, Taman Puchong Indah, Puchong, Selangor

Tarikh : 16/12/2016


Video 1

Penjimatan kos pembinaan MRT Sg Buloh - Kajang (SMK) sebanyak RM2.0b akan menjadi bahan ceramah utama Rafizi Ramli dalam siri ceramah beliau ke seluruh negara.

Kajian yang dilakukan Rafizi berlandaskan ucapan-ucapan dan pengumuman yang dibuat sendiri
oleh PM Najib Razak berkenaan projek MRT

Ringkas nya dalam klip video dibawah ini kita semua dapat peroleh maklumat berikut :

1. MRT SMK melibatkan 12 stesen

2. Penjimatan RM2.0b daripada RM23.0b bajet asal

3. Rafizi mendakwa pernah memberi amaran pada tahun 2011 menegenai kos projek MRT ini yang dikatakan akan mencecah RM100.0b kerana banyak perkara yang tidak telus ketika itu.. siapa kontraktor dan sebagainya

4. Najib pada tahun 2010 mengumumkan projek MRT yang terbahagi kepada 3 line dengan panjang keseluruhannya 141 km akan menelan kos sebanyak RM47.0b

5. 3 line tersebut adalah Sg Buloh-Kajang, Semantan-Putrajaya dan sekeliling Kuala Lumpur

Note 1
https://en.wikipedia.org/wiki/Semantan_station
Semantan station is a Mass Rapid Transit (MRT) station under construction that will serve the suburb
of Damansara Heights, Kuala Lumpur, Malaysia. It will be one of the stations on Klang Valley Mass
Rapid Transit (KVMRT) Sungai Buloh-Kajang Line.

Note 2
Sungai Buloh-Kajang MRT Line - Wikipedia
https://en.wikipedia.org/wiki/Sungai_Buloh-Kajang_MRT_Line
The MRT1 (initial name) or MRT Sungai Buloh-Kajang Line (interim name) or MRT SBK Line ... Phase One of the MRT Sungai Buloh-Kajang Line from Sungai Buloh to Semantan will become operational by the end of 2016 while Phase Two ...

Note 3
http://www.bernama.com/bernama/v7/sp/newssports.php?id=1311989
"However today, after all the contracts have been awarded and work is almost completed for the
whole route, the actual construction cost is about RM21 billion.

"The MRT project is below budget and on time," he said in his speech when launching the first phase of  the Sungai Buloh-Kajang (SBK) MRT project at the Kwasa Damansara station, near here today.

#selamatkanmalaysia
#UhelpMmeIhelpU
#kelepettokrat
#pengkhianatbangsa
#kakifitnah
#IamConfused
#RakyatInginTahuKebenaran
#JanganTipuKamiLagi



Video 2 - Rafizi dah berangan apa yang dia hendak lakukan dalam penjara ketika menjalankan hukuman penjara 18 bulan nanti... kita tunggu dan lihat samada perancangan beliau berjaya kelak...:)




Video 3 -  #pengkhianatbangsa berusia 91 tahun melempar cabaran debat kepada PM Najib ... berani kah Najib menyahut cabaran dari orang tua yang dah nyanyuk ini...nak takut apaaa ?? :)



Video 4 - #pengkhianatbangsa meninggalkan UMNO kerana tidak sanggup jadi ahli parti yang dipimpin oleh seorang #pencuri, #penyamun, #perompak dan #penyangak




Video 5 - Walau ditolak 2 kali oleh Mahkamah, AG Apandi masih lagi beria ia membuat rayuan untuk mendakwa Khairuddin dan Matthias sebagai pengganas. Najib pula harus dihakimi oleh sistem perundangan di Malaysia untuk membersihkan nama beliau




*********************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
10
 11
Penyampaian hadiah kepada juara Pertandingan Sepakan Penalti Piala Tun M
 12
 13


Tuesday, 14 July 2015

Pemimpin pembangkang salahkan penguatkuasaan yang lemah penyebab insiden gaduh

Lokasi : Low Yat Plaza, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media berkaitan insiden pergaduhan di Plaza Low Yat

Tarikh : 13/7/2015
.


Ikuti apa kata pemimpin Pakatan Rakyat. Semua sepakat kejadian bukan berunsurkan perkauman tetapi lebih menjurus kepada perbuatan jenayah, mencuri atau menipu pembeli. Mereka mahukan KPDNKK menjalankan tugas penguatkuasaan dengan sempurna dan PDRM menjamin keselamatan kawasan supaya Bukit Bintang akan kekal sebagai destinasi pelancung antarabangsa



1
Ahli Parlimen Bukit Bintang
 2
Tan Kok Wai, Pemangku Pengerusi DAP
 3
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah
  4
Dr Hatta Ramli
 5
Sastrawan Negara, A.Samad Said
 6
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad
 7
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli
 8
Theresa Kok, Ahli Parlimen Seputih
 9
 10


Monday, 15 April 2013

Rafizi menyaman PapaGomo sebelum PRU13

File pic.


SAMAN PAPAGOMO UNTUK MATIKAN BUDAYA FITNAH BERLELUASA

Pada 11 April 2013, laman Papagomo menyiarkan kembali artikel yang menuduh saya dipecat dari PETRONAS kerana pelbagai masalah disiplin, termasuk ponteng kerja dan membuat tuntutan palsu. Itu bukan kali pertama laman Umno tersebut menyiarkan berita-berita seperti itu yang memfitnah saya tanpa ada sebarang asas.

Ekoran dari penyiaran berita palsu itu, saya telah menulis di blog saya menerangkan bahawa saya tidak pernah dipecat, sebaliknya meletakkan jawatan dari PETRONAS untuk bertukar kerjaya. Sehingga kini tidak ada sebarang pembetulan yang dibuat oleh Papagomo mengenai berita palsu yang direka-rekanya itu.

Oleh yang demikian, saya telah mengarahkan peguam saya, Saudara Razlan Jalaluddin untuk mula mengambil tindakan saman terhadap Papagomo atas penipuan dan berita palsu tersebut. Satu surat tuntutan akan dihantar secepat mungkin kepada Papagomo untuk memulakan proses undang-undang.

Saya percaya Papagomo akan mencari pelbagai alasan untuk tidak menerima surat tuntutan tersebut, termasuklah menafikan bahawa Wan Muhamad Azri Wan Deris bukanlah Papagomo. Malah, tindakan mengumumkan akan bertanding di Permatang Pauh adalah helah Papagomo untuk meletakkan orang lain yang akan mengaku dirinya Papagomo, untuk bersembunyi dari tindakan-tindakan saman ini.

Saya menjangkakan akan berlaku pertukaran kerajaan selepas 5 Mei 2013, yang membolehkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia memainkan peranan dengan lebih berkesan mengesan individu-individu yang berselindung di sebalik blog untuk menyebarkan fitnah seperti Papagomo.

Sebab itu saya yakin menjelang kes saman ini mula dibicarakan di mahkamah, Wan Muhamad Azri Wan Deris atau Papagomo tidak lagi boleh bersembunyi dan terpaksa menerima hukuman atas fitnah-fitnah yang dibuatnya selama ini, termasuklah terhadap diri saya melalui berita palsu yang disiarkan minggu lepas. Hanya dengan cara ini kita akan berjaya membendung budaya fitnah yang sudah menjadi amalan harian blogger Umno.

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi

15 APRIL 2013

Saturday, 23 March 2013

PapaGomo disahkan pengundi hantu




SPR AKUI PAPAGOMO @ WAN MUHAMMAD AZRI WAN DERIS PENGUNDI HANTU

Saya alu-alukan pengakuan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff bahawa wujud pengundi hantu di dalam daftar pengundi, seperti yang dilaporkan oleh portal berita The Malaysian Insider hari ini.

Beliau juga memberi jaminan bahawa jika semakan SPR dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris yang memegang kad pengenalan (biasa) 830121-03-5019 dan kad pengenalan (polis) RF142863 adalah orang yang sama, SPR akan membatalkan pendaftaran undi menggunakan kad pengenalan (polis) bagi mengelakkan undi dua kali.

Semakan kami pagi ini dengan Sistem Semakan Daftar Pengundi SPR menunjukkan bahawa rekod yang didaftarkan dibawah RF142863 telah pun dibuang dari daftar pengundi seperti yang dibuktikan oleh paparan skrin.

Ini mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris @ Papagomo adalah individu yang sama dan telah didaftarkan sebagai pengundi hantu, oleh sebab itulah rekodnya dibuang dari senarai undi pos.

Oleh yang demikian, saya mencadangkan Tan Sri Aziz sebagai Pengerusi SPR memberi jawapan yang lebih meyakinkan dalam usahanya membersihkan daftar pengundi yang beliau sendiri akui wujud pendaftaran berganda yang membawa kepada fenomena pengundi hantu.

Alasan beliau bahawa SPR tidak dimaklumkan mengenai rekod perkhidmatan anggota keselamatan yang telah meninggalkan perkhidmatan tidak boleh diterima, seolah-olah beliau cuba menyalahkan PDRM apabila tanggungjawab memastikan daftar undi itu bersih adalah tanggungjawab beliau.

Untuk menyelesaikan masalah pengundi hantu dari kalangan anggota/bekas anggota keselamatan seperti Papagomo, saya cadangkan beliau mengarahkan satu pasukan SPR untuk duduk dengan PDRM tiap-tiap hari dan meneliti rekod setiap pengundi yang didaftarkan di bawah kad pengenalan polis dan tentera.

Satu senarai lengkap bekas anggota keselamatan yang didaftarkan secara berganda hendaklah disiapkan secepat mungkin, bilangannya diumumkan kepada rakyat dan nama-nama mereka dikeluarkan serta merta dari daftar pengundi.

Sekiranya SPR masih berdolak dalih dari melaksanakan perkara yang mudah ini, sudah tentu spekulasi dan tuduhan bahawa SPR tidak telus semakin menebal di kalangan rakyat.


RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi

23 MAC 2013 


Saturday, 9 March 2013

BN khuatir kalah mula pindah syarikat untung?

Lokasi : Dewan Keadilan, Merchant Square, Damansara, Selangor

Acara : Sidang Media

Tarikh : 8/3/2013 @ 11.00 am






KENYATAAN MEDIA
8 Mac 2013


HENTIKAN PENSWASTAAN PINTU BELAKANG GLC KEPADA TAN SRI SYED MOKHTAR ALBUKHARY

Saya sertakan surat Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Incorporated atau MKD) bertarikh 30 Ogos 2012 kepada YBhg Datuk Wira Syed Ali Tan Sri Syed Abbas Alhabshee, Pengerusi Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM).

Surat itu menyampaikan keputusan MKD bertarikh 24 Ogos 2012 untuk melupuskan pegangan ekuiti sebanyak 96.8% di dalam CTRM kepada DRB-HICOM Defense Technologies Sdn Bhd, salah satu syarikat yang dikuasai oleh Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary.

CTRM adalah syarikat Malaysia yang paling terkedepan dalam bidang pembuatan dan teknologi penerbangan (aerospace). Jumlah kontraknya dengan syarikat-syarikat penerbangan danaerospace terkemuka dunia adalah berjumlah RM8.26 bilion di antara tempoh 2012 hingga 2017. Portfolio pelanggannya termasuklah syarikat-syarikat terbesar di dunia seperti Airbus, Eurocopter, Spirit UK dan Goodrich.

CTRM juga adalah salah sebuah syarikat milik kerajaan yang mempamerkan prestasi kewangan yang membanggakan, dengan keuntungan di peringkat kumpulan berjumlah RM13 juta (2010) dan RM11 juta (2011). Perolehan kumpulan CTRM juga meningkat dari RM256 juta (2010) kepada RM293 juta (2011).

Prestasi yang baik ini telah dipamerkan secara konsisten sejak lima tahun yang lalu.

Saya telah meneliti dokumen-dokumen yang diserahkan kepada saya oleh whistleblowers dan berpuas hati bahawa cubaan untuk menswastakan CTRM kepada Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary ini dibuat dengan melanggar prosedur dan mengenepikan kebajikan kakitangan CTRM.

Saya khuatir ini juga sebahagian daripada proses pelupusan syarikat-syarikat milik kerajaan yang berprestasi baik (dengan kontrak yang dijamin dalam tempoh yang panjang di masa hadapan) kepada kroni sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya kelak. Jika ini berterusan, banyak syarikat-syarikat yang berprestasi dan mempunyai aset besar dipindahmilik tanpa pengetahuan awam.

Sewajarnya sebarang proses penswastaan syarikat milik kerajaan perlu melalui proses tender terbuka dan mengambil kira pandangan pengurusan dan pekerja, lebih-lebih lagi yang melibatkan CTRM kerana ia dibina di atas keringat tenaga kerja professional tempatan yang bertungkus lumus menaikkan imejnya selama ini.

Saya mendesak supaya Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai Menteri Kewangan menghentikan penjualan ini serta-merta. Saya juga melontarkan cabaran kepada Ketua Pemuda Umno, Saudara Khairy Jamaluddin untuk berani bersuara membela nasib kakitangan professional CTRM yang rata-ratanya professional Bumiputra dengan turut sama mendesak supaya urusniaga ini dihentikan.



RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI

8 MAC 2013 

Tuesday, 15 May 2012

Isu NFC - Rafizi pertahankan Whistleblower

Venue : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Event : Sidang Media

Date : 14/5/2012 @ 10.30 am


Undang undang yang sedia ada semua nya untuk pesalah lain. Untuk Johari undang undang tersabut keejam macam I.S.A ... drakonian.. Rafizi kata Johari tidak bersalah berbekal kan sedikit ilmu dan pengalaman bekerja dalam Bank di London. Semua nya jadi bahan politik...



Isu NFC - Rafizi perkenalkan Whistleblower

Venue : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Event : Sidang media

Date : 14/5/2012 @ 10.20 am


Bekas kakitangan Public Bank, cawangan Jinjang bernama Johari Mohamad telah dikenal pasti sebagai orang yang bertanggungjawab membocorkan maklumat mengenai akaun Pengerusi NFC kepada Rafizi.

Setiap kakitangan bank akan diberi latihan dan pengetahuan mendalam mengenai undang undang yang menyelaras industri bank iaitu Banking and Financial Institution Act 1989 (BAFIA).

Siapa dia Rafizi ini untuk memberi amaran kepada BNM? 

"His head is geeting too big and things are getting out of hand...." itu lah keluhan dua wartawan yang turut sama mengikuti sidang media oleh Rafizi... mungkin ada benar nya.. meletakkan kesalahan kepada semua orang dan cuba menonjolkan diri sebagai Mister Know All.... Kalau lah dia tahu dalam ramai ramai wakil media yang berada didepan beliau ada yang mempunyai pengalaman dalam pengurusan kanan Bank selama lebih sepuloh tahun....

THE BANKING AND FINANCIAL INSTITUTIONS ACT, 1989 Introduction 
The objective of the Banking & Financial Institutions Act, 1989 (BAFIA) is "to provide new laws for the licensing and regulation of the institutions carrying on banking, finance company, merchant banking, discount house and money-broking business, for the regulation of institutions carrying on certain other financial businesses, and for the matters incidental thereto or connected therewith".BAFIA was introduced to provide for an integrated supervision of the Malaysian financial system and also to provide the Central Bank with the power to speedily investigate and prosecute, if necessary any illegal activities in an attempt o reduce white-collar crime.
Scope & Ambit Of The Act 
BAFIA came into force on 1st October, 1989, Section 128 of BAFIA provides that the Finance Companies Act, 1969 and the Banking Act, 1973 are repealed from the effective date but, notwithstanding the repeal, all regulations, orders, guidelines, circulars, licenses, approvals issued or granted under the 1969 and 1973 Acts and transactions carried out under these Acts continue to be valid and lawful until amended by the provisions of BAFIA
Section 122 of BAFIA provides that where the Minister issues any directive or order under section 24(1) or 93(1) the provisions of the Companies Act, 1965 would continue to apply in addition and not in derogation of such directives and orders, but where there is any conflict between the provisions of the Companies Act and BAFIA regarding any matter under such directive/order, the provisions of BAFIA shall prevail. Section 123 provides the BAFIA shall not affect or derogate from the provisions of the Exchange Control Act, 1953 and in the event of any conflict between the two Acts, the provisions of the Exchange Control Act shall prevail.
Section 124 provides that BAFIA shall not apply to an Islamic Bank. 
There are three groups of institutions covered under BAFIA namely :
  1. licensed institutions namely commercial banks, finance companies, merchant banks, discount houses and money brokers
  1. scheduled institutions which include credit and charge card companies building societies, factoring and leasing companies, and development finance institutions and
  1. non-scheduled institutions which include institutions engaged in the provision of finance but other than those named above





Saturday, 31 March 2012

Go Ahead - Sue me


KEADILAN TIDAK AKAN TUNDUK KEPADA UGUTAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG


Saya dimaklumkan bahawa NFC telah membuat satu laporan polis mensabitkan saya, YB Nurul Izzah Anwar dan YB Zuraida Kamaruddin dengan kesalahan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) yang memperuntukkan hukuman penjara 3 tahun dan denda RM3 juta.

Kesalahan itu kononnya dilakukan apabila kami mendedahkan pembelian 8 unit rumah kedai mewah dan keterlibatan Dato’ Seri Shahrizat Jalil dan keluarga beliau di dalam pembangunan KL Eco City dalam satu sidang akhbar bulan lalu.

Sementara saya menghormati hak NFC dan pengurusan kanan mereka menggunakan ruang undang-undang untuk mendakwa kami, saya juga mengingatkan NFC supaya tidak cuba untuk menggunakan peruntukan undang-undang sedia ada untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia yang kini semakin aktif mendedahkan penyelewengan di kalangan pimpinan dan golongan elit.

Maqassid undang-undang di dalam sesebuah masyarakat adalah untuk menjamin keadilan dan mencegah kezaliman, bukannya untuk melindungi penyelewengan dan memberi ruang kepada si pesalah melepaskan diri.

Saya sedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak penyiasat yang dipertanggungjawabkan mengendalikan kes ini. Sekiranya ada pendakwaan, saya juga yakin untuk berhadapan dengan NFC di dalam mahkamah kerana semangat rakyat yang mahukan penyelewengan yang berlaku di dalam NFC dibongkar wajib dihormati.

Saya juga boleh mengesahkan bahawa laporan polis oleh NFC ini tidak sedikit pun mengganggu perancangan KEADILAN untuk meneruskan siri pembongkaran baru minggu depan, seperti yang diumumkan sebelum ini.


MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN


31 MAC 2012 


P.S - Saya telah diberitahu melalui sms bahawa laporan tersebut telah dibuat oleh Wan Shahinur Izmir pada jam 11.15 semalam. Tapi sehingga pagi ini salinan laporan masih belum di perolehi dari beliau atau pun dari pihak NFC.   



Saturday, 10 March 2012

Mana Najib dapat duit untuk majlis pertunangan anak?

Venue : PKR HQ, Merchant Square, Damansara, Selangor

Event : PC by Rafizi, Director of Strategies for PKR

Date : 9/3/2011


Point blank attack on Najib Razak, Prime Minister of Malaysia.... He should have treated his guests to a 1Malaysia meal reception as an example to all Malaysian...thats the message Rafizi tries to deliver to Najib...