Showing posts with label bangsar utama. Show all posts
Showing posts with label bangsar utama. Show all posts

Friday, 19 October 2012

Nur Jazlan dicabar bukti beliau tidak khianat Melayu

Venue : Kafe Spicey, Kompleks Niaga Utama, Bangsar Utama, Kuala Lumpur


Date : 17/10/2012 @ 11.45 am


Azwanddin Hamzah, Pengerusi Jaringan Melayu Malaysia yang baru dilantik sebagai penasihat dan perunding bagi kumpulan peniaga-peniaga Kompleks Niaga Utama telah mengeluarkan cabaran kepada Pengerusi UDA, Nur Jazlan.  Nur Jazlan dilihat sebagai tidak berkeupayaan memikul beban agenda bumiputera dan yang yang memburukan lagi keadaan ialah persepsi bahawa beliau bersekongkol dengan para pemaju dan kontraktor yang terbabit dalam pembangunan semula aset-aset UDA. 


Thursday, 18 October 2012

Nur Jazlan dan UDA sudah tidak relevan untuk Melayu

Venue : Kafe Spicey, Kompleks Niaga Utama, Bangsar Utama, Kuala Lumpur


Date : 17/10/2012 @ 11.45 am


Kecewa sungguh peniaga-peniaga Bumiputera Kompleks Niaga Utama, Bangsar Utama yang telah dipinggirkan oleh UDA dalam perancangan pembangunan semula tapak kompleks yang mereka duduki sekarang. UDA dilihat sebagai dalang dengan terkeluar nya kenyataan dari pengurusan tertinggi UDA bahawa UDA tidak dapat meneruskan agenda Bumiputera sedangkan sedangan ianya merupakan agenda utama penubuhan UDA. 


Nur Jazlan dan UDA sudah tidak relevan dalam menjayakan agenda Bumiputera


Peniaga Melayu Bangsar Utama disisih UDA

Venue : Kafe Spicey, Kompleks Niaga Utama, Bangsar Utama, Kuala Lumpur

Event : Sidang media oleh Jawtankuasa Bertindak Peniaga-Peniaga Kompleks Niaga Utama

Date : 17/10/2012 @ 11.45 am


Dikhabarkan pihak UDA sudah membuat perancangan untuk membangunkan semula kawasan kompleks Bangsar Utama tanpa berunding dengan para peniaga-peniaga yang terlibat di kawasan tersebut. Perancangan tersebut dikatakan sudah sampai keperingkat akhir  dan hanya diketahui oleh  Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Peniaga-Peniaga tersebut melalui rakan media.

Peniaga-peniaga bumiputera yang terlibat adalah rata rata nya dari kawasan Lembah Pantai yang dipindahkan ke situ pada tahun 1988 apabila kawasan Lembah Pantai dibangunkan. Ahli Parlimen Lembah Pantai dikhabarkan telah menemui peniaga-peniaga ini tapi tidak ada apa apa yang dapat dilakukan selain menuding jari kepada Raja Nong Chik dan UDA.

Kini NGO Jaringan Melayu Malaysia pula masuk gelanggang dengan tujuan untuk membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh peniaga-peniaga ini. Langkah pertama ialah mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak yang terlibat, iaitu peniaga-peniga, UDA dan Raja Nong Chik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.


UDA tidak akan teruskan agenda Bumiputera

Lagi video

1. Nur Jazlan dan UDA sudah tidak relevan untuk Melayu
2. Nur Jazlan dicabar bukti beliau tidak khianat Melayu


1. Faizan Mohd Nor Al-Jamil, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Peniaga-Peniaga Kompleks Niaga Utama, Bangsar Utama
 2.
 3.
 4.
 5.
 6.
 7.
 8.
 9. Azwanddin Hamzah, Pengerusi Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM)
 10.